R || 02

7.1K 249 5
                                    

.....

ZOUK CLUB


ASHRAFF melabuhkan punggungnya di salah satu sofa yang tersedia di kelab malam tersebut. Alunan muzik yang bingit membuatkan suasana kelab malam itu menjadi kian rancak. Namun, hal itu tidak menganggunya dari memikirkan seseorang.

Masih segar diingatannya akan kejadian yang berlaku petang tadi.  Meski, dia terkejut dengan tutur bicara gadis itu boleh berbahasa Melayu. Tapi entah kenapa hatinya seakan tertarik dengan gadis bernama Aryssa. Seakan ada sesuatu membuatkan dia ingin mengenali gadis itu.

"Hoi! Jauh menung. Sampai mana dah? London?" sergah Mikaeyl, rakan baik merangkap sepupu sebelah ibunya. kerusi kosong yang berada di sisi Ashraff menjadi tempat labuhan punggung. Gelas yang berisi coca cola dicapai lalu meneguknya rakus, menghilangkan rasa haus.

Ashraff tidak membalas. Sebaliknya, bibir sungging senyum sinis mendengar sergahan sepupunya itu. Tangan yang memegang gelas air berisi coca cola diteguknya sekali. Mata memandang suasana riuh di kelab malam  mewah itu. Meski, mereka selalu melepak di situ. Tapi belum pernah setitik, air haram itu menyapa anak tekak mereka. Sejahil-jahil mereka, tidaklah hingga teringin minum air kencing syaitan tersebut.

"Ke, kau ingat dekat awek kau? Siapa nama awek kau tu? Nissa? Nis? Hmm, entahlah aku tak ingat!" Air coca cola diteguknya sekali. Malas rasanya dia mahu menyebut nama kekasih hati Ashraff. Buat sakit hati saja.

Ashraff dengar akan nama itu lepaskan ketawa kecil. Dia tahu sepupunya itu, tidak suka akan kehadiran Annissa bersamanya. Namun di sebalik hatinya, gadis itu tiada apa -apa makna di hatinya. Kosong.

"Chill, bro. Dia tak ada dekat sini kan? So, jangan bagi semak kepala kau. Enjoy aje." Ashraff menggalakkan lagi sokong rakannya untuk berseronok. Umur mereka masih muda. Jadi, tika ini adalah masa mereka untuk seronok.

"Enjoy tak enjoy, sekali dia muncul memang mood aku ke laut. Walaupun dia tak gedik macam perempuan dekat luar sana tapi entah, aku rimas. Serious talk. Kalau kau tanya Haykal pun, dia akan cakap benda sama."

Ashraff memandang sepupunya. Melihat wajah lelaki itu kosong tanpa riak buatkan dia tertanya kenapa Mikaeyl begitu anti dengan Annissa. Memang benar, kata Mikaeyl, Annissa tak sama seperti perempuan di luar sana yang tergedik-gedik. Walaupun tidak bertudung dan bekerja sebagai model. Annissa, bukanlah seorang yang suka tarik perhatian orang.

"Hmm, apa-apa aje lah, Mika. Ni dah terlanjur cakap pasal Kal. Dia tak datang ke malam ini? Batang hidung pun tak nampak?" ujar Ashraff. Melilau matanya mencari seorang lagi rakannya.

Selalu jika di antara mereka ajak lepak di luar. Cukup saja tiga orang. Tapi hari ini?

"Dia tak keluar malam ni. Pak Long suruh dia duduk rumah. Katanya ada tetamu nak datang. Entah-entah calon isteri untuk dia." bidas Mikaeyl selamba. Bukan dia tak kenal sifat sepupunya yang seorang itu. Dingin mengalahkan kutub ais. Nasiblah kena kahwin ikut pilihan keluarga.

"Hmm, baguslah kalau ada perempuan nak dekat dia. Tak ada lah membeku selalu." Ashraff turut mengutuk. Dia akui rakannya seorang itu memang tidak mudah mesra dengan perempuan.

"Kan. Tapi kenapa tiba-tiba aku rasa kau macam lain eh? Rasa macam..."

Jongket kening Ashraff dengar bicara Mikaeyl. Melihat wajah lelaki itu seakan mahu memerlinya. Pantas bantal yang berada di sisinya di campak tepat ke arah Mikaeyl. Bukan dia tak tahu kenal perangai Mikaeyl bagaimana. Pantang nampak perubahan. Laju aje mulut lelaki itu memerli.

Pap!

"Aduh, sakitlah! Aku tak cakap apa-apa pun lagi," muncung bibir Mikaeyl apabila Ashraff mencampak bantal ke arah mukanya.

Ashraff buat muka tidak endah. Kesah apa dia jika Mikaeyl merajuk dengannya sekalipun. Tiada kuasa dia hendak layan perangai mental Mikaeyl.

"Tak payah tunggu kau cakap pun, aku dah tahu apa yang kau nak cakap, Mika. Bukan sehari dua, aku kenal kau. Dari kecik kita membesar bersama. Takkan lah setakat tengok dari raut wajah kau masih tak faham kut," ujar Ashraff seraya meneguk air berkarbonat tersebut.

"Ya eh? Kalau kau tahu apa yang aku nak cakap? Cuba kau beritahu aku sekarang. Sebab aku rasa aku macam nak tahu pasal hal kau." Jongket sebelah kening Mikaeyl memandang wajah Ashraff. 

Ashraff pandang Mikaeyl. Melihat raut wajah sepupunya itu membuatkan dia teragak-agak hendak memberitahu. Meskipun, mereka ada hubungan kekeluargaan. Tetap sukar untuk dia luahkan pendamnya kepada orang lain.

"Erkk, aku... Aku..." 

Belum sempat Ashraff hendak reka cerita. Telefon pintar Mikaeyl kedengaran lantang. Lega nafas Ashraff apabila dia terlepas dari Mikaeyl.

"Weyh, sorry. Tiba-tiba ada call pula. Aku jawab kejap eh," pinta Mikaeyl.

Ashraff angguk kepala mengiyakan kebenaran Mikaeyl jawab panggilan tersebut. Hilang saja bayang Mikaeyl. Lemah tubuhnya sandar di sofa.

Jujur, dia masih belum bersedia hendak membuka cerita akan perempuan yang dijumpainya di KLIA lewat petang tadi. Walaupun baru pertama kali bertemu. Jiwa dan raganya bagai direntap mengikuti langkah gadis itu.

"Aryssa."

Satu nama yang terus bermain di dalam fikirannya. Biarpun, tadi adalah pertama kali mereka berjumpa. Namun entah kenapa dia rasakan seperti pernah jumpa gadis itu di suatu tempat.

Raut wajah gadis itu seakan mengingatkan dia pada seseorang yang dikenali. Tapi takkan lah wajah abang iparnya miliki pelanduk dua serupa dengan kaum wanita?

.....


Aryssa Where stories live. Discover now