Bab 7: Masa lalu: Davian Arzhel x ?

51 14 0
                                    

Seorang makcik berjalan laju. Raut wajahnya tak boleh disembunyikan. Matanya melilau. Saat melihag orang yang ingin ia temui, tanpa segan terus mendekatinya.

"Pengantin perempuan kata dia tak nak perkahwinan ni berlangsung." Bisiknya.

"Apa maksud awak?" Wajah dah bertukar menjadu marah.

"Ja-jangan marah dahulu. Aku tak tahu kenapa dia nak batalkan pernikahan ini."

"Habis anak aku macam mana?" Memandang Davian yang tidak sabar menanti pengantin perempuan. Tak sabar langsung nak tunggu pengantin perempuan sampai. Kaki tangan dah bergetar dah.

Tanpa ia ketahui, di majlis perkahwinannya mempunyai masalah serius. Tanpa sedar pengantin perempuan menolak untuk menikah dengannya. Tanpa alasan yang belum dijelaskan ia sudah pergi meninggalkan Davian.

Encik Arzan yang melihat sang isteri tampak kerisauan menghampirinya.

"What happened? Mana pengantin perempuan? Lama dah kita tunggu ni." Tanya Encik Arzan. Puan Ixora tergagap nak mengata sesuatu.

"Sir?" Lelaki berkaca mata hitam menghampirinya.

"Gelin odasında değildi. Sadece bu mektubu bıraktı. (Pengantin wanita tidak ada di bilik. Dia hanya meninggalkan sepucuk surat ni je.)" Mengeluarkan surat tersebut lalu diserahkannya kepada Encik Arzan.

Lama Encik Arzan nak ambil. Sesaat kemudian ia menoleh ke belakang. Melihat dari wajah Davian, ia berasa bersalah pula. Ia tidak tahu kalau kejadian ini menimpa anaknya. Encik Arzan berfikir bahawa penantian Davian untuk hari terindahnya adalah sia-sia.

Encik Arzan mendampingi Davian. Davian pula hanya memegang tangan ayahnya. Davian tidak tahu kalau perempuan yang ia cintai telah pergi dan hanya meninggalkan sepucuk surat untuknya.

"Ayah..kenapa tubuh Dav ni bergetar eh?" Encik Arzan dapat merasakan tangan anak lelakinya itu.

Encik Arzan memegang pundak Davian. Davian pula kehairanan apabila melihat raut wajah seorang ayah yang agak kecewa di hadapannya. Mengerut kening Davian.

"Kenapa ni? Apasal muka ayah macam kecewa?" Tanya Davian. Ya, memang awalnya Davian seorsng lelaki yang baik. Cara bercakapnya lembut dan sopan.

"Vian, kalau ayah cakap sesuatu Vian jangan kecewa eh." Encik Arzan menghela nafas. Nafas berkali-kali ditarik dan dihembus. Davian dengan sabar menunggu berita dari Encik Arzan.

"Orang kata-"

"PENGANTIN PEREMPUAN HILANG!" Teriak seorang wanita dengan ketakutan. Hatinya berdegup kencang. Senyuman yang terukir indah di wajah jatuh sekelip mata.

Memang betul, penantiannya selama ini hanyalah sia-sia. Di hatinya sudah berharap agar pengantin perempuan datang pada tepat waktu. Kepalanya hanya tertunduk.

Semua yang hadir menjadi hairan. Suasana menjadi kucar kacir. Orang yang hadir untuk majlis perkahwinan Davian mula bertanya antara satu sama lain. Reaksi terkejut memang tak boleh nak cover sikit.

Hari yang sangat mengecewakan.

Davian mengira itu akan menjadi hari yang terindah didalam kehidupannya. Namun, takdir selalu berkata lain. Dirinya hanya mampu menanggung kekecewaan didalam kehidupannya.

Tanggungan yang berat membuatkannya terasa dibebani. Wanita yang ia kenal selama ini sudah mempunyai kekasih lain dihatinya. Ia bagaikan menipu Davian bahawa dirinya sangat mencintai Davian. Akan tetapi itu malah disebaliknya.

Davian masuk dengan muka kecewanya. Para pembantu yang lagi menikmati masa rehat mereka terkejut mendengar pintu dihempas dengan kuat. Kelibat Davian dengan raut wajah yang amat kecewa terlihat jelas.

Cinta Khalis Riona [C]Where stories live. Discover now