Hayfa tergamam lagi sekali. Ya allah dia kenyit mata kat aku. Hayfa letak tangan dia dekat dada degupan jantung dia jangan kata lah laju.
"Babe,kau pergi mana ni jom lah balik tina dah tunggu kat sana." Kata shamila.
Hayfa menjatuhkan kepala lalu dia mengikut langkah shamila. Dalam pemikirannya tidak habis-habis teringat hawwas.
Hayfa juga terkejut tidak sangka lelaki itu seorang pilot.
Jumpa saja tina mereka berpelukan. Biasa lah perempuan kalau dah lama tak jumpa begini lah jadinya.
"Dah lamanya tak jumpa." Kata tina.
"Ha,tu lah jom kita pi makan boleh sembang." Kata hayfa.
Mereka masuk kedalam kereta. Laju kereta itu melucur menuju ke kedai makan.
Hawwas baru saja sampai di kondonya penat juga ya. Baru saja dua minggu lepas balik dari canada. Rehat satu minggu lepas tu kena flight ke china.
Cuti kali ni dia mahu pulang ke kedah. Dia mahu tunaikan kata-kata dia. Dua minggu lepas dia tidak dapat nak tunaikan kata-kata dia tapi kali ni dia perlu buat.
"Hawwas sapa tadi tu? Hang kenai ka?" Tanya syafiq.
"Ha?sapa tadi tu? yang tegur aku kat klia tadi?" Kata hawwas.
"Ha,perempuan lawa tadi tu."
"Oo..tu bakal tunang aku kenapa?" Jawab hawwas jujur.
"What! Wei,aku tak salah dengarkan?" Tanya syafiq dengan nada terkejut.
"Tak. Sat gi aku nak gerak balik kedah. Lusa aku masuk minang dia." Kata hawwas lagi.
"Uish..serious ah awwas cepat gila nak buat kerja." Kata syafiq.
"Ye,tahu sebab aku hanya buat kerja cepat tapi tak gila lagi. Dah aku nak kemas-kemas barang." Kata hawwas
Hawwas terus masuk ke bilik baru kemas pakaiannya dan bersihkan badan. Tipu lah kalau dia tak letih tapi dia perlu balik kedah.
Hati dia sudah meronta-ronta mahukan gadis itu. Dia tersenyum teringat riak wajah tergamam hayfa tadi. Dia juga tidak sangka hayfa pakai gelang yang dia bagi satu bulan yang lepas.
Selesai kemas-kemas barang. Dia keluar dari bilik dan memandang syafiq yang sedang ralik menonton tv.
"Syafiq, aku gerak lu pape nanti call tak pun datang je terus kedah okay." Kata hawwas
Hawwas terus mengorak langkah keluar dari kondo dan menuju ke keretanya. Dia susun barang di seat belakng.
Dia meluncur kereta laju ke jalan besar. Dia bawak kereta audi pula. Kereta bmw tu ziyad pakai.
Sampai saja di restaurant hayfa memesan minuman dan makanan di sebabkan semalam tak makan jadi dia perlulah isi perut nanti sakit pula.
"Babe,dah lama tak lepak macam ni kan." Kata shamila.
"Ya,korang dua macam mana kat sini sudah ada yang berpunya ka?" Tanya tina.
"Kami dua tak da sapa punya still single fokus kerja." Jawab hayfa.
"Betullah tu apa yang hayfa kata." Sambung shamila.
"Babe,korang nak tahu tak. Erm,aku terminat sorang mamat ni." Kata tina.
"Sapa tu orang china ka orang malaysia." Tanya hayfa.
"Orang malaysia lah." Jawab tina.
"Aku baru je terjumpa dia tadi masa dekat klia. Ya allah hensem dia tak tahu nak kata lah." Kata tina lagi.

YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...