.....
TERKEBIL-KEBIL kelopak mata Aryssa memandang wajah Ashraff. Dia seakan tidak percaya bahawa lelaki itu akan bawanya ke sini.
"Kenapa pandang biy macam tu? Biy ada buat salah ke?" soal Ashraff seraya melepaskan seatbelt yang melilit tubuhnya.
"No! But what are we doing here? Genting? Biy tahu tak sayang mana ada bawa sweater? Patut la dia sarung hoodie." jeling Aryssa apabila sedar maksud pakaian yang dipakai oleh Ashraff tadi. Rupanya, lelaki itu memang sudah cadang hendak bawanya ke sini.
Ashraff memalingkan tubuhnya ke belakang. Sweater yang sempat dia ambil di walk closet dibawa dari tempat duduk belakang.
"Biy tak pernah lupakan sayang. Ni sweater biy sempat grab sebelum keluar rumah tadi." Sweater hitam miliknya di sarung ke tubuh Aryssa.
"Okay? Ke ada apa-apa tak kena lagi?" soal Ashraff. Dia ingin kepastian bahawa isterinya baik-baik saja.
Aryssa senyum.
"Tak ada. Jom, masuk!" teruja Aryssa. Kaki segera melangkah keluar dari kereta.
Ashraff senyum. Kepalanya digeleng perlahan.
"Kenapa banyak tempat -tempat dekat Malaysia? Biy pilih Genting sebagai tempat dating? Dan bukan KL banyak ke tempat-tempat menarik?" soal Aryssa, ingin tahu.
"Saja. Lagipun biy memang nak ke Genting sebelum kita kahwin lagi. Tapi tu la, rezeki dapat pergi berdua dengan sayang." jawab Ashraff.
Aryssa mengangguk kepala, mengiyakan.
"Sayang pernah pergi Genting?" soal Ashraff.
"Tak. Sebab arwah mummy tak suka pergi tempat sejuk and lepas mummy meninggal terus sayang ikut abang Rian dengan abang Ryl pindah Italy. Tahun ni baru balik Malaysia."
"Sorry, biy lupa."
Aryssa senyum.
"Tak apa. Janji biy tak lupa sayang sudah la," gurau Aryssa.
Ashraff menarik pipi gebu Aryssa. Aryssa? Dia redha aje la.
"Eh, Danial? Kau buat apa dekat sini?" tegur seseorang.
Sedang mereka bersama, terkejut Ashraff apabila ada suara menegur. Dia berpaling memandang orang yang menegurnya. Melihat wajah figura menegurnya, lebar bibir ukir senyum.
"Zira. Tak sangka jumpa kau dekat sini. Aku datang sini saja jalan-jalan. Release tension kejap. Kau?" soal Ashraff kembali kepada gadis yang menegurnya.
"Ouh, samalah. Aku ingat kau ada kerja dekat sini. Mak Su apa khabar? Aku dengar cerita yang dia nak ke Mekah. Hujung minggu ni kenduri ni kan?" bertubi-tubi soalan disoal kepada Ashraff.
"Yup, hujung minggu ni, Mak su ada buat kenduri. Nanti datanglah dengan mak Ngah. Kak Fa dengan Arsha mesti rindu gila dekat kau." balas Ashraff.
"Eh, Kak Fa dah balik Malaysia? Bila dia balik sini? Kenapa aku tak tahu pun?" terkejut gadis itu apabila kakak sepupunya sudah pulang ke Malaysia.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !