Aku menemani Haura yang dirawat di hospital. Sudah tiga hari,dia tidak sedarkan diri. Esok,aku kena berhadapan dengan pelajar-pelajar sekolah di sebelah pagi dan ibu bapa mereka di sebelah petang mengenai kejadian tempoh hari dan semestinya,aku kena berhadapan dengan nenda.
"Haura cepat sedar okay. Abang rindu Haura. Abang minta maaf apa yang berlaku dekat Haura. Esok,abang kena jelaskan semuanya dekat budak-budak lain dengan parent diaorang sekali. Abang tak sangka Cikgu Kamil tu sanggup belot dan berpakat dengan musuh family abang untuk bunuh abang. Haura cepat-cepat sedar. I miss you so much".
Tidak lama kemudian,mama masuk ke dalam bilik wad bersama papa dan nenda. Aku nampak raut wajah nenda yang begitu marah sekali. Nenda meluru ke arahku dan satu tamparan hinggap di pipiku.
"Macam mana kau jaga cucu aku! Kau dah bahayakan nyawa dia! Sebab tu aku larang dia dari kahwin dengan mat saleh tu!". Nenda menunjal-nunjal dahiku.
"Bonda. Sudahlah tu. Kita dekat hospital ni. Benda dah jadi. Kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Dah takdirnya macam tu". Mama cuba menenangkan nenda.
"Kamu tak payah nak pertahankan sangat budak ni. Kalau cucu aku tu mati,nahas aku kerjakan".
"Nenda.. Mama.. Papa.. Ab..ang".
"Kau duduk sini. Jangan cuba dekat dengan cucu aku". Nenda mendekati Haura. Begitu juga dengan papa dan mama.
Aku hanya mendengar Haura menjawab soalan yang muncul dari bibir mama dan nenda.
"Ma. Kenapa perut Haura rasa sakit? Tak pernah rasa sesakit ni"soal Haura.
"Kamu kena pukul mesti la rasa sakit. Lagipun ada parut dekat perut Haura. Kena toreh"jawab mama.
"Mama jujur dengan Haura. Sebenarnya,perut Haura dah tak ada isi kan? Abang! Betul tak?! Abang mesti tahu!".
"Ya. Haura keguguran. Abang minta maaf sebab lambat selamatkan Haura". Aku melepaskan keluhan.
"Deanna! Macam mana dengan dia?"soal Haura.
"Abang dah bunuh dia. Orang-orang yang serang sekolah tu semua abang bunuh termasuk Kamil. Deanna cakap dia bunuh parent dia lepas dia tahu dia anak kandung Dennis"jawabku.
"Macam mana Cikgu Kamil boleh terlibat?"soal Haura lagi.
"Rupa-rupanya,dia tu pembelot. Dia komplot dengan musuh family abang untuk bunuh abang"jawabku.
"Sebab tu aku tak suka kau balik sini. Kau datang dengan membawa bala! Keluarga aku huru-hara disebabkan kau dengan mak kau!". Memetir suara nenda di dalam bilik wad.
Aku ketawa. "Nampaknya masa raya hari tu,nenda tak ikhlas minta maaf. Sebab duit yang arwah ibu bagi je nenda berubah?".
Nenda mendekatiku. "Ni buku yang mak kau bagi. Aku tak sentuh langsung duit haram tu. Nah!". Nenda mencampak buku bank itu tepat di mukaku.
"Nenda.. Kalau nenda nak buat bising. Bukan dekat sini. Zach tak bersalah. Dia dah lindungi semua orang dekat sekolah tu"sampuk Haura. Haura baring semula di atas katil. "Haura nak semua orang keluar. Haura nak rest".
Aku orang terakhir yang keluar dari bilik ward Haura. "Zach. Sini. Mama nak cakap sikit". Aku mendekati mama. Baru aku ingin bertanya,mama suruh aku diam dan mendengar sahaja apa yang hendak dikatakan.
"Mama nak hantar kamu balik ke US semula. Sebolehnya,mama nak kamu stay sini tetapi apa mama boleh buat. Nenda nak sangat kamu balik US semula. Nenda nak bawa Haura balik kampung. Maybe,Haura akan bersekolah di sana. Dekat sana,nenda boleh jaga Haura. Mama minta maaf sebab pisahkan kamu berdua. Malam esok,kamu akan berangkat ke US. Mama dah tempah tiket"jelas mama.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
RandomWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...