~21~

482 16 0
                                    

Aku keluar saja dari rumah. Aku melihat seorang lelaki yang tampan rupawan siapa lagi kalau bukan bakal suami sendiri.

Dia sedar yang aku sudah mendekati dirinya lalu dia bantu membukakan pintu untuk aku. Aku tergamam tidak sangka romantis juga mamat ni.

"Thank you." Ucapku sambil memandang hawwas yang baru saja masuk ke dalam kereta. Dia tidak menjawab terima kasih ku dia cuma mengangguk sahaja.

Panasnya rasa hati ku ini. Aku tidak tahu dia mahu bawak kemana aku hanya ikut saja keadaan dalam kereta senyap saja radio pun dia tidak pasang.

Tidak lama kemudian kereta berhenti di depan butik pengantin yang kelihatan ekskulsif. Aku mahu memandang hawwas baru saja mahu pandang dia juga memandang ku.

"Eghm! Jom turun." Kata hawwas. Aku masih memandang wajahnya sekali dia petik jari aku terus memandang tempat lain.

"Ap..apa?" Sumpah aku tidak dengar apa yang dia katakan. Dia tengah bercakap yang aku sedang mengusya wajah dia.

"Jom turun sayang, kita nak masuk butik tu." Kata hawwas sambil menunjuk butik di hadapan kami.

Aku dengar saja dia panggil sayang sudah rupa cacing kepanasan aku. Aku terus turun dari kereta mengorak langkah ke butik.

Aku memandang hawwas ketika dia mahu menuju ke arah aku baru aku perasan baju aku dan dia sama warna putih ingat sweet ke pakai baju sama ni.

"Ni butik baju yang awak dan mama tempah baju pengantin?" Tanya aku sambil memandang wajah kacak hawwas yang terlebih cuka masam saja mungkin tengah tiada mood.

"Ya,di persilakan masuk." Kata hawwas sambil bantu aku bukakan pintu butik. Walaupun tengah tiada mood tetap sweet siapa ja tidak ter fall in love kalau dapat layanan sebegini.

"Qasya this is my future wife so mana baju yang mama I dah tempah?" Aku memandang wanita cantik bernama qasya itu lalu aku memberikan senyuman.

"Oh! Ya, sekejap saya pergi ambil awak berdua tunggu sebentar ya." Aku dan hawwas menunggu di sofa yang sudah di sediakan di butik itu.

"Hermm, awak memang tak dak benda nak borak dengan saya ka? Dari tadi awak senyap ja?" Tanya aku sambil memandang hawwas.

"Sorry,aku cuma penat sikit tu aku tak dak rasa nak borak." Aku mengerutkan dahi,kalau penat kenapa ajak keluar esok pun boleh. Tapi firasat aku mengatakan dia baru balik dari flight terus datang kedah.

"Awak baru balik dari kerja eh?" Tanya aku. Hawwas terus memandang aku.

Dia tidak jawab hanya mengangguk saja. Baru aku mahu teruskan pertanyaan qasya muncul sambil membawa baju pengantin kami.

"Ni untuk cik dan ni untuk hawwas." Qasya mahu beri baju itu ke aku lalu hawwas terus mengambil dan dia yang tolong pegangkan baju kami.

"Dekat mana ye nak test baju ni?" Tanya aku sambil tersenyum ke qasya.

"Mari saya tunjukkan." Aku dan hawwas mengikut langkah qasya. "Cik tukar di sebelah kanan dan hawwas belah kiri ya." Qasya menunjuk bilik salinan baju nasib ada dua memudah dan mempercepatkan kerja.

"Anyway nama saya hayfa." Kata ku smabil tersenyum qasya menjatuhkan kepala dari tadi dia panggil aku cik yang hawwas pula dia memanggil nama tapi tak mengapalah dia tidak tahu nama aku.

Hawwas menghulurkan baju aku sambil memberikan senyuman. Aku mengambaikan senyuman yang dia beri lalu aku mengambil baju sambil tangan tergetar-gatar.

Masa ini juga lah tangan nak shaking. Aku bukan tidak mahu memandang hawwas tapi senyuman dia terlalu manis sampai nanti ada pulak yang pengsan.

KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}Where stories live. Discover now