.....
SUASANA di balai pelepasan amat sibuk dengan orang ramai. Aryssa dan Ashraff juga tidak ketinggalan untuk hantar Tengku Syahirah serta Tengku Dani ke lapangan terbang. Sambil-sambil itu sempat mereka gamit kenangan pertama bertemu di situ.
"Nanti sampai sana terus call along." pesan Tengku Arfa lalu memeluk Tengku Syahirah.
"Kamu pun sama, jaga cucu bonda ni elok-elok." perut kecil Tengku Arfa dipegang lembut.
Tengku Arfa senyum. Tengku Syahirah beralih ke arah Arsha.
"Sha..."
Arsha tanpa menjawab panggilan Tengku Syahirah terus memeluk erat bondanya.
"Bonda jaga diri tau. Pasal Sha jangan risau, Sha pandai jaga diri."
Tengku Syahirah menggosok belakang tubuh anak bongsunya. Haih, lepas ni rindu la nak bebel pada anak bongsunya seorang.
"Rys..." panggil Tengku Syahirah selepas meleraikan pelukan Arsha.
Aryssa memandang wajah ibu mertuanya.
"Kamu jaga diri baik-baik. Jaga Raf. Kalau dia buat apa-apa tak elok dekat kamu call bonda terus." pesan Tengku Syahirah.
Aryssa ketawa kecil.
"In Sha Allah, bonda." balas Aryssa.
"Nenek! Nenek!" panggil Dayyan.
Tengku Syahirah berpaling memandang wajah cucu sulungnya.
"Ya, sayang."
"Nenek pergi sana jaga diri tau! Ayyan akan doakan nenek selamat pergi dan selamat balik tau!" petah Dayyan menjawab.
Tengku Syahirah senyum.
"Terima kasih, cucu nenek."
"Ira... Jom, kita." ajak Tengku Dani setelah dengar pengumuman kali terakhir.
Aryssa, Arsha serta Arfa memeluk Tengku Syahirah buat kali terakhir. Manakala Edrian dan Ashraff bersalam serta memeluk Tengku Dani.
"Angah... Jaga Rys elok-elok. In Sha Allah bonda doakan Angah dengan Rys cepat-cepat dapat anak ya."
Ashraff hanya senyum.
"Terima kasih bonda."
"Jom kita,"
Mereka melambai Tengku Syahirah serta Tengku Dani dari jauh.
"So... Lepas ni, kau orang nak ke mana?" soal Edrian.
Ashraff memandang wajah Aryssa.
"Makan kut. Lunch time pun dah masuk,"
"Ayyan nak ikut!" teruja Dayyan ingin mengikut Ashraff pergi makan tengahari.
"Kalau macam tu, abang pun ikut la. Kita makan sekali." kata Edrian.
Arfa pula hanya mengikut suaminya. Ashraff mengangguk kepala lalu mereka pun bersurai.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !