Hayfa memandang kereta yang lalu di tepi dia ingin tahu siapa tuannya.Hayfa pandang saja kereta itu dia lihat hawwas empunya kereta itu.
Sama juga dengan mereka bertiga di belakang hayfa memandang kereta bmw itu.Mereka nampak yang empunya kereta memandang hayfa lalu memberikan senyuman manis.
Hayfa tidak lepas memandang lelaki itu sampai lelaki itu memberikan senyuman lalu dia membalas senyuman lelaki itu.
"Wei,hayfa sudah lah tu pandang keta tu dia dah pi jauh dah pun." Tegur lia.
Hayfa tidak mengeluarkan sepatah perkataan apa pun. Dia teruskan jogging sehinggalah sampai ke rumah.
Sampai saja di rumah hayfa terus masuk naik ke bilik mahu bersihkan badan.Mereka bertiga lihat saja tingkah laku hayfa.
"Awat dengan hayfa tu?" Tanya hadwan.
"Entahlah,maybe buah hati dia dah balik kut."
Hadwan pandang pelik ke arah mereka bertiga. Bila masa adik dia ada buah hati dekat sini.
Haiman dari jauh terdengar apa yang mereka katakan. Macam yang dia katakan adik dia suka kawan dia yang sorang tu.
Hadwan datang mendekat ke arah haiman dia tepuk bahu haiman "Wei,hang dengarkan apa yang bella kata tadi?"
"Haa,betui lah apa depa kata hayfa tu dah tersangkut dengan hawwas." Balas haiman.
"Patut semalam kat restaurant dia diam je lepas balik dari basuh tangan." Kata hadwan
Tak peliklah kenapa dia pandang hayfa semalam murung ja rupanya dia nampak hawwas dengan perempuan.
Hawwas sampai saja di kl dia terus masuk ke dalam kondo. Dia bersihkan badan lalu dia rebahkan badan ke atas katil. Dalam ingatan hawwas tidak henti memikirkan hayfa.
Dia teringat senyuman manis gadis itu tadi. Betullah orang kata kalau dah jodoh tak kemana.Kemana saja pergi pasti bertemu ni dia perlu flight jauh sepatutnya flight lagi tiga hari pergi turki.
Tapi kali ni dia perlu ganti kawannya dia perlu pergi ke Canada.Mungkin dua minggu juga dia duduk di sana.
Bertabahlah wahai hati bukan sekejap tu lama ya mahu menunggu.Balik saja dari canada dia memikir untuk masuk meminang gadis itu.
Dia tidak tahu kenapa diri dia,hati dia terpikat dengan gadis itu. Hawwas bukanlah seorang yang mudah jatuh hati dengan seseorang selepas bekas tunang dia tinggalkan dia dulu.
Dia takut kalau gadis itu tahu apa perkerjaan dia. Dulu dia putus tunang pun di sebabkan bekas tunang dia tidak terima perkerjaan hawwas. Bekas tunang dia beri alasan sebab tiada masa.
Hawwas baru saja mahu lelapkan mata terdengar bunyi.
Ting tong!
Ting tong!
Tak senang betul nak rehat ada saja yang menganggu dirinya.
Hawwas mengorak langkah pergi ke pintu mahu melihat siapa yang mengganggu rehatnya.
Buka saja pintu dia buat muka menyampah mamat ni memang nak kena betul tahu je dia sudah balik.
Ziyad masuk kedalam rumah hawwas dengan selamba lalu dia duduk di sofa.
Hawwas beri sebuah jelingan tajam kearah ziyad.
"Kau ni saja je kan kacau aku." Kata hawwas
"Ya,of course sebab aku dapat tahu kau balik hari ni kau balik sini tu yang aku datang."
"Hang dah makan belum aku lapar nak masak sat." Kata hawwas
"Belum dah alang-alang kau nak masak aku tumpang sekali lah."
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...