Dua tahun kemudian ...
Cuti sekolah bermula sejak semalam,aku merancang untuk bercuti bersama keluargaku. Sengaja aku luangkan masa untuk keluarga tersayang. Hayyan dan Hayla sudah berusia sembilan tahun, Hessa dan Hannah sudah berusia enam tahun manakala Harith dan Harraz berusia dua tahun.
"Papa oh papa! Tidur lagi ke? Kata nak pergi holiday. Mummy dah bising dekat bawah tu"kejut anak dara kesayanganku,Hayla.
"Kacau lah kamu ni. Papa baru nak jumpa princess tadi"balasku. Aku duduk di atas katil. Hayla duduk di sebelahku.
"Siapa princess tu? Elsa ke?"tanya Hayla.
"Bukan. Papa baru nak tengok muka princess tu. Kamu dah kejutkan papa. Tak sempatlah papa nak tengok"jawabku.
"Apalah papa ni. Mummy bukan princess papa ke?".
"Mummy tu queen papa dalam hati papa. Mana boleh mummy jadi princess. Hayla lah princess tu"balasku. Aku kucup pipi Hayla.
"Ish papa. Hayla dah mandi lah. Baik papa pergi mandi sebelum mummy marah papa. Hayla tak nak tolong".
Aku menggosok kasar rambut Hayla. "Yelah,tuan puteri". Aku turun dari katil dan melangkah ke bilik air.
Setelah siap berpakaian,aku turun ke dapur. Haura dan anak-anak sedang menikmati sarapan pagi. "Morning,sayang". Aku kucup pipi Haura.
"Morning. Nasib baik anak kejut. Kalau tak pukul berapa lah nak bangun. Dah duduk makan".
Aku duduk di sebelah Haura. "Abang bukan sengaja nak bangun lambat. Penat. Pukul berapa tidur pagi tadi".
"Kerja tu sampai bila-bila takkan siap. Anak-anak. Cepat makan. Nanti lambat pula".
Ceh. Dia dulu pun sama je. Cakap orang lebih.
Setelah bersarapan pagi,aku mula memasukkan barang ke dalam kereta. Sejak anak dah ramai ni,aku membeli kereta jenis SUV, Jeep Wagoneer
"Mummy. Kita nak pergi mana ni?"tanya Hessa. Hanya dia seorang je yang terjaga. Dia lebih suka menikamati keindahan.
"Pergi picnic. Jalan-jalan dekat pantai. Kenapa,sayang?".
"Nak tahu je. Boleh buat sand castle tak?"soalnya lagi.
"Boleh. Hessa nak mandi pun boleh. Suka tak?"jawab Haura.
"Suka! Tak sabarlah mummy nak mandi pantai".
"Iya? Mummy pun sama tak sabar nak mandi pantai. Hessa tidur lah dulu. Nanti dah sampai,mummy kejut".
"Tak nak tidur. Nak teman papa dengan mummy. Nanti sunyi kereta ni kalau Hessa tidur".
Aku ketawa. "Pandai lah kamu. Tak boleh nak tengok papa dating dengan mummy. Ada je alasan. Dengki".
"Papa tidur dengan mummy hari-hari. Hessa tak kacau pun. Papa tu yang dengki".
Haura tersengih. "Papa memang kuat dengki pun. Hessa jangan layan papa ni".
"Amboi. Dah tahu dah mulut Hessa ikut siapa. Mummy yang ajar rupanya".
Haura dan Hessa hanya tersengih.
"Mestilah. Hessa kan anak kesayangan mummy". Hessa tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang putih.
Aku menoleh ke belakang. Nasib baik lah anak teruna yang sulung tu tidur. Kalau tidak,bising. Mana taknya, dia je anak kesayangan Haura. Adik-adik dia bukan.
Sejam perjalanan,Haura dan Hessa turut tidur. Sebenarnya,aku ada plan lain. Aku ingin membawa mereka ke Universal Studio di Singapura untuk beberapa hari sebelum singgah di Pantai Desaru.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
AcakWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...