.....
HAYKAL, Mikaeyl, Akmal, Bella dan Danisya berlari ke arah abang sepupunya. Terkejut mereka berlima saat mendengar Aryssa jatuh ke dalam kolam renang. Baru sahaja semalam mereka mengusik gadis itu.
"Abang Rian. How?" soal Haykal sebaik tiba di hadapan Edrian.
Edrian dongak memandang keempat-empat adik sepupunya itu. Kepala di geleng tidak tahu.
"Abang tak tahu. Rys dengan Ryl dua-dua ada kat dalam." ujar Edrian lemah.
Terkejut dirinya apabila mendengar suara Edryl menjerit nama Aryssa. Ingatkan Aryssa sahaja yang tidak sedarkan diri kerana lemas namun tak lama selepas itu, Edryl pula diserang asma secara mengejut.
•••••
SEBAIK sahaja mendapat berita dari Tengku Arfa. Ashraff terus bergegas ke hospital. Berita itu amat mengejutkan Ashraff yang sedang bekerja di pejabat.
"Raff," tegur seseorang.
Ashraff berpaling. Wajah Haykal menyapa pandangannya.
"Bila kau sampai?" soal Haykal. Bingung juga dia kerana dia tidak pula menelefon rakannya.
"Baru aje lagi. Rys mana? Dia okay?" soal Ashraff.
Haykal menunduk lalu mengajak jejaka itu duduk memandangkan mereka di cafeteria.
"Dia okay. Sekarang ada kat Vvip room."
Ashraff menghembus nafas lega.
"Alhamdulilah. Habis kenapa muka kau macam monyok je."
"Monyok? Tak ada la. Aku cuma risaukan Rys, tua je." dalih Haykal.
Ashraff hanya memandang rakannya itu. Dia tahu ada sesuatu terbuku di hati Haykal.
"Kau dengan Rys bila nak berlangsung?" tanya Haykal apabila sedar pandangan Ashraff seakan hendak tanya sesuatu kepadanya.
Ashraff diam. Dia sendiri pun tak tahu bila nak langsungkan perkahwinannya dengan Rys. Cepat sangat nanti orang kata apa pulak. Lagi-lagi dia merupakan public figure Malaysia.
"Maybe dalam dua tiga bulan lagi? Aku pun tak tahu sebenarnya sebab aku biarkan Rys yang putuskan. Aku tak nak paksa dia. Ya la, kitaorang kahwin ni pun sebab business bukan cinta." kata Ashraff.
Haykal mengangguk setuju. Dia sendiri pun masih dalam terkejut kerana gadis itu sudahpun menjadi tunangan orang. Nasib jejaka itu dia kenal.
"Eh, aku gerak tengok Rys dulu. Apa-apa nanti call eh." kata Ashraff seraya berlalu naik ke ruang vvip.
Haykal ukir senyum. Matanya memandang pemergian Ashraff.
'Aku harap kau dapat jaga Rys dengan baik.'
•••••
Pintu bilik vvip itu terus terbuka luas. Ashraff menapak masuk ke dalam. Wajah Edrian dipandangnya. Nampak jelas lelaki itu menangis kerana dua adiknya.
"Eh, Raff bila sampai? Abang tak sempat nak bagi tahu kamu yang..."
"Tak apa. Raff okay aje. Ni pun along bagi tahu sebab dia risaukan abang." potong Ashraff.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !