Tidak tahu kenapa lepas subuh tadi aku asyik muntah badan aku sudah lembik berjalan pun sudah tidak larat. Nasib ada hawwas tolong pimpinkan aku.
"Sayang kita pergi klinik ya. Risau habib tengok sayang muntah-muntah macam ni." Ucap hawwas. Aku hanya mengangguk kepala.
"Macam mana dengan isteri saya?" Tanya hawwas.
"Jangan risau dia cuma muntah biasa normal untuk ibu mengandung." Ucap doktor.
"Wait! Pregnant?" Hawwas dengan riak terkejut pandang aku.
"Ya...kalau orang melayu kata ni bunting pelamin. Nasib saya ni doktor melayu boleh la explain kat awak kalau tidak bahaya nanti pikir yang tak elok."
"Bunting pelamin boleh terjadi apabila perempuan tersebut habis haid seminggu atau dua minggu sebelum kahwin dalam tempoh itu perempuan akan subur dan apabila mereka bersama sperma dan ovum akan bergabung terjadilah hasil dan di panggil bunting pelamin." Jelas doktor tersebut.
Hawwas dan aku menganggukkan kepala. Aku juga tidak sangka secepat ini allah hadirkan cahaya mata untuk kami.
"Pesanan saya,awak kena jaga kesihatan diri jangan emosi jaga pemakan sebab kandungan awak masih muda dan mudah terjadi sesuatu yang tidak di ingini." Pesan doktor perempuan itu.
"Tak sangka habib dah jadi bapak budak dan sayang jadi mummy." Ucap aku sambil usap perut yang masih kempis.
"Alhamdulillah...patutlah isteri habib lately ni cenggeng saja. Semoga anak abi membesar dengan sihat." Ucap hawwas sambil memegang perut kempis aku.
Tina dari jauh melihat kemesraan aku bersama hawwas. " Gembiralah sepuasnya tak lama lagi aku akan hilangkan kegembiraan kau." Gumam tina lalu dia beredar dari situ.
"Sayang minggu depan habib dah kena flight jaga diri,jaga anak kita ni baik-baik ya sayang." Ucap hawwas sambil mengemas pakaian kami. Aku mahu tolong dia tidak bagi jadi aku tolong tengok saja.
"Kau bukan ke kawan baik hayfa?" Tanya zack.
"Heh! Kawan baik? Mungkin dulu but not now." Jawab tina.
"Ada apa kau nak jumpa aku?" Tanya zack lagi dengan puntung rokok masih di hujung bibir.
"Kau nak hayfa dari dulu lagi kan dan aku nak suami dia apa kata kita bergabung untuk ambil hak masing-masing." Ucap Tina.
Zack senyum penuh bermakna. "Kau nak rosakkan hubungan rumah tangga mereka?" Tanya zack.
Tina hanya mengangguk kepala. Dalam diri dia sudah tidak sabar ingin menghancurkan kebahagian hayfa.
"Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah. Sayang pergi rest nanti habib buatkan susu untuk sayang okay." Ucap hawwas lalu dia menyium dahi hayfa.
Aku mengangguk kepala. Hawwas pimpin aku hingga ke katil lalu dia selimutkan aku. Kepala aku sudah berat tidak lama aku tenung hawwas lama kelamaan dunia aku sudah gelap wajah hawwas sudah tiada di permandangan aku.
Hampir seminggu haiman dan hanis tidak bertegur walaupun mereka ada jumpa tapi ego melebihi hati begitulah jadinya.
"Awak ada masalah ke dengan doktor haiman?" Tanya seorang jururawat yang agak rapat dengan hanis.
"Tak adalah. Biasa saja lately ni masing-masing busy so tak ada rasa nak bertegur mungkin." Ucap hanis. Jururawat itu pandang pelik macam ada sesuatu saja antara mereka ni. Selalunya haiman atau hanis akan bersembang paling kurang pun saling tegur.
Baru saja sebut nama haiman sudah muncul dengan seorang perempuan. Mereka bergurau senda dari jauh hanis sudah gelak tawa mereka.
Baru hati ni nak elok bila pandang siapa gerangan perempuan itu terus bertambah sakit di hati. Hanis ambil fail pesakit lalu dia mahu beredar dari situ.

YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...