Di ruang tamu. Selimut yang lembut dengan sofa yang empuk memang ngam untuk merebahkan tubuh badan. Khalis baring sembari menonton televisyen. Ia ketawa seperti anak kecil. Ketawa apabila adegan lucu.
Senyuman dan ketawanya yang manis terukir diwajah. Duduk di sofa tidak ketinggalan juga untuk kuih-muihnya. Encik Arzan dah banyak mengeluarkan duitnya untuk membeli barang sana sini.
Mula dari barang dapur, kuih, perabot dan sebagainya. Saat Khalis ingin menyuap makanannya, ia mendengar titisan dari atap.
Titisan demi titisan terdengar. Bangun. Menuju jendela. Tirai dibuka. Diluar hujan renyai. Tangan diletakkan pada jendela.
Fikiran Khalis teringat akan kisahnya. Setiap kali hujan turun Khalis akan keluar bermain. Ia bermain dihujan bersama ibu dan juga kakaknya.
Mereka bertiga bermain dalam hujan.
"Rindu pula nak main air hujan ni." Teringin nak keluar pergi bermain tapi takut. Kalau sakit takut menyusahkan sang suami pula. Ia kembali duduk dan menonton televisyen.
Tak terasa Khalis menguap. Mata semakin lama semakin mengantuk. Bukan apa, kalau hujan perghh memang sedap!
Di bilik, Davian juga kelihatan berdiri di jendela. Daun pokok berterbangan diluar. Hatinya tergerak nak keluar. Mereka berdua ni sama sebenarnya. Sama-sama nak keluar bermain.
Fikiran macam budak-budak. Namun, seketika fikirannya terlintas tentang Khalis.
"Apa perempuan tu buat dekat bawah sana?" Gumam hati Davian. Tertanya-tanya pula dekat dirinya sendiri. Ni boleh ke panggil red flag? Tak en? Kalau sayang kenapa nak ambil kisah kan?
Pintu dibuka dan ditutup semula usai keluar. Davian berjalan perlahan. Dari atas ia melihat Khalis sudah terlena. Ia sudah dibuai mimpi. Lama Davian perhatikan.
Ia turun menuruni anak tangga dengan tangan yang memegang selimut tebal.
"Hujan-hujan macam ni tak nak guna selimut. Menyusahkan orang." Ujar hatinya. Hati memang berkata macam tu tapi tubuh badan bergerak untuk menyelimuti Khalis.
Awalnya Davian ada niat nak baling selimut ni, tapi saat perhatikan muka Khalis tak sampai hati pula. Macam ni ke yang dikatakan tak peduli? Korang rasa dia ada menyimpan rahsia ke dalam hati dia?
Mengeluh. Davian mendekati Khalis yang sedang nyenyak tidur. TV dipadam. Selimut yang dilipat dibuka luas. Davian menyelimuti Khalis dengan perlahan. Takut terbangun pula.
Lama Davian perhatikan wajah isterinya. Nak usap muka tapi tak nak pula.
"Asal aku jadi tak sampai hati pula nak buat dia macam ni." Saat tubuh Khalis bergerak, Davian dengan segera beralih posisi berdiri. Hampir terjatuh dirinya ketika tidak melihat jalan.
Khalis bukannya nak bangun rupanya nak tukar posisi tidur. Dada dipegang.
"Aku ingat perempuan tu bangun tadi." Davian yang kesunyian pergi ke dapur. Ia melihat makanan ditutup rapat.
"Apa benda pula yang dia masak?" Buka satu persatu. Semua makanan nanpak sedap. Tambahan ayam kicap kegemaran dirinya. Davian tampak menyesal sedikit atas ucapannya.
Pinggan diambil. Gelas juga diletakkan di atas meja. Nasi dan makanan diletakkan di atas pinggan. Ia menyantap dengan penuh selera.
"Tiba-tiba rindu pula dengan masakan abah dan umi." Khalis membuka matanya secara perlahan.
"Aik, bila masa pula aku ambil selimut ni?" Tanya Khalis dengan nada yang rendah. Mengerut kening.
"Dia ke?" Senyuman kecil terukir. Meskipun hal yang kecil, Khalis sudah berasa bahagia dihatinya.
Malam telah pun tiba. Semua lampu dirumah mahupun dijalan memancar cahaya. Terang-benderang memang tak dapat dinafikan.
"Marta? What are you doing?"
"Seperti biasa ambil angin kejap." Amara menghampiri Marta yang lagi duduk di luar. Angin yang bersepoi pada waktu malam memang sejuk.
"Tumben." Bahasa Indonesia Amara keluar. Marta yang mix Spanish agak terkejut. Jarang Amara guna bahasa Indonesia nya.
"Kau ingat kau seorang je ada mix? Saya pun ada ma.." Reaksi Marta berubah. Marta dah siap nak lempang Amara ni. Rasa nak makan je manusia macam dia ni.
Bahu Marta ditepuk tanda ingin menunjuk. Marta yang memang dah tahu perangai Amara hanya terdiam. Semakin Marta diam, semakin menunjuk pula si Amara ni.
"Bueno vete ahora antes de que te abofetee. (Baik kau pergi sekarang sebelum aku lempang kau.)"
"Huh?!" Amara membesarkan suaranya. Keluhan Marta didengar.
"Baik kau pergi sekarang se-" Belum habis apa yang nak dikatakan, Amara langsung bangun dan pergi. Ia meninggalkan Marta secepat kilat.
"Bertuah betul." Mulut Amara terkumat-kamit. Kepala Amara berkali-kali menoleh kearah Marta. Ia ingin memastikan Marta tidak mengekorinya.
"Uissh nasib baik aku terus bangun. Kalau tak mati aku." Jam demi jam silih berganti. Hari pula semakin gelap dan gelap mengikut putaran jam.
Lampu masih menerangi jalan. Jalan menjadi sunyi dan sepi. Akan tetapi pasar malam memamg sentiasa dibuka.
"Apalah agaknya yang Khalis buat sekarang? Khalis, ibu rindu sangat dekat Khalis." Gambar Khalis semasa masih kecil ditenung.
"Semoga Khalis dapat hidup bahagia dengan keluarga baru Khalis. Ibu berharap suami Khalis adalah orang baik, malahan lebih baik dari ayahmu." Hati Puan Arisha ibu kepada Khalis bergumam.
Ia sangat berharap Khalis dapat menemukan cinta yang ia harapkan. Tidak kira cinta dari keluarga baru, sahabat atau suami. Semua itu dianggap cinta olehnya.
From author.
"I'm sorry guys, I'm out of ideas. Mungkin bab kali ini pendek je. Tapi it's okay right? Esok lusa mungkin panjang lagi. Kali ni bab ni je yang pendek. Tapi mungkin, mungkin. Insyaallah author akan berusaha untuk update bab demi bab. Tapi agak lambat sedikitlah. Mohon maklum. Dan sebagai maklumat tambahan, semua karakter yang diciptakan masing-masing dari negara lain dan ini memang tiada sangkut paut bagi negara tersebut. Ini hanyalah sebuah cerita"
YOU ARE READING
Cinta Khalis Riona [C]
Romance[Dalam proses mengedit] Khalis Riona, wanita yang bertudung labuh kini menjadi wanita yang memikul tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Khalis hanyalah seorang wanita kampung yang merantau ke dunia bandar. Hidupnya bukanlah seperti anak lainnya...