2

79 3 0
                                    

"Eh? Zach. Dari mana ni? Maksu ingat kamu tidur lagi"tegur Maksu Najla apabila melihatku masuk ke perkarangan rumah.

"Jogging dekat lake garden depan sana tu. Tadi bangun awal. Tak tahu nak buat apa. So,Zach pergi jogging"balasku.

"Baguslah. Maksu dah siapkan breakfast. Pergilah makan dulu. Kalau boleh kejutkan Haura tu sekali. Matahari dah terpacak atas kepala pun masih nak berselubung dalam selimut".

Aku cuma mengangguk. Aku tahu sepupu aku tu telahpun keluar semasa aku baru memulakan larian di dalam kawasan perumahan ini. Aku terus menuju ke dapur. Aku bersarapan pagi bersendirian seperti aku bersendirian tanpa ibu bapaku.

Maksu Najla masuk ke dapur setelah menyiram pokok-pokok bunganya. "Mana Haura? Tak bangun-bangun lagi ke? Memang nak kenalah budak tu".

"Sebenarnya,anak maksu tu dah keluar masa Zach jogging. Naik kereta siapa entah"balasku.

"Balik nanti tahulah maksu nak ajar dia tu"getus Maksu Najla.

"Maksu manjakan sangat dia tu kot"usikku.

"Bukan maksu yang manjakan dia. Paksu kamu tu yang manjakan sangat dia tu. Maksu pula yang kena. Malas maksu nak layan kamu ni". Maksu Najla memukul bahuku sebelum meninggalkan dapur.

Aku mengemas meja makan sebelum naik ke bilikku untuk mandi.

Pada tengahari,Paksu Farhan dan Maksu Najla membawaku makan tengahari di luar. "Zach. Order apa yang kamu nak. Hari ni paksu belanja".

Aku mengangguk. Aku memesan nasi goreng daging black pepper dan air suam. Aku hanya minum air bergula atau bersusu bila perlu.

"Takkan air suam je? Mintalah yang mahal lagi. Kan paksu belanja hari ni".

Aku menggelengkan kepalaku. "Zach minum air manis bila perlu je,paksu"balasku.

Paksu Farhan mengangguk. "Itu sahajalah,dik. Terima kasih".

"Zach jaga badan ke?"soal Maksu Najla.

"Arwah ibu selalu pesan kurangkan minum air manis. Nak minum boleh tapi jangan selalu"jawabku.

"Samalah macam arwah ibu kamu tu. Dia pun tak gemar air manis. Dia minum bila dia rasa nak minum"ujar Maksu Najla.

"Arwah ibu kamu dah didik kamu dengan baik,Zach. Mesti dia bangga dengan kamu"celah Paksu Farhan.

Arwah ibu memang didik aku dengan baik tetapi kadang-kadang aku ikut kepala sendiri. Aku ada satu rahsia yang tiada siapa yang tahu termasuklah ibu bapaku.

Dua puluh minit menunggu,pesanan kami tiba di meja dan kami bertiga menikmati makanan yang kami pesan.

"Lepas ni,kita pergi cari barang sekolah untuk kamu. Lepas tu pula,maksu dengan paksu nak belikan kamu motor. Nanti senanglah kamu nak ulang alik sekolah memandangkan maksu dengan paksu akan sibuk sepanjang minggu depan"ujar Maksu Najla.

"Zach tak suka nak meminta. Maksu dengan paksu jaga Zach ni pun,Zach dah bersyukur. Lagipun,motor dengan kereta Zach ada dalam kapal. Maybe next month baru sampai"ujarku.

"Kamu dah ada kereta,Zach? Siapa bagi? Arwah ibu ke?"soal Paksu Farhan.

"Daddy yang bagi sebelum dia accident"jawabku.

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now