Puas berborak dengan hanis aku masuk ke dalam bilik mahu mengemas pakaian aku dan hawwas untuk flight ke turki.
Sedang ralik mengemas pakaian aku terasa ada orang peluk aku dari belakang. Aku agak terkejut tapi aku tahu siapa gerangan yang memeluk aku.
"Sayang nak habib tolong?" Tanya hawwas. Dia duduk di sebelah aku.
"Tak perlu lagi pun dah nak dekat siap." Jawab aku.
"Orang nak tolong tak bagi jual mahal." Ucap hawwas sambil tangannya usik baju yang aku sudah lipat.
"Habib jangan lah kacau. Sayang nak cepat siap boleh tidur." Ucap aku. Hawwas pandang aku sambil senyum lalu dia ambil baju dia campak ke arah aku.
"Habib! Penat tau sayang lipat." Ucap aku. Aku terus silang tangan. Aku pusing badan membelakangkan hawwas.
"Alo..lo..lo merejuk pulak sayang habib ni. Jangan merajuk ye jom kita kemas sama-sama." Ucap hawwas.
Sampai di hospital aku buat kerja seperti biasa rawat pesakit. Tidak tahu kenapa aku rasa hati aku dari tadi gelisah. Aku mahu hantar laporan kerja aku ke haiman tapi tidak nampak dia lagi hari ini.
Aku malas menunggu haiman aku hantar laporan ke bilik haiman lalu aku keluar dari bilik haiman. Baru saja mahu melangkah kaki ada seseorang tegur aku.
"Doktor boleh saya tahu bilik doktor haiman di mana?" Aku terdiam kenapa dia cari bilik haiman dan tak akan tak nampak tertera nama haiman di pintu bilik dia ni.
Tidak sempat aku mahu jawab ada suara yang aku kenal " Erwina ada apa datang hospital ni?" Tanya lelaki yang cukup aku kenal dan aku dapat bau perfume yang dia selalu pakai.
"Wina datang nak jumpa abang nak hantarkan barang yang abang pesan wina lupa nak bagitahu sebelum datang sini." Ucap perempuan yang ada di depan aku.
"Hanis kau buat apa dekat sini?" Tanya haiman. Aku tersentak. Dia tanya buat apa? Dengan perempuan tu boleh pula tanya lembut-lembut dengan aku kasar.
"Hantar laporan. Kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu." Ucap aku. Baru saja aku mahu mengorak langkah haiman pegang pergelangan tangan aku yang berlapit baju.
"Ikut aku masuk bilik sekurang-kurangnya aku tak berdua dengan wina." Ucap haiman. Hati aku sudah berbunga-bunga. Nasib dia pandai ambil hati aku yang hampir hancur separuh ni.
Aku hanya menganggukkan kepala. Aku pandang perempuan yang bernama wina itu dia seperti senyum terpaksa.
"Saya rasa dah boleh lepas tangan saya sebab kalau nak pegang lama-lama kena isi borang nikah." Ucap aku.
Haiman lepaskan tangan aku lalu dia jeling aku. Aku tidak tahu mereka borak apa di sebabkan aku agak jauh dengan mereka.
Sedang wina bercakap haiman sempat curi-curi pandang hanis yang sedang tidak duduk diam kehulur kehilir tidak tahulah kenapa minah tu tak reti duduk diam.
"Abang haiman dengar tak apa wina cakap?" Tanya erwina. Haiman terus pandang ke arah erwina.
"Dengar. Bila wina balik?" Kelmarin nanti lusa kena balik kolej dah. Abang haiman dah berubah hati?" Tanya erwina.
"Maksud?" Tanya haiman.
"Wina nampak abang pandang perempuan tu lain dari abang pandang arwah kakak wina." Ucap wina.
"Tidak. Eryna tetap di hati abang walaupun dia dah pergi jauh." Ucap haiman. Dia sendiri tidak tahu kenapa kadang kala hati dia berbolak balik lepas dia jumpa dengan hanis.
"Wina nak pesan dekat abang. Jangan tipu hati sendiri kalau abang suka orang lain tapi macam mana pun wina tak sokong kalau abang suka orang lain selain kakak." Ucap erwina.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomanceDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...