Mama mempelawaku untuk bersarapan di luar bersama. Aku memandu kereta milik papa ke restoran. "Zach. Mama ajak Haura sekali. Tak apa,kan?".
"Tak apa,ma. Zach okay je. Lagi ramai lagi bagus. Tunang dia ada sekali ke?"balasku.
"Emran dah balik Dubai. So,kita-kita je la"ujar mama.
Aku mengangguk. "Zach. Kamu tak nak kerja ke dekat office papa? Boleh tolong adik papa apa yang patut. Ada position yang sesuai untuk kamu"soal papa.
"Sorry,papa. Zach sendiri pun ada business kena uruskan. Hotel yang arwah ibu bangunkan dekat Paris tu,Zach handle. Theme park arwah papa dekat US dan dekat Canada tu pun,Zach yang uruskan. Ada lagi tiga ke lima company yang diaorang tinggalkan,Zach kena uruskan"jawabku.
"Amboi banyaknya. Tak apalah. Dah kamu cakap macam tu,takkan papa nak paksa pula"balas papa.
Kami bersembang sehingga kami tiba di restoran. Aku mencari parking sementara mama dan papa mencari tempat. Hujung minggu macam ni,ramai pengunjung yang datang untuk bersarapan.
Setelah mendapatkan parkir kereta,aku masuk ke dalam restoran. Aku ingatkan aku dan family Haura je. Ramai rupanya berada di meja yang disusun memanjang. Aku duduk di sebelah mama. "Sorry,Zach. Kalau mama cakap ada orang lain breakfast sekali,kamu takkan ikut sekali"bisik mama.
"Najla. Siapa tu? Anak you yang lain ke?"soal wanita yang duduk berhadapan dengan mama.
"Eh tak. Ni anak saudara saya. Anak arwah kakak saya yang nombor tiga tu. Saya jaga dia sejak dia tingkatan lima lagi. Sebaya dengan Haura"jawab mama.
"Ni bakal besan mama. Bakal mak mertua Haura. Puan Sri Ariani"bisik mama.
Aku mengangguk.
"Kamu ni kerja apa?"soal Puan Sri Ariani.
"Saya uruskan business family saya,puan sri"jawabku.
"Such as?"soal lelaki berusia pertengahan 50-an yang duduk di sebelah Puan Sri Ariani. Mungkin suaminya.
"Banyak,datuk sri. Hotel dekat Paris. Theme park di US dan Canada. Tiga tu saya pegang hundred percent saham dan yang selebihnya ada kongsi dengan adik beradik arwah daddy saya"jawabku.
"Mesti besar tanggungjawab kamu. Tak perlu nak berdatuk dengan saya. Panggil uncle pun boleh. Ikut kamu".
"B-baik,uncle"balasku.
Kelihatan Haura agak mesra berbual dengan bakal abang dan kakak iparnya. Haura pun anggap aku macam tak wujud je.
"Kamu pernah masuk tentera ke? Tengok dari t-shirt yang kamu pakai tu"soal Uncle Idrus.
"Ya,uncle. Saya masuk US Navy. Pangkat kapten. Lepas tamat latihan ketenteraan,saya sambung belajar dan pada masa yang sama,saya uruskan business family saya"jawabku.
"Matang dari usia. Orang muda lain patut contohi kamu"puji Aunty Ariani.
Makanan mula memenuhi meja. Sebelum makan,aku diminta oleh mama supaya membaca doa makan.
"Aunty suka tengok kamu ni. Hormat orang tua. Cakap pun sopan je. Kalau aunty ada anak perempuan lagi,aunty dah nikahkan kamu berdua".
"Tak payah la,umi. Along tak berkenan kalau umi nak buat dia jadi adik ipar along. Umi tengok la sendiri tangan dia tu".
"Ish kamu ni,Aqila. Tak baik kamu cakap macam tu. Semua orang tak lari dari kesilapan. Sudah. Hormat rezeki depan ni"tegur Aunty Ariani.
"Tak apa,aunty. Saya dah biasa terima kecaman". Aku pandang anak perempuan Aunty Ariani yang sulung itu.
YOU ARE READING
HAYDER ZACHERY LIFE'S [C] ✔
CasualeWasiat yang dilakukan oleh arwah ibuku membuatkanku pulang ke tanah air arwah ibuku iaitu Malaysia. Satu pengalaman dan kehidupan baruku di negara kelahiran arwah ibuku sebagai seorang anak kepada bekas mafia terkenal di negara Uncle Sam. Author Not...