42

37 3 0
                                    

Makin lama makin pelik aku dengan Haura ni. Sebelum tidur,dia suka betul gigit telinga aku. Selepas tidur,lain pula. Dia gemar menghidu ketiak aku. Bila aku tak bagi,mulalah. Merajuk.

Aku turun ke dapur untuk mengisi perut. Aku pandang ke luar rumah. Dah lama tak main basketball ni. Siapa lah aku nak ajak ni. Monyet dua ekor tu masih berada di Arizona. Dua hari lagi,Haze nak kahwin dengan seorang model. Jamie je masih bujang dan available.

Aku masuk stor yang berada di belakang rumah. Dijaga dengan rapi stor ni. Aku mengambil bola keranjang. Aku keluar dari stor dan melangkah ke court basketball. Aku membuat beberapa lontaran. Ternyata skill aku masih ada. Masa latihan ketenteraan dulu,aku selalu bermain basketball. Leka bermain sendirian,masa sudah menginjak ke tengahari. Aku masuk ke dalam rumah semula melalui dapur.

Terkejut aku melihat kelibat papa di dapur. "Kus semangat. Papa dah lama balik ke?".

"Lama dah. Papa tengok kamu leka main basketball. Hebat juga kamu ya. Dari tengah court pun boleh score"balas papa.

"Dah lama tak main,pa. Ni papa nak makan apa? Zach boleh tolong masak".

"Tak apa. Sebelum sampai rumah,papa dah makan dekat luar dengan mama. Ni papa nak ke masjid. Kalau kamu nak ikut,jom. Papa tunggu kamu dalam kereta".

"Boleh la. Zach pun tak tahu nak buat apa".

Aku menunggu papa di luar masjid. Katanya,ingin berbual sebentar dengan kawan lamanya yang menegurnya tadi. Aku menoleh sebaik aku mendengar suara papa yang masih lagi berbual.

"Farid. Ni aku kenalkan. Menantu aku. Zach. Zach.. Ni kawan papa masa belajar dekat UK dulu. Farid".

Aku bersalaman dengan Uncle Farid.

"Macam pernah nampak menantu kau ni,Han".

"Saya rasa ni kali pertama kita berjumpa,uncle"balasku.

"Mungkin pelanduk dua serupa agaknya". Uncle Farid hanya tersengih.
"Han. Aku nak balik office. Ada meeting kejap lagi. Nanti kalau ada masa,aku datang rumah dengan family aku. Aku beransur dulu. Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam".

"Zach. Jom kita lepak mamak. Boleh kita berbual panjang lebar"ajak papa.

Betul cakap mama dengan Haura,papa ni dah macam orang muda sejak bersara ni.

Banyak topik yang dibualkan oleh aku dan papa. Dari business sampailah topik ketuhanan. Dari perbualan kami itu,aku mendengar nasihat yang diberikan oleh papa.

"Pa. Masa mama mengandungkan Haura tu dulu,perangai mama macam mana? Ada tak benda pelik mama buat dekat papa?"tanyaku.

Papa hampir ketawa dengan kuat. "Mama tu dulu suka makan benda masam. Paling favorite buah belimbing buluh. Pantang papa leka sikit,mama petik dekat pokok sampai kena marah dengan arwah nenda. Lagi satu mama tu pantang kalau hujan turun. Laju je keluar rumah. Bila papa tegur je,mulalah tarik muka. Dah tu papa biarkan je. Bila dah demam,papa juga yang dicarinya".

"Haura lain. Sebelum tidur,suka betul dia gigit telinga Zach. Lepas bangun tidur,dia cari ketiak Zach pula. Bila tak bagi,dia macam mama la. Tarik muka"ujarku.

"Layankan jelah. Haura tu kalau nak bermanja,memang dia manja betul-betul"balas papa.

Sembang punya sembang,azan Asar kedengaran dari masjid berdekatan. "Uish. Sampai asar kita berbual. Jom solat dulu then terus balik".

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now