Selesai saja solat hayfa terus mengorak langkah keluar dari biliknya pergi ke dapur.Hayfa mendengar riuh suasana rumah seperti ada tetamu datang.
Sampai saja di dapur hayfa memandang semua orang yang berada di dapur.Hayfa perasan yang keluarga paklongnya ada sekali mungkin mereka baru saja sampai.
"Eh,Hayfa pun ada bila hang balik?" Tanya mak long hayfa.
"Baru ja sampai semalam." Hayfa memberikan senyum.
"Hayfa mesti dah lama kan tak jumpa abang zack hang.Ha tu abang zack ada kat ruang tamu dengan dua orang abang hang." Hayfa hanya menjatuhkan kepala.
"Tak apa lah hayfa nak makan dulu lapar." Hayfa duduk di kerusi sebelah umminya.
Maklong hayfa hanya tersenyum melihat hayfa.Hayfa merasa tidak selesa sebab mereka mahu jodohkan hayfa dengan abang zack.
Hayfa mengambil pinggan lalu menyedok nasi goreng yang di masak oleh umminya.Sedang kusyuk hayfa makan terus dia tersedak di sebabkan bualan mak long dan umminya tentang perkahwinan.
"Su hang tak mau ka ada menantu anak hang semua dah kerja nak kata pulun cari duit,duit dah belambak." Kata maklongnya pada ummi.
"Biaq pi depa lah kalau ada jodoh depa kahwin kalau jodoh belum sampai nak buat lagu mana kan Su tak mau paksa depa biar depa cari jodoh sendiri." Kata umminya sambil menepuk belakang hayfa kerana tersedak tadi.
"Ha apa pula tak dak jodoh. Jodoh dah ada cuma tak tahu dia setuju ke dak ja." Hayfa mendengar kata maklong terus tegak tubuh badannya.
"Yang tu nanti lah kita bincang Lin."
Hayfa diam saja bila dengar apa yang mereka bual tadi.Sungguh hayfa tidak suka bila mereka cakap tentang ini walaupun hayfa jarang balik tapi sekali balik pasti sembang pasal ini.
Baru saja hayfa mahu bangun dari kerusi sepupu perempuannya menepuk bahu hayfa.Terkejut hayfa nasib tidak jatuh pinggan yang di pegang oleh hayfa.
"Ish! Hang ni tak reti bagi salam ka main terjah ja kalau pinggan ni jatuh pecah lagu mana." Bebel hayfa sambil memandang sepupunya.
"Sorry lah babe,rindunya dekat hang dah lama tak jumpa." Kata sepupunya sambil memeluk hayfa.
"Eh,bagi aku basuh tangan cuci pinggan dulu sat gi kalau nak peluk ka ajak borak ka boleh." Hayfa terus menuju ke singki dan cuci pinggan.
"Hayfa awat dengan kaki hang berbalut ni?" Sepupunya perati saja gerak geri hayfa masa jalan tadi pun hayfa terjingkut-jingkut.
"Aku jatuh tadi masa jogging tu yang terseliuh sikit." Kata hayfa sambil menuju ke arah mereka yang sedang duduk di meja makan.
"Ummi walid paklong maklong hayfa dengan lia pergi depan dulu nah." Kata hayfa sambil memberikan senyuman pada mereka.
Paklongnya mempunyai tiga orang anak zack lia dan lisa.Hayfa hanya rapat dengan lia dari kecil lagi mereka memang di ibaratkan macam isi dengan kuku tapi bila sudah besar mereka tidak selalu jumpa di sebabkan kerjaya berbeza.
Hayfa mengorak langkah dengan berhati-hati.Sampai saja di sofa hayfa perasan yang abang zack hanya pandang saja dia.
Haiman yang baru saja keluar dari bilik solat perasan yang zack memandang hayfa terus haiman mengalihkan perhatian zack dari terus pandang hayfa.
"Hayfa mai ni aku urut kan kaki hang tu." Haiman terus pergi ke hayfa dan duduk bersila di atas karpet.
Hayfa menjatuhkan kepalanya lalu dia duduk di sofa sambil memandang haiman yang sedang membuka balut.Lia yang berada di sebelah hayfa hanya memandang haiman yang sedang mengurut kaki hayfa.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomansaDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...