Mereka semua berkumpul di cafe yang selalu mereka lepak.
"Wei,macam mana ada dapat apa-apa info tak?" Tanya haiman.
"Setakat ni tak dak lagi. Yang pasal buh racun tu semua dah dapat detected dari cctv tapi siapa dalang semua punca ni tak dapat lagi." Jawab naim.
Haiman menjatuhkan kepala. Dia memandang hawwas yang sibuk memandang tabnya.
"Hawwas,hang okay dak ni?" Tanya haiman.
Hawwas terus mengangkat kepalanya memandang haiman.
"Tu lah kami tengok hang ni macam tak senang duduk ja macam ada masalah." Kata khairul.
"Betul tu,tak kan sebab dah jadi bakal tunang orang terus busy ja." Sakat khairul.
"Dak aih. Aku cuma pening tengok jadual flight aku ni. Tak dak kena mengena pun dengan hal tunang ka apa." Jawab hawwas.
"Aku nak hang jaga adik aku elok-elok lepas dah dapat dia nanti." Tegur haiman.
"Ha! Dengar tu bakal abang ipar dah bagi amaran." Kata naim.
Faiz lihat saja kelakuan mereka dia lebih kepada tenang tapi kerja jalan. Dia pun salah seorang yang sedang siasat kes hayfa tempoh hari.
"In shaa allah, aku jaga dia macam mana aku jaga diri aku." Jawab hawwas dengan tenang.
"Byee! Ummi walid hayfa balik kuala lumpur dulu nah nanti kita jumpa lagi." Kata hayfa.
Dia menyalam kedua tangan ummi dan walidnya sama juga dengan hadwan.
"Hati-hati nah dekat sana jaga diri lagi seminggu hang tu dah nak tunang." Pesan puas suraya.
"Baik ummi. Hayfa inga apa kata-kata ummi jangan risau. Lagi pun bella ada dekat sana." Kata hayfa.
"Hadwan tengok-tengokkan lah adik hang ni." Pesan encik hariz.
Hadwan menjatuhkan kepala dia tahu tanggung jawab dia sebagai abang sulong.
"Bye babe. Kalau rasa rindu call tau, nanti hari khamis kita jumpa balik okay." Kata lia.
"Ya baik. Hang hati-hati naik dengan bapak singa tu bahaya sikit." Sakat hayfa.
Lia menjeling hayfa. Dia ni orang tengah buat drama sedih dia boleh sakat orang.
"Sudah sat gi lewat nak sampai." Tegas encik hariz.
Dalam perjalanan hayfa tidak banyak cakap dia pandang saja ke luar cermin kereta.
"Apa yang hang pikir hayfa." Tanya hadwan.
"Ha? Tak dak apa aih. Cuma pikir siapalah bakal tunang hayfa." Jawab hayfa.
"Jangan risau walid dengan ummi yang tentu kan mesti lah baik orangnya." Kata hadwan.
Hayfa menjatuhkan kepala dia sambung memandang luar.
"Abang hawwas, jom keluar jalan-jalan nak?" Pujuk qila.
Hawwas memandang suara yang dia kurang gemar dengar.
"Sorry aku busy nak buat kerja." Kata hawwas.
"Alaa, abang buat kerja apa? Bukan ka abang punya kerja memandu je?"
"Kalau tak tau jangan buat palataw nah. Ku tampaq sat gi." Tegas hawwas.
"Hm,dengaq cita abang dah nak tunang. Abang tak tahu ka qila dah lama simpan perasaan kat abang." Kata qila sambil memegang lengan hawwas.
Hawwas terkejut dengan kelakuan qila lalu dia menepis tangan qila.
"Hang kenapa qila. Jangan sampai aku tampaq hang betui-betui nah." Kata hawwas dengan nada tinggi.

YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
عاطفيةDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...