.....
ARYSSA mengikat rambutnya menjadi satu ikatan ekor kuda. Cuaca panas di tapak pembangunan memang membuatkan dia mandi peluh.
"Sayang okay ke?" soal Ashraff perlahan berbisik dengan Aryssa. Naik risau dirinya melihat isterinya sudah bermandi peluh.
Aryssa mengangguk kepala perlahan. Meskipun, masih terasa bahangnya. Dia tetap tak boleh pentingkan diri. Dia harus siapkan kerjanya sebelum pulang ke pejabat.
"I okay. You jangan la risau," balas Aryssa perlahan.
Ashraff diam. Mata memerhati isterinya yang mengelap peluh di muka. Dia tahu isterinya kepanasan. Namun demi kerja, gadis itu sanggup menahan rasa bahang panas.
Haykal melihat sepupu serta rakannya sedang bermandi peluh segera melangkah dekat ke arah mereka. Dia juga akui bahawa berdiri di tapak pembangunan memang terasa panasnya.
"Kau orang nak balik pejabat dulu. Balik la dulu. Nanti aku follow belakang," kata Haykal memberi kata putus.
Aryssa tanpa banyak cakap terus berlalu ke kereta milik Ashraff memandangkan mereka berdua datang bersama. Namun di sebalik aksi itu, ada seseorang seakan tidak puas hati dengan Aryssa.
•••••
SELEPAS saja dari makan tengahari bersama Ashraff. Aryssa meminta Ashraff menghantarnya semula ke syarikat. Pada mulanya dihalang oleh Ashraff kerana raut wajahnya yang pucat. Namun Aryssa tetap dengan pendiriannya mahu masuk ke syarikat.
Aryssa menapak masuk ke departmentnya. Berkerut dahinya melihat ramai pekerja seakan memandangnya dengan pandangan serong. Dia seakan tertanya. Dia ada lakukan apa-apa kesalahan ke?
"Kak Sya. Masuk bilik saya sekejap," pinta Aryssa.
Kak Sya khusyuk melakukan kerja terkejut dengan kehadiran Aryssa terus angkat punggung berlalu ke bilik Aryssa.
"Kenapa Rys?" soal Kak Sya sebaik melangkah masuk ke biliknya.
Aryssa mengangkat wajah memandang Kak Sya. Hanya Kak Sya saja satu-satunya pekerja yang dia percaya kerana wanita itu merupakan pembantu peribadi Haykal.
"Saya tertanya. Kenapa semua orang pandang saya serong? Saya ada buat apa-apa salah ke?" soal Aryssa.
Kerut dahi Kak Sya dengar soalan Aryssa. Sejujurnya, dia tak beberapa faham maksud soalan Aryssa. Tapi memandangnya dengan pandangan serong?
"Cuba kamu beritahu akak semula. Akak tak faham. Kenapa dia orang nak pandang kamu dengan pandangan serong pula?" soal Kak Sya berbalik semula kepada Aryssa.
Aryssa hela nafas perlahan.
"Tak, tadi sepanjang saya masuk dan naik ke atas. Semua orang pandang saya macam saya ada buat salah. Saya ada buat salah apa-apa ke, kak?" adu Aryssa. Jarang dia nak mengadu sesuatu yang tak penting begini. Namun hari ini entah mengapa dia seakan perlukan seseorang untuk diadukan.
Kak Sya terkejut. Namun, tidak lama kemudian, dia seakan tiba-tiba teringat akan perbualan Lara dengan pekerja-pekerja department tadi. Dia yakin hanya seorang saja mampu bawa mulut sebegini.
"Akak rasa akak tahu siapa punca semua ni." kata Kak Sya dengan yakin.
"Siapa?"
"Lara."
•••••
LARA ukir senyum riang apabila dia dengan gembira menghebohkan cerita Aryssa rapat dengan CEO DA Architect. Dia tahu dia tiada kesahihan cerita. Tapi mengingatkan hampir semua pekerja Eldrin's Architect mempercayai kata-katanya membuatkan dia teruja.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !