"Lah...baru ingat nak spend time ni dah nak balik hmm." Jawab hayfa sambil buat mimik muka sedih.
"Tak pa,nanti hang dah balik kuala lumpur kita jumpa ya." Kata shamila.
Hayfa dengan muka monyoknya memeluk shamila. Sudah lah shamila baru saja semalam sampai sudah kena balik.
"Tahniah ye babe dah jadi tunang orang." Kata shamila.
"Ye..terima kasih tau dah lah jauh-jauh datang lepas tu harini dah nak kena balik hmm..sedihnya." Balas hayfa.
Shamila menjatuhkan kepala lalu dia mengorak langkah ke arah keretanya.
"Eh..dah nak balik ke awalnya." Tegur naim yang ralik sedang membuang sampah.
"Ha, ada hal sikit nak kena settle kan." Jawab shamila.
Naim menjatuhkan kepala. "Hati-hati ketika memandu ye." Pesan naim.
Shamila hanya memberikakan senyuman.
Haiman dan yang lain sudah buat riak menyampah. Ada saja nak mengacau orang.
"Rajin sungguh hampa semua ni nah tolong kemaih kan." Tegur encik hariz.
"Sebenarnya pakcik kami ni nak balik sebab sakit perut tapi biasa lah sebagai kawan yang baik perlu lah membantu kawan." Kata khairul sambil memandang haiman.
"Bagus lah kalau begitu ni lepas dah habis kemas hampa balik lah rehat. Lagi satu hawwas hayfa tu darah manis jaga -jaga sikit nah." Kata
encik hariz.Mereka semua menjatuhkan kepala. Semua barang sudah kemas hawwas dan yang lain sudah balik hanya yang tinggal keluarga hayfa saja.
"Hayfa. Hang pi naik atas bersihkan diri solat." Tegur haiman.
Hayfa menjatuhkan kepala lalu dia masuk kedalam rumah dan menuju ke biliknya. Baru saja mahu masuk bilik lengannya di pegang oleh seseorang.
"Ish! Apa ni zack lepas lah!" Tengking hayfa.
"Shuhhtt!! Diam ye. Diam! Aku tak buat apa-apa pun lah cuma saja nak merasa sentuh lenggan bakal isteri orang." Kata zack.
"Lepas lah! Sebelum aku jerit." Tegas hayfa.
"Jerit lah biar semua dengar. Biar orang tahu kau baru je tunang dah mengatal dengan jantan lain." Jawab zack.
Baru saja hayfa mahu menjerit.
Buukk!
"Kau memang cari pasal dengan aku kan zack." Tengking hadwan.
Zack terduduk di lantai di sebabkan tumbukan dari hadwan. Hayfa terus belari menyorok belakang hadwan.
"Hang kalau nak batak perempuan sangat jangan sampai adik aku hang nak sebat!" Tengking hadwan.
Haiman dari bawah dengar bising-bising di atas terus dia berlari naik ketingkat atas. Sampai saja di tingkat atas haiman terkejut melihat zack sudah terduduk di lantai dengan bibir terkeluar darah sedikit.
"Awat ni hayfa?" Tanya haiman sambil memegang tangan hayfa yang sedang menggigil.
"Ta...tadi za..zack tarik lengan ha..hayfa. Lepas tu dia nak bu..buat benda tak elok." Lepas saja hayfa beri tahu haiman terus dia menaggis ketakutan.
"Tak guna betul hang ni!" Tengking haiman sambil memegang tangan hayfa.
"Hadwan hang settle kan dia aku nak uruskan hayfa." Kata haiman.
![](https://img.wattpad.com/cover/353568274-288-k629588.jpg)
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...