Y || 42

2.5K 91 0
                                    

.....

SELESAI majlis sidang media yang berlangsung pada hari ini. Para wartawan datang mengucapkan tahniah dan meminta maaf kerana menerima berita palsu itu.

Aryssa mengeliatkan sedikit tubuhnya. Hari ini sahaja, sudah tiga kali dia hampir terlelap sepanjang interview itu berlangsung.

"Macam mana? Okay?" soal Ashraff.

Aryssa memandang wajah suaminya. Bibirnya mengukir senyum nipis.

"Penat. Bila boleh balik? Kesian Arsha jaga budak-budak tu?" Teringat akan adik iparnya terpaksa jaga tiga anak buah sekaligus. Nasiblah gadis itu baik hati mahu menjaga.

"Nak balik la ni. Cuma tadi Haykal kata tunggu kejap. Dia kata dia dah jumpa siapa sebarkan berita palsu tu." kata Ashraff memberitahu hal yang dikatakan oleh rakan baiknya.

Aryssa kian teruja. Tak sabar rasanya dia mahu berjumpa dengan wartawan tak berbayar itu.

•••••

TUBUH gadis itu di campak selamba ke atas katil. Aryssa memandang gadis itu. Tiada tanda-tanda mahu melakukan kerja pada gadis itu.

"Ni pekerja Pak Ngah ke?" soal Bella di sebelah Aryssa.

Aryssa mengangguk kepala mengiyakan. Dia sudah agak pasti wanita ini menjadi wartawan berbayar untuk menyebar berita itu. Kerana dia sudah syak bahawa gadis itu ada sesuatu dengannya.

"Kau nak apa hah? Aku report polis yang kau culik aku!" jerit Lara. Wajahnya ditutup dengan guni

Ya, wanita yang dimaksudkan oleh Aryssa tadi adalah Lara. Gadis yang tidak pernah puas hati dengan Aryssa.

"Buka," arah Haykal, dingin.

Anak buahnya terus merentap kasar guni yang menutup mata Lara. Lara memandang wajah kelima-lima cucu Edward.

"Kau orang nak apa hah?! Kau orang tak takut ke kalau kena tangkap polis? Rys, kau tak takut ke kalau laki kau tahu kau buat kerja kotor ni?" soal Lara cuba menakutkan Aryssa.

Aryssa ukir senyum sinis. Kakinya melangkah dekat ke arah Lara yang melutut ke arahnya. Pipi wanita itu ditepuk perlahan.

"Don't worry, Lara. Dia sikit pun tak halang aku nak kacau kau. Dia sokong lagi adalah." kata Aryssa.

"Kau orang nak apa?! Aku cuma buat kerja aku! Yang kau kacau aku kenapa?" tengking gadis itu.

Mereka berlima ukir senyum sinis. Mikaeyl melangkah ke hadapan.

"Agaknya kalau aku calar muka cantik kau... Sakit tak?" Mikaeyl mengelus lembut kulit muka gadis itu.

Namun tak lama, wajah gadis itu diludah sengaja.

"Tak guna! Sanggup kau ludah dekat muka aku! Dasar jijik!" tengking Lara, bengang.

Mikaeyl senyum sinis.

"Dan itu selayaknya..." sindir Mikaeyl.

Lara memandang kelima-lima sepupu itu. Dia tahu dia sudah di ambang yang sepatutnya dia berjaga-jaga. Mana mungkin dirinya akan selamat jika sudah bersama mereka.

"So Rys... Kau nak buat apa?" soal Akmal kepada Aryssa. Sedari tadi dia perhati saja Mikaeyl melakukan kerja walapun sekadar ludah.

Mereka yang lain turut memandang Aryssa. Walaupun Aryssa adalah bongsu antara mereka semua tapi Aryssa la yang sering memutuskan keputusan kepada mereka. Bagi mereka, Aryssa la segalanya.

"Kurung dia. Selagi dia tak buka mulut siapa arahkan dia untuk penyebaran palsu tu. Jangan harap dia boleh terlepas."

Anak-anak buah mereka yang berada di situ mengangguk kepala faham. Mereka terus menutup kepala gadis itu lalu dibawa keluar secara senyap.

Aryssa melabuhkan punggung di atas katil. Matanya memandang wajah keempat-empat sepupunya.

"So... What next?" soal Haykal.

"Haah. Aku dah tak sabar nak main pistol ni. Agak-agak tembakan aku tepat lagi tak?" Akmal mengacu pistolnya ke hadapan. Lagak seperti dia dalam posisi yang sering dia mainkan.

Bella menyiku lengan Akmal lalu memaling ke arah Aryssa. Akmal sengih malu.

"Kita stick with the plan. Aku yakin mereka akan guna salah satu plan yang kita bincangkan." kata Aryssa.

"Kau yakin ke?" soal Haykal.

"Aku yakin. Dan ini adalah salah satu plan yang mereka pernah buat pada arwah mak ngah."

•••••

"APA?! Macam mana Lara boleh hilang? Bukan dia dengan kau orang ke?" rengus Puan Sri Amylia. Sebal rasanya bila salah satu pekerjanya boleh hilang.

Anak-anak buahnya yang lain mula menuduk ke bawah. Takut dengan sergahan singa sebentar tadi.

Adam dengar akan tengkingan itu. Melangkah masuk ke bilik itu. Matanya memandang wajah Puan Sri Amylia serta beberapa orang anak buah mereka disitu. Jelas melihat riak muka seakan baru sahaja kena marah dengan Puan Sri Amylia.

"Kenapa ni?" soal Adam lalu menarik tubuh Puan Sri Amylia ke dalam dakapannya. Puan Sri Amylia hanya merelakan.

Lagipun, dia dengan Adam sememangnya ada hubungan sudah lama dia sorok. Anak ikan! Ya, itu gelaran paling tepat. Tambahan Aariz langsung tidak kesah dengan hubungan itu kerana mereka bertiga mempunyai matlamat yang sama.

Aryssa dan Ashraff.

"Entah la! I sendiri pun tak tahu, Adam. Pening kepala I dengan Lara tiba-tiba aje hilang. Padahal dia dah berlindung dengan guards yang I upah kut. Bukan satu I upah tapi lima. Takkan boleh hilang macam tu?" rungut Puan Sri Amylia mengadukan masalahnya.

Adam turut pelik. Tapi apa yang dia kesahkan. Lara tu bukan ada kena mengena dengannya.

"You nak apa datang sini?" soal Puan Sri Amylia tatkala sedar akan kehadiran Adam datang ke mari.

Adam ukir senyum. Tangannya laju menghalau anak-anak buah Puan Sri Amylia keluar dari situ.

"Ermm, kenapa eh I datang sini? I nak apa eh?" soal Adam pada dirinya.

Puan Sri Amylia  seakan tahu anak mata Adam mahukan sesuatu terus mengunci pintu bilik itu. Namun tanpa mereka sedar aktiviti itu telah dirakam oleh seseorang.

.....

Aryssa Where stories live. Discover now