"Boleh saya tahu siapa suami puan Hayfa?" Soal doktor Khalish.
"Saya abang dia." Jawab Haiman.
"Puan Hayfa dan kandungannya...Alhamdulillah sihat cuma puan Hayfa perlu kawal emosi." Jelas doktor Khalish.
"Terima Kasih." Haiman masuk ke dalam bilik menjengguk Hayfa.
"Kau ni kan...Jangan bagi aku risau Hayfa Fadwa...Suami kau dah bagi aku tanggungjawab besar kena jaga kau...walaupun dari kecik aku memang dah jaga kau. Tapi ni amanah dari suami kau." Haiman seperti sedang membebel dengan kayu.
Hayfa termenung jauh.Hatinya sudah tidak tenteram dia punya naluri kuat mengatakan bahawa terjadi sesuatu pada suaminya.
"Assalamualaikum..." Salam dari ibu bapa mertua Hayfa.
"Waalaikumusalam...mama,papa." Hayfa menoleh kepala memandang mertuanya.
"Tak sangka kamu berdua cepat dapat cahaya mata. Alhamdulillah rezeki awal..." Ucap puan Dahlia.
"Betul...kami berdua bersyukur sangat tapi sayangnya habib tak ada dekat sini...habib kata hari ini habib nak balik..." Ucap Hayfa dengan nada sedih.
"Sabar ye hayfa sayang, anak mama tu dia jarang tak balik...cuma cepat atau lambat saja." Puan Dahlia cuba menenangkan hati menantunya.
Sesungguhnya puan Dahlia juga dapat rasa sesuatu yang terjadi tapi dia sebagai mama Hawwas perlu percaya pada anaknya.
"Mama...Hayfa dah tiga hari tak sedap hati...lepas tu hati Hayfa rindu sangat dekat habib" Ucap Hayfa tersedu-sedu.
Haiman mengosok belekang badan Hayfa untuk tenangkan Hayfa. Dia tidak pernah lihat adiknya menanggis seperti ini.
Puan Dahlia peluk Hayfa. " Shuhss...In shaa Allah dia pulang dengan selamat...kita doa yang baik-baik." Pujuk puan Dahlia lalu menyium dahi Hayfa.
"Assalamualaikum, kak Hayfa Harrash ada bawak buah." Jerit Harrash dengar suara lantang.
Hayfa tersentak terkejut dia tiba-tiba saja ada suara kuat memanggil namanya. Hayfa tenung wajah Harrash, rupa paras sama seperti suaminya beza suara dan sikap sahaja.
"Kak Hayfa jangan pandang Harrash macam tu, saya tahu saya ada iras macam abang Hawwas." Ucap Harrash.
"Kak Hayfa...biar malam ni hanis jaga kakak okay. Esok hanis tak kerja." Ucap Hanis.
"Baik..." Hayfa tiada perasaan nak berbual dengan orang dia mahu rehatkan diri. Memandangkan di biliknya ada televisyen hatinya terdetik mahu buka televisyen.
Dia buka saja tertera siaran berita terkini TERDAPAT SEBUAH KAPAL TERBANG MTH 145 TERHEMPAS JATUH DISEBABKAN TERKENA PELURU PEPANDU RAMBANG.
RAKAMAN SUARA TERAKHIR DARI PESAWAT MTH 145 "DI SINI PESAWAT MTH 145 TERKENA SERANGAN PELURU PEPANDU RAMBANG DAN PESAWAT TIDAK DAPAT DI KAWAL. SAYA KAPTAIN HAWWAS FAQIH DAN KAPTAIN ZIYAD LAPOR TAMAT TUGAS....ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...."
Hayfa terkedu dan tercenggang mendengar suara tersebut...dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia seperti dalam mimpi...baru saja pagi tadi lelaki bernama Hawwas Faqih mesej dia dan malam sebelum dia tidur lelaki itu juga yang bercakap dengan dia.
"Hay..Hayfa tak salah dengarkan suara tu...betulkan maa...tu bukan suara habibkan?... Haiman tu bukan suara suami Hayfa kan?..." Hayfa seperti orang tidak betul dia tidak dapat mengawal perasaannya.
"Hayfa...please jangan macam ni...shushh tenangkan diri...ada baby dalam perut ni...suami Hayfa suruh jaga baik-baik anak korang berduakan?" Haiman cuba memujuk Hayfa.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...