A || 50

2.8K 95 0
                                    

.....

TUDUNG shawl yang hendak terbang dibetulnya perlahan. Kaca mata hitam menutup matanya yang seakan turut sedih dengan kehilangan ibu tirinya, walaupun Puan Sri Amylia sudah membunuh arwah mummynya tapi dia masih ada sifat kemanusiaan untuk maafkan insan yang melakukan kesilapan.

Terasa bahunya dipeluk oleh seseorang lantas dia mengangkat wajah memandang Ashraff.

"Jom kita balik, tolong apa yang patut dulu." Aryssa akur. Kaki melangkah keluar dari kawasan perkuburan.

Annissa memandang tanah yang masih merah itu walaupun hatinya masih tidak menerima pemergian mamanya. Tapi dia harus redha walaupun pertemuannya hanya sementara sebelum mamanya menghembus nafas terakhir dihadapannya.

"Nis, kita balik jom. Semua dah tunggu dekat rumah."

Annissa memandang wajah Izzat. Lelaki itu selalu di sisinya. Tak kira di mana pasti lelaki itu ada di sisinya. Annissa bangun dari duduknya. Matanya sempat memandang tanah merah itu buat kali terakhir.

'Semoga mama tenang dekat sana.'

•••••

"TAK guna! Siapa yang bocorkan rahsia kumpulan kita hah?! Macam mana Raff dengan yang lain tahu yang kita nak ambil Amylia. Erghh, siapa bodoh bocorkan rahsia ni hah?!" tengking Adam.

Firhad diam. Identiti masih belum bocor begitu juga dengan Qistina, kekasih hatinya tapi mereka terpaksa ubah rancangan bahawa Qistina mati di tembak oleh ketua mereka.

"Tak guna kau cakap dengan semua tunggul ni, Dam. Dia orang ni menyusahkan je." Aariz bersuara. Tangannya bermain rambut lebat Lara. Siapa sangka Lara mahu mengikut mereka semalam.

Adam senyum sinis. Aariz memang lelaki tua yang tak sedar diri. Anak dah mati. Dia elok duduk meraba perempuan lain. Dasar bapa tak guna.

"Kau tak sedih ke anak kau mati depan kau semalam?" soal Adam.

Aariz memegang selamba punggung Lara. Lara yang merasa kegelian pada punggungnya menggeletis gedik.

"Sedih? Buat apa nak sedih, dia tu anak tak guna. Jumpa anak terus berubah."

Adam senyum sinis. Huh, sebenarnya Aariz lagi tak berguna dari Amylia. Dah tua tapi nafsu mengalahkan kuda.

"Ikut suka kau la. Cuma aku nak cakap buat masa ni, aku tak ada dekat Malaysia. Aku ada hal dekat Italy. Jadi, kau jangan pandai-pandai nak serang Ashraff atau Aryssa." tegas Adam memberi arahan. Kalau dia tak beri arahan pasti lelaki tua itu akan buat kerja gila.

"Ermmm, tahu la aku nak buat apa."

Adam memandang Lara yang sedang duduk di atas riba Aariz. Dia tahu Lara sudah berada di high paling tinggi, bukan dia tak tahu Aariz meletakkan pil perangsang kepada gadis itu.

"Ermm, aku keluar dulu. Fir, kau uruskan penerbangan aku malam ni." Firhad menunduk terus melangkah keluar dari bilik itu.

Adam terus mengunci pintu. Aariz sudah tarik senyum sinis. Dia tahu Adam pasti akan mengikutnya untuk membahan lauk yang tersedia.

•••••

USAI majlis tahlil itu, mereka sepupu sepapat duduk berkumpul di halaman rumah. Pangkat ayah serta ibu berada di dalam berbual bersama Tan Sri Eldrin yang sudah sedar semalam, malah meminta keluar untuk berehat di rumah.

Dua dulang yang berisi kopi di letak atas meja. Aryssa mengambil tempat di sebelah Ashraff. Tangan kiri Ashraff digenggam erat manakala tangan kanannya berbalut kerana patah berlawan semalam.

Haykal dan Mikaeyl turut sama tapi mereka hanya luka di badan. Akmal? Lelaki itu selamat malah turut ada bersama mereka walaupun ditegah untuk duduk di hospital.

"So... Nissa, lepas ni nak buat apa?" Edrian membuka suara setelah lama mereka berdiam.

Annissa menunduk. Dia sendiri pun tak tahu hendak buat apa seterusnya. Dia sudah tiada ibu mahu ayah malah adiknya turut meninggalkannya. Dia sebatang kara.

"Mungkin Nis balik Netherlands. Lagipun, Nis tak ada keluarga melainkan daddy."

Mereka diam. Berpandangan sesama sendiri.

"Nis, abang bukan nak halau atau nak tendang Nis tapi abang rasa Nis duduk sini sementara dulu. Abang bukan apa, abang risau Aariz dengan Adam serang Nis dengan Izzat dekat sana." Edrian memberi pendapat.

"Tapi Nis nak duduk mana? Rumah Izzat? Dia bukan mahram Nis untuk duduk sama."

Aryssa melepaskan leraian tangan Ashraff lalu beralih ke arah Annissa. Tangan lembut itu digenggam erat. Annissa memandang wajah Aryssa.

"Kau duduk dengan daddy. Aku dah bincang dengan daddy, abang Rian and abang Ryl. Kami masing-masing setuju untuk biarkan kau tinggal dengan daddy. Lagipun, kau tetap sepupu kita orang."

"Tapi Rys... Aku..."

"Jangan risau, kami tak halau Nis dari sini. Kita keluarga Nis walaupun mama Nis bunuh arwah mummy itu tak bermakna kita orang kena benci anak dia kan?" Edryl mencelah.

Annissa terdiam. Sungguh dia tak sangka keluarga itu masih sudi menerima dirinya.

"Walau apapun, kau tetap keluarga kami. Selamanya."

Annissa memeluk tubuh Aryssa. Tangisannya pecah apabila mendengar ayat yang keluar dari bibir Aryssa.

"Terima kasih, Rys. Terima kasih."

Aryssa senyum kecil. Dia tahu Annissa masih terkesan dengan kehilangan Puan Sri Amylia. Tiga hari, gadis itu berkurung di dalam bilik. Keluar pun apabila sudah malam untuk mendoakan Puan Sri Amylia selebihnya dalam bilik dan urusan majlis juga di uruskan oleh mereka.

"Aku yakin mama kau pun tak nak kau benci kita orang."

Annissa mengangguk setuju. Kata-kata arwah mamanya masih segar diingatannya.

••••

ASHRAFF cuba untuk membetulkan lengannya yang berbalut itu. Haih, kalau la dia tahu perkara ini terjadi baik dia duduk di hospital menemani isterinya. Tak ada la tangannya patah. Dah la tangan kanan. Semua kerjanya terpaksa tangguh. Nasib makan Aryssa sudi suap kalau tak, kebulur la dia.

Kedengaran pintu bilik di buka membiarkan figura itu masuk ke bilik. Selepas mereka berbincang tentang Annissa tadi terus masing-masing masuk ke bilik. Katanya letih.

Aryssa menggeleng kepala melihat suaminya yang cuba membuka arm support itu. Haih, tak padan dengan mafia. Tangan patah pulak.

"Macam mana la biy boleh jadi mafia? Mafia lain tak ada pun sampai tangan patah tapi biy? Haih," Aryssa mengeluh.

Ashraff memandang wajah isterinya.

"Mana la biy tahu macam mana boleh jadi. Benda dah berlaku dah pun, lagipun Aariz tu boleh tahan kuat. Sampai patah la tangan kesayangan Aryssa ni." Ashraff membalas.

Aryssa menjeling Ashraff. Haih ada saja jawapan suaminya.

"Sayang okay?" soal Ashraff.

Aryssa mengerut dahi pelik.

"Apa maksud biy ni? Sayang okay la. Sihat lagi."

Ashraff senyum. Tangan kiri naik mengusap perut Aryssa yang bulat itu. Dia sendiri pun tak tahu mengapa, perut Aryssa mengalahkan ibu mengandung.

"Anak daddy okay tak dekat dalam perut mummy tu? Haih, kalau la daddy sempat elak serang moyang korang tu, tentu daddy tak susahkan mummy tapi sekali sekala dapat macam ni pun okay jugak. Dapat daddy bermanja kan?"

Aryssa terus mencubit kecil perut Ashraff. Haih, tak padan betul!

"Aw, aw, sakit la sayang."

"Biy la. Gedik semacam kenapa? Haih, sayang pun tak tahu ni ketua mafia ke, ketua budak manja. Kalah betul." cebik Aryssa.

Ashraff senyum. Selamba bibirnya menyerang bibir mungil Aryssa. Aryssa terkejut namun bibir tetap membalas perilaku Ashraff.
......

Aryssa Where stories live. Discover now