Sudah tiga hari berlalu hayfa pun sudah semakin pulih.Dia pun baru saja keluar dari hospital yang bosan itu. Sudahlah dia tidak suka masuk hospital.
Datang lia dengan tiba-tiba saja menepuk bahu hayfa.
"Babe,hang nak tahu dak ada orang mai kat depan tu." Kata lia.
"Sapa pulak mai?" Tanya hayfa.
"Aku tak tahu lah tapi tadi ku tengok satu keluarga yang mai datang macam rombongan nak merisik pun ada." Jawab lia.
"Ya ja hang tu mana tau tu kawan walid ku ka."kata hayfa.
Lia tidak mahu kata banyak sebab nanti dia tahu yang dia tak kan menang kalau lawan mulut dengan hayfa.
"Babe jom teman aku makan. Sat gi kalau tak turun makan,abang singa ku tu dia marah." Kata hayfa.
Lia menjatuhkan kepala lalu dia mengikuti langkah hayfa.
"Ada apa mai rumah kami ni hisham.Ada hajat ka?" Tanya encik hariz.
"Kami mai sini sebenarnya mai ada hajat hariz. Memandangkan kita dah lama kenai aku nak tanya lah.Adakah bunga yang ada didalam rumah ini sudah berpunya atau belum?" Kata encik hisham.
"Kalau pasal ni,dalam rumah kami ni ada sekuntum bunga setakat ni tak berpunya lagi." Kata encik hariz.
"Kalau macam tu kita teruskan lah hajat aku mai sini. Sebenarnya aku mai sini nak habaq anak
teruna aku berkenan dengan bunga yang ada dalam rumah ni. Kalau belum berpunya bolehlah kami minta izin untuk memetiknya." Jawab encik hisham.
"Yang ini kita kena tanya tuan badan dulu kalau dia terima kita boleh teruskan dengan langkah seterusnya." Kata encik hariz.
Mereka teruskan berborak dan berbual tentang hal yang mereka katakan tadi.
Hayfa yang baru saja mahu turun tangga dia terdengar semua apa yang mereka bincangkan di bawah.
"Babe,aku tak salah dengaq kan?" Tanya lia.
Hayfa mengelengkan kepala.
Tidak lama mereka di atas puan suraya naik keatas.
"Eh? Anak ummi nak pi mana ni?"
"Hayfa ingat nak turun makan."
"Hayfa sayang,ummi ada benda nak tanya."
"Apa yang ummi nak tanya?"
Lia hanya mendengar apa yang ingin di tanyakan oleh maklangnya.
"Ummi nak tanya,hayfa dah berpunya ka?"
Hayfa terus memandang wajah umminya.
"Mestilah tak ada ummi,hayfa dah lama single awat ummi tanya lagu tu. Tu kat bawah family siapa tu?"
"Kalau macam tu allhamdulillah,kat bawah tu sebenarnya family yang nak merisik anak ummi ni."
Hayfa hanya menjatuhkan kepala seperti seorang yang tak ada perasaan sebab dia dah dengar semuanya.
"Sapa yang nak merisik hayfa tu. Hayfa kenal ka dia?" Tanya hayfa.
"Ummi rasa hayfa kenal sangat orang tu. Ummi dengan walid pun kenal dia." Jawab umminya.
"Hayfa serahkan keputusan dekat ummi dan walid. Kalau ummi dan walid rasa dia terbaik untuk hayfa. Hayfa terima." Kata hayfa.
"Kalau macam tu ummi dan walid terima kalau mereka bagi tarikh untuk majlis tunang okay."
Hayfa menjatuhkan kepala dia sudah berkata dahulu selepas dia putus dengan muiz dia mahu tutup pintu hati dan fokus dekat kerja dan family sahaja.
Dia juga berserah pada allah dan redha siapa pasangan dia akan datang. Biarlah family dia saja yang aturkan pasal jodoh ni mereka lebih tahu dari dia.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...