"Babe jom singgah kafe jap aku teringin lah nak matcha latte boleh? kita singgah kafe depan tu ja." Kata hayfa sambil mengoyangkan sebelah tangan lia.
"Ye okay kita singgah.Hang ni banyak songgehkan memang kita lambatlah sampai." Balas lia.
Mereka keluar dari perut kereta lalu mengorak langkah masuk ke kafe.Masuk saja ke dalam kafe hayfa perasan ada seorang lelaki seperti dia kenal.
Hayfa memandang lelaki itu tanpa dia perasan lelaki itu pun memang dia.Mereka saling pandang antara satu sama lain hayfa terus pandang ke arah lia.
Lia yang sedang orderkan air pelik melihat tingkah laku gadis itu seperti nampak hantu.
"Eh,hayfa awat dengan hang ni dah macam nampak hantu ja." Kata lia sambil mencuit bahu hayfa.
"Ha? Maa..mana ada aku nampak apa apa.Kau dah order ke?" Tanya hayfa dia hanya pandang lia saja sebab dia tahu kalau dia pusing saja kepalanya pasti dia nampak lelaki itu.
"Aku dah order sat lagi siap lah tu." Jawab lia.
Hayfa menjatuhkan kepalanya lalu dia duduk di kerusi yang ada di kafe itu.Lia memandang pelik saja sepupunya ini macam ada something.
Sedang ralik menunggu air tiba tiba ada orang datang ke meja mereka. "Hai Hayfa sayang." Terkejut hayfa bila ada orang memanggilnya sayang.
"Apa ni panggil sayang geli tau tak." Marah hayfa.
"Ala nak panggil sayang pun tak boleh ke dah lamakan kita tak jumpa tak tahu pulak boleh terjumpa dekat sini." Kata lelaki itu sambil tersenyum memandang hayfa.
"Kita dah lama putus lah muiz apa lagi kau nak?" Marah hayfa lagi.
"Tak nak apa pun cuma nak kita macam dulu je." Jawab muiz lalu dia menarik lengan hayfa yang berlapikkan baju itu dia tarik bawak keluar dari cafe.
"Eh lepaslah! Benda ni main pegang pegang sakit tau tak." Bentak hayfa.Hayfa mengosok lengannya yang sudah di lepaskan.
Lia terus keluar dari kafe dan mengikuti hayfa.Lia tidak tahu mahu buat apa tadi sebab dengan tiba tiba saja lengan hayfa di tarik.
"Hayfa sayang kau mesti rindu aku kan sebab tu kau balik sini." Kata muiz sambil mendekatkan jarak ke hayfa.
"Kau jangan dekat muiz." Bentak hayfa lagi.
"Kalau aku nak dekat juga macam mana?" Muiz semakin menghapiri hayfa dengan jarak yang sangat dekat.
Buk!
"Ahuk! Sakit bodo sapa yang tumbuk aku ni." Bentak muiz. Perutnya di tumbuk oleh seorang lelaki.
"Tu akibat dia sebab dekat dengan adik perempuan aku." Bentak haiman pula.
"Kau pergi berambus sekarang sebelum aku pecahkan muka kau!" Haiman terus memegang lengan adiknya dengan lembut.Dia ingin melihat lengan adiknya takut kalau ada luka.
"Hang okay dak hayfa.Aku dah kata tadi nak keluar tunggu aku tapi hang degil nak juga keluar berdua nasib aku keluar minum dengan member aku kat sini ja." Bebel haiman.
Haiman muncul pun di sebabkan dia mahu berjumpa dengan kawan lamanya.Tapi sampai saja di depan kafe terus lain jadinya .
"Herm,sorry lah angah mana lah hayfa tahu yang dia ada kat sini." Kata hayfa sambil monyok.
"Dah jom ikut aku masuk dalam aku nak jumpa kawan aku jap kat dalam.Tu ayaq yang hampa beli tu bawak masuk minum kat dalam." Kata haiman lalu dia memimpin lengan hayfa.
Lia hanya menjatuhkan kepala mengikuti langkah haiman dan hayfa. Dia tidak tahu mahu tolong apa tadi sebab dia pun perempuan biasa.
"Angah slow lah sikit jalan tu sakit kaki hayfa ni." kata hayfa sambil memandang haiman.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...