"Aku tak pasti dia kat mana sebab hang sendiri tahu aku dengan radwa dari tadi dekat hotel tak balik rumah mama aku pun." Jawab hawwas.
"Dak sekarang aku tak faham kenapa tiba-tiba ja tanya adik sedara aku?" Tanya qayyum.
"Tu lah kau tak tahu cita mari sini aku bukak cerita. Haiman ni sebenarnya dah jatuh hati dekat adik hawwas." Ucap khairul dengan gaya sembang serupa makcik yang sedang membawang.
"Ooo ye ke. Hang kalau aku tampar tak duk sini dah tau. Main reka cita ja. Tak dak makna aku nak suka dekat dia." Jelas haiman.
Qayyum dan faiz hanya mengangguk khairul pula menjeling haiman. Hawwas sudah tidak peduli dengan mereka memang kalau jumpa tidak gaduh itu bukan mereka.
"Alhamdulillah,selesai majlis malam ni. Hayfa...hawwas malam ni jangan tido lewat nah. Esok hampa tu nak bersanding." Pesan puan dahlia.
"Dengar pesan mama tu hang hawwas jangan nak gatal sangat nah." Ucap encik hisham.
"In shaa allah mama papa." Jawab hawwas sambil memberikan senyuman. Tangannya dari tadi tidak lepas memegang tangan ku.
"Abang hawwwas mana ya jejaka idaman hanis?" Tanya hanis dengan nada berbisik.
"Hang ni gatai tu simpan sikit nah." Ucap hawwas.
"Kak hayfa...hanis nak tanya abang hawwas ni manja tak dengan akak. Ye lah...kalau dekat rumah dengan kami bukan main garang lagi." Kata hanis. Aku tersenyum mendengar aduan hanis.
"Hm...cakap pasal gataikan. Mesti lah gatai macam ulat bulu." Ucap aku mereka yang dengar hanya tertawa.
"Abang memang macam tu kak masa dengan kakak Mikayla pun abang nampak mesra kalau dengan kita orang garang macam singa." Ucap Harrash yang entah dari mana tiba sjaa muncul.
Aku terdiam.Mikayla? Mesti teman wanita lama hawwas. Tipu lah kalau tidak terlintas cemburu walaupun kami baru saja mahu mulakan hubungan but kalau dah di gelar isteri,mana ada yang tak ada rasa sayang.
"Kenapa kau kata macam tu." Hanis menegur harrash.
"Erk...sorry kak. Harrash pergi dulu ya." Harrash terus larikan diri. Baik dia selamatkan diri sebelum dia apa-apa kan oleh hawwas.
Hawwas memegang tangan ku mungkin dengan cara tu aku dapat tenang sedikit.
"Kami balik dulu hampa dua pi masuk bilik rehat." Pesan puan dahlia. Keluarga hayfa juga turut sama mahu pulang ke rumah. Aku dan hawwas menghantar mereka hingga ke pintu keluar.
Mereka telah pun berangsur pulang aku dan hawwas mengorak langkah menuju ke lift untuk balik ke bilik.
Sementara menunggu hawwas keluar dari bilik air aku dengan bersusah payahnya mencari jarum peniti yang cucuk di tudung.
Sedang ralik mencari di mana jarum peniti yang berada di tudung aku terasa ada tangan lain yang sedang membantu aku.
Aku pandang saja belakang hawwas berada di belakang aku yang sedang duduk di kerusi mekap. Aku terpesona dengan tubuh badannya yang mempunya enam roti tambah lagi dengan dia baru saja habis mandi kain tuala di lilit ke pinggang.
"Sayang...kalau nak tenung tu sikit lagi ye. Pergi mandi dulu bersihkan diri." Ucap hawwas tanpa aku sedar semua jarum telah di cabut sama juga dengan tudung ku.
"Thank you habib. Erm..boleh tolong tarikkan zip belakang ni." Ucap ku sudah hawwas ada di sini baik aku minta tolong dia di sebabkan baju yang aku pakai ni dia ada zip di belakang agak susah untuk aku membukanya.
Hawwas pusingkan badan aku dia bantu aku menurunkan zip itu. Aku mengambil tuala dan pakaian ganti terus masuk ke dalam bilik air.
Hawwas tersenyum sendiri dia perasan muka hayfa sudah memerah. Tidak tahu lah apa yang dia pikir hingga merah mukanya.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...