71

14 1 0
                                    

"Itu sahaja meeting kita untuk hari ni. Saya harap proposal kita ni diterima syarikat yang bertapak di Dubai".

"Boss. Tengku Haura bila nak bersalin baby boy tu?"tanya Nadira. Soalan Nadira itu menarik minat staff yang lain.

"Yelah,boss. Nanti boleh kami semua melawat".

"In Sha' Allah. Lagi beberapa hari. Tapi,tengok dulu macam mana"jawabku.

"Boss. Ada tips tak cara untuk dapatkan kembar?"tanya Azrul.

"Apa benda lah. Kau girlfriend pun tak ada. Sibuk minta tips".

Aku tertawa kecil. "Kalau family kau ada yang kembar,kebarangkalian untuk kau dapatkan anak kembar tu tinggi. Sudah. Bersurai".

Phone milikku berbunyi. Panggilan dari Haura. "Kenapa call abang ni,sayang?".

"Abang balik lunch tak? Kalau balik,belikan.. Hessa.. Hannah.. Mummy cakap dengan papa ni. Sabar sekejap".

"Kenapa tu?".

"Apa lagi kalau bukan nak susu. Ni belikan santan dengan kerisik kelapa. Mama nak buat rendang. Boleh tak tolong belikan?".

"Okay. Nanti abang balik. Nak abang ambilkan Hayyan dengan Hayla sekali ke?".

"Tak payah. Papa nak ambilkan diaorang. Ada lah budak berdua tu meminta dekat papa. Okay lah abang. Sayang nak buatkan susu untuk baby girl abang ni. Bye".

Aku berjumpa dengan Nadira sebelum aku keluar dari office. "Dira. Lepas lunch ni ada client nak jumpa dengan saya tak?".

"Petang ni boss free. Bolehlah boss luangkan masa dengan wife tu".

"Ada je nak kenakan saya. Dah. Saya nak balik rumah. Wife ajak lunch. Kau ada? Tak ada kan? Alright. Bye".

Aku memandu ke kedai berdekatan untuk membeli santan dan kerisik kelapa. Poket seluarku bergetar sebaik sahaja aku keluar dari kedai. Aku menjawab panggilan dari mama.

"Zach. Pergi hospital terus. Haura dah masuk labour room. Mama baru sampai hospital ni".

"Haa baik-baik. Zach ke sana sekarang". Aku bergegas ke hospital.

Aduhai. Time ni la nak jammed pun. Aku mula risau tentang Haura. Tak pernah sekalipun aku terlepas semasa isteriku sedang bertarung nyawa melahirkan anak-anak kami.

Aku tiba di hospital empat puluh minit kemudian. Aku terus ke wad bersalin. Mama,papa dan anak-anakku berada di luar labour room.

"Haura macam mana? Masih dekat dalam?"tanyaku.

"Ya. Haura terpaksa melahirkan secara czer. Doktor cakap dia kurang tenaga. Takut baby tu lemas dalam kandungan"jawab mama.

"Papa! Kenapa dengan mummy? Mummy sakit ke?"tanya Hessa.

"Ya,sayang. Kan Hessa nak dapat adik".

"Adik? Yay! Hessa ada adik".

"Yay! Hannah pun sama. Ada adik baru".

Aku senyum. "Nanti Hessa dengan Hannah kena jaga adik masa papa pergi work. Abang dengan kakak kena pergi school. Boleh?".

"Boleh,papa!"jawab Hessa dan Hannah serentak.

Aku usap kepala mereka berdua. "Good girl. Macam ni papa sayang lebih".

Doktor keluar daripada labour room. Aku terus mendapatkan doktor itu. "Macam mana dengan wife saya?".

HAYDER ZACHERY LIFE'S  [C] ✔Where stories live. Discover now