~15~

426 20 0
                                    

Kereta hawwas laju meluncur keluar dari kampung. Dalam perjalanan mahu ke hospital hanis memandang hawwas dia mahu kata sesuatu tetapi abang dia macam badmood saja,dia tidak jadi mahu menegur hawwas.

"Hang ada nak cakap apa-apa ka?" Tanya hawwas.

"Ermm..ada tapi tak jadi sebab dah lupa." Jawab hanis.

Hawwas menjeling hanis boleh pulak lupa apa yang dia nak cakap.

Hanis memandang hawwas sebab hawwas berhenti di sebuah kedai.

"Tunggu sat aku nak beli buah tangan." Kata hawwas.

Hanis hanya menjatuhkan kepala dia menunggu saja di dalam kereta malas nak turun.

"Assalamualaikum hariz,apa khabar?" Tanya encik hisham.

"Waalaikumussalam,khabar baik hang buat apa kat sini hisham?" Tanya encik hariz.

"Aku mai sini nak melawat anak hang lah ni ha. Aku dapat tahu pun dari anak teruna aku tu dia habaq anak hang masuk hospital." Kata encik hisham.

"Ha,anak aku yang bongsu masuk hospital sebab kena keracunan makanan. Aku pun tak tahu lah apa yang dia makan dekat kuala lumpur sana." Kata encik hariz.

Tidak lama kemudian,hawwas dan hanis sampai. Mereka menuju ke arah bilik hayfa,hawwas membawa buah tangan yang dia beli tadi.

"Ha,dah sampai pun hampa dua ni awat lambat?" Tanya puan.

"Abang ni ha,beli buah tangan sikit tu lambat." Jawab hanis.

"Hampa pi lah masuk melawat dulu." Kata encik hariz.

"Eh? Dah boleh masuk melawat ka pakcik?" Tanya hawwas.

"Dah,tadi haiman pi tanya doktor keadaan hayfa. Depa kata makin pulih tu yang boleh masuk melawat cuma dia tak sedar lagi." Jelas encik hariz.

Hawwas menjatuhkan kepala lalu dia mengorak langkah masuk kedalam bilik yang tertulis nama hayfa hadwa.

Hanis dia hanya mengikuti langkah hawwas dia tidak mahu duduk di luar di sebabkan family dia dan family hayfa sedang bersembang.

Masuk saja dalam bilik itu dia terpandang sosok tubuh seorang lelaki yang dia minat sangat siapa lagi kalau bukan haiman.

"Assalamualaikum,nah weii aku bawak buah tangan sikit." Kata hawwas.

"Wow! Buah tangan I like, I like."

Tiba-tiba saja ada suara mencerlah.

"Bila masa hampa sampai?" Tanya hawwas.

"Baru ja tadi. Ermm? Lima minit awai dari hang." Kata naim.

Hawwas pandang haiman lalu haiman mengelengkan kepala. Dia tidak tahulah mahu kata apa kalau dua orang mahkluk ni ada memang riuh hospital ni.

Dengan selamba khairul dan naim ambil buah yang ada di dalam bakul hawwas bawa tadi.

"Agaknya kan hampa dua ni dah lama tak makan bubur hospital." Kata hawwas.

Mereka berdua terus pandang hawwas dan haiman lalu mereka keluar dari bilik wad itu.

"Pening pala ku hawwas kalau depa dua mai sini. Adik ku nak rehat pun tak tenang." Kata haiman.

"Nak buat lagu mana dah dapat member lagu tu layankan je la." Jawab hawwas.

Haiman terpandang hanis yang ralik memandang hayfa dari jauh. Hanis tidak bergerak walau seinci pun dari belakang tubuh hawwas.

"Hawwas hang suh lah adik hang duduk." Tegur haiman.

Hawwas terus memandang hanis. Dia pun hairan kenapa tiba-tiba saja hanis diam selalu dia tidak begini.

KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}Where stories live. Discover now