Aku tak rasa apa-apa bila mama memberitahuku yang Haura telah selamat menjadi tunangan kepada Emran. Seolah-olah,hatiku telah mati.
Aku lepak di rumah Jamie. Disebabkan rumah ni separuhnya hak milik aku,aku terus masuk tanpa menggunakan kunci. Dah masuk waktu petang,aku tak nampak kelibat dua orang mangkuk ayun tu.
Aku nampak Nelly turun dari tingkat atas dengan bersinglet dan berseluar dalam. Dah sah ni. Ada mega projek yang dilakukan.
"Nelly. Mana Haze dengan Jamie?".
"Oi mak kau. What the hell. Zach? Bila you sampai? Macam mana you masuk?".
"Dah satu jam aku dekat sini. Ni kan rumah aku juga. Tak bangun lagi ke diaorang tu?".
"Jamie tu I tak tahu dia buat apa. Haze dah bangun tapi dia sambung tidur balik. Eh bukan ke you sepatutnya ada dekat rumah parent Haura. Boyfriend dia masuk merisik"balas Nelly.
"Merisik sekali dengan bertunang. Haura tak nak aku ada dekat sana. Kalau aku ada dekat sana,dia nak malukan aku depan orang ramai"ujarku.
"Lahh sampai macam tu sekali. I nak ke dapur ni. You nak air tak?".
"Tak payah. Ni aku dah masak untuk korang. Kau pergi kejutkan monyet dua ekor tu".
"Oh okay". Nelly naik ke atas semula.
Tak lama tu,aku dengar bunyi tapak berlari dari tingkat atas. Ada sebab kenapa aku gelarkan diaorang monyet. Contoh dah ada. Tanpa menyedari aku di ruang tamu,Jamie dan Haze terus ke dapur.
Aku melangkah ke dapur. Diaorang pun dah mula mencekik. "Fuhhh. Perangai korang. Macam setan. Kerja membuta lepas tu bangun dari membuta terus mencekik. Macam binatang perangai".
"Bila masa kau masuk? Jadi,ni kau masak semua ni lah? Aku ingatkan Nelly yang masak"balas Jamie.
"I baru je bangun. I pun tak perasan Zach ada dekat ruang tamu tadi. Terkejut juga bila tengok dia tadi"celah Nelly.
"Zach. Do you have any problem?"tegur Haze.
"Haura is someone fiance now. For sure,he is devastated. He just told me"balas Nelly.
Tersembur makanan dari mulut mereka berdua. "Pray for him,Jamie". Aku melihat mereka melakukan cross. "Rest in peace,my friend".
"Haze. Stop it. It's not good. Ada perli boss sendiri"tegur Nelly.
"Entah. Aku dah masak untuk korang. Korang kutuk aku. Aku doakan perut korang kembung sebab kutuk aku. Aminnn!".
Nelly turut mengaminkan. Lah! Orang melayu ke.
"Kau chinese ke melayu,Nelly?"soalku.
"Half chinese half melayu"jawab Nelly.
Aku mengangguk. "Nelly. Aku assume kau selalu main gym. Kau free tak malam ni?".
"You ajak I pergi gym? Tapi,malam ni tak boleh la. I nak date dengan Haze. Dia ajak tengok wayang"balas Nelly.
"Oh. Selain keluar tengok wayang,kau buat apa dengan dia?"soalku
"Macam-macam. End up with on bed"jawab Nelly.
"Aku nak tahu masa birthday party hari tu. Haura pergi mana dengan tunang dia? Aku tanya kau hari tu. Tapi,kau dah mabuk. Kau cakap tak tahu. Mana diaorang pergi sebenarnya?".
Nelly menggosok belakang lehernya. "I tak ada jawapan untuk soalan you tu".
"Baby. You tak boleh tipu si Zach tu. He's lie detector"sampuk Haze dengan mulut yang penuh.
Nelly menelan liurnya. "I boleh bagitahu you tapi you kena rahsiakan dari parent dia". Aku mengangguk. "Haura dengan tunang dia tu tinggal sekali. Haura duduk dekat kawasan elite. So,orang tak tahu yang diaorang tu dah kahwin atau tak"jelas Nelly.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
De TodoWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...