Suasana didalam kereta itu sunyi saja radio tidak pasang hanya dengar bunyi aircond saja.Hanis memandang abangnya yang tiba tiba berhentikan kereta di depan kedai runcit.
"Hang ada nak beli apa-apa ka dik aku nak pi beli air sat?" Hanis mengelengkan kepala.
Hawwas keluar dari kereta terus mengorak langkah masuk ke dalam kedai.Hawwas mengabil air hundred plus dan sedikit jajan.
"Pakcik kira berapa harga semua sekali dengan adik ni punya." Hawwas memandang seorang budak kecik yang berada di sebelahnya.
"Semua sekali sepuluh ringgit" hawwas menghulur kan dua puluh ringgit.
"Pakcik yang lebih tu pakcik simpan ye" hawwas senyum lalu dia mengorak langkah keluar dari kedai.
"Abang tinggi! Terima kasih tau sebab belanja kami gula gula ni." Hawwas memandang budak yang dia belanja tadi lalu hawwas memberikan senyum.
Hawwas membuka pintu kereta lalu masuk kedalam perut kereta.Dia perasan muka maria dibelakang seperti cuka saja hanis pula sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Hang nak aku hantar kat mana?" Hawwas tidak memandang gadis dibelakang itu dia teruskan memandu.
"Hantar ja kat Taman Indah." Maria bengang saja dengan hawwas tidak pandang pun wajahnya senyum apatah lagi.
****
"Hei! Dua orang abang ku nak pi mana tu?" Jari hayfa menunjuk ke arah dua orang abangnya.Hayfa memandang dua orang abangnya yang sudah siap dengan pakaian sukan kalau dah macam ni tahu saja mahu kemana.
"Kami nak pi mancing awat nak ikut" hayfa menjeling haiman.
Menyampah dia kalau haiman yang menjawab soalan menyakitkan hati saja.Hadwan tersenyum mendengar jawapan dari haiman ada saja nak kenakan adik perempuan sorang ni.
"Kami nak pi futsal lah adik sayang ui takkan nak pi candat sotong.Awat tanya?" Hayfa memandang hadwan.
"Kalau hayfa nak ikut boleh?" Hayfa memandang dua orang abangnya ingin mendapatkan simpati agar dapat ikut.
"No!" Hayfa memandang haiman abangnya yang ini mesti lah tak bagi.
"Haiman..dah pi tukar baju kami tunggu kat dalam keta." Hayfa tersenyum mendengar kata abang sulongnya.Ni yang sayang ni dengan abang sulongnya.
"Hadwan awat hang bagi dia ikut?" Haiman tidak puas hati nanti kalau jadi apa apa macam mana.
"Haiman biar je lah dia ikut lagi pun tengah hari tadi dia dah duk umah sat gi dia bosan kalau dia keluar sorang sorang lagi bahaya." haiman hanya diam saja dan terus mengorak langkah masuk ke dalam perut kereta.
"Along jom hayfa dah siap." Hadwan memandang hayfa dengan jalan terjingkut jingkutnya.Hadwan memimpi lengan hayfa.
Hayfa hanya memakai baju jersey lengan panjang seluar traksuit dan tudung bawal.Masuk saja dalam perut kereta dia melihat angah riak muka seperti marah.
"Ala angah janganlah marah marah senyum sikit hayfa bosanlah duduk rumah." Hayfa memandang haiman yang duduk di seat depan dan membuat muka comel.
"Aku risau kat hang ja dik.Hang tu dah lah susah dapat sakit bila dapat sakit teruk.Kalau ada apa apa jadi lagu mana?"
"Lahh,angah hayfa kan ada sebab angah hayfa doktor." Haiman menjeling hayfa ada saja jawapannya.
"Sudah duduk diam diam." Hadwan memulakan memandu dengan lafaz bismillah.
Hayfa memandang luar tingkap yang menampakkan keindahan alam.Suasana petang di sini berbeza dengan di bandar sini tenang saja.Di bandar waktu begini sibuk dengan kenderaan.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
Любовные романыDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...