.....
"RYS pergi dulu," Aryssa segera menyarung wedges miliknya ke kaki.
Laju kakinya melangkah ke kereta BMW i8 milik Ashraff.
"Lama tunggu?" soal Aryssa sebaik masuk ke perut kereta.
"Tak. So... Kita pergi makan dulu?"
"Okay." balas Aryssa, mudah.
Akhirnya kereta milik Ashraff laju membelah jalan raya.
•••••
"NAK makan mana?" soal Ashraff sebaik mereka masuk ke perkarangan mall.
"Ermmm, SR?" cadang Aryssa. Dia sendiri pun tak tahu nak makan di mana.
"Okay," tanpa banyak soal. Terus mereka berdua pergi ke Secret Recipe.
•••••
"TU aje buat masa ni, terima kasih." ucap Aryssa kepada pelayan itu.
Hilang saja bayangan pelayan tersebut. Ashraff buka mulut.
"Ehemm, how is your day?" soal Ashraff. Mrski, dia tahu gadis itu hilang mood kerana Mikaeyl pagi tadi. Tetap dia mahu dengar cerita gadis itu.
"Not bad, tapi tu la... Kalau bab mengusik ni bagi la kat Mika memang dia power." cerita Aryssa, sedikit menyampah.
Ashraff lepas ketawa kecil. Sudah dia agak bahawa Aryssa akan kata begitu kepadanya.
"Biasa la tu. By the way... You dah pilih tarikh wedding" soal Ashraff. Sebenarnya dia bukan mahu bertanya soalan ini tapi teringat akan bondanya memesan kepadanya untuk menyoal. Terpaksalah dia bertanya.
Aryssa diam. Jujur, dia pun masih terkejut dengan pertunangan ini. Yalah, tiada ribut tiada angin tiba-tiba mereka bertunang. Walaupun pertunangan ini berlaku kerana mulut Dayyan. Aryssa harap perkahwinan ini akan kekal sampai hingga hujung hayatnya.
"Belum, lagipun I tak tahu macam mana nak tetapkan. Sebab keluarga I bukan macam keluarga you." ujar Aryssa menjelaskan keadaan keluarganya.
Ashraff angguk kepala faam. Dia tahu keluarga Aryssa berbelah bahagi kerana Puan Sri Amylia. Bagaimana dia tahu? Itu pun abang iparnya yang cerita padanya semalam.
"It's okay. Nanti kalau dah tetap bagitahu I. I akan bagi tahu bonda."
Aryssa mengangguk kepala akur. Tak lama selepas itu, makanan yang dipesan mereka tiba.
•••••
"ARYSSA?"
Terkejut Aryssa baru melangkah keluar dari tandas tiba-tiba ada orang tiba-tiba datang menegur. Tajam anak matanya memandang figura yang menegurnya sebentar tadi. Macam kenal...
Ouh, wait! Ni bukan ke?
"Karina?"
Karina mengangguk kepala laju. Tanpa hiraukan keadaan sekeliling, mereka terus berpelukan.
"Rindunya dekat you." kata Aryssa meluahkan rasa rindu.
"I pun. You apa khabar? Bila balik Malaysia? Tak bagi tahu I pun?" Muncung bibir Karina sambil bertanya soalan bertalu-talu.
"Macam mana I nak bagi tahu you. Kalau you pun menghilang Kar?" selamba Aryssa memerli rakannya itu.
"Ouh, sorry la dear. I lepas shoot dekat Italy terus terbang ke NY. You apa cerita? Modeling still on?"
Aryssa ukir senyum tawar. Kepala di geleng perlahan.
"I sekarang kerja dekat Eldrin's Architect. Modeling? I buat part time aje sekarang."
"Wait! Wait! You kata you kerja dekat Eldrin's Architect right?"
Aryssa mengangguk kepala.
"Why?"
"Ouh, tak. I baru teringat yang tu syarikat ayah Nissa." ujar Karina.
Aryssa diam. Malas hendak buka mulut tentang hal itu. Maklumlah, Karina masih belum tahu tentang hubungan sebenar mereka.
"Rys..." tegur seseorang.
Serentak, Aryssa dan Karina berpaling ke belakang. Karina sudah melopong mulut melihat jejaka itu.
"Eh, sorry." Aryssa segera mengambil sling bag miliknya. Mungkin Ashraff lama menunggu dia di Secret Recipe.
"Gosh! You ni... Tengku Danial Ashraff right? Kekasih Annissa?" tebak Karina. Terkejut.
Ashraff ukir senyum. Tidak sangka masih ada kenal dia sebagai kekasih Annissa.
"Tu dulu. Sekarang I dah putus dengan dia." tutur Ashraff memberitahu.
"Bila putus? I tak tahu pun? And why you dengan Rys?" Karina terkejut. Seakan ada teka-teki di minda Karina tika.
"Dah sebulan I dengan Nissa putus. And Rys..."
"Tunang. Yeah, I tunang Ashraff. Family arranged." potong Aryssa memberitahu hal sebenar. Dia tak mahu menipu dalam perkara-perkara begini. Baginya, lambat laun orang tetap akan tahu jua tentang hubungannya.
Bulat mata Karina mendengar berita tersebut. Tidak dia sangka bahawa Aryssa akan bertunang dengan bekas kekasih Annissa.
"When? I tak tahu pun, you dah tunang?" soal Karina terkejut.
Aryssa juling mata menyampah. Rasanya dah berkali-kali dia sebuat perkataan yang sama.
"Haih, lupa la tu... Kar, you yang tinggalkan I. Macam mana I nak beritahu I bertunang dengan Raff,"
Karina menepuk dahi. Hampir saja dia bergelar nyanyok dek lupa bahawa dia dan Aryssa terputus hubungan selepas beberapa tahun.
"Gosh! Lupa pulak I. Nasib you ingatkan I, babe. By the way, still pakai nombor sama kan?" soal Karina.
Aryssa mengangguk kepalanya.
"Yes, Miss Karina. I still pakai nombor yang sama. Tak pernah berubah. You aje berubah," sindir Aryssa geram. Bukan geram marah tapi geram manja dengan rakannya itu.
"Heheheh, janganlah marah I, Rys." Karina tayang sengih tak bersalah. Meskipun, begitu Karina tahu Aryssa sekadar mahu gurau manja dengannya.
"Erm, okaylah! I rasa I kena gerak sekarang sebab I ada banyak kerja lain nak kena uruskan." kata Karina meminta undur diri.
Aryssa memeluk tubuh Karina sambil menitip pesan pada rakannya agar hubunginya kelak. Aryssa tahu jika dia tak pesan berkali-kali pasti Karina akan lupa menghubunginya.
"Kawan?" soal Ashraff sebaik Karina sudah menjauh dari mereka.
"Yup, kawan modeling."
Ashraff terkejut. Tidak pernah menyangka bahawa tunangnya merupakan seorang model. Sangkanya, sepupu dan kakak tiri tunangnya saja miliki kerjaya begitu.
"Tapi kenapa you kerja as architect? Yalah, modelling kan..."
"I buat as part time aje. Itu pun, Kak Dira punya design. Kalau ada masa I pergi, kalau tak I tolak." balas Aryssa.
Perlahan Ashraff mengangguk kepalanya. Jujur, dia kagum dengan tunangnya.
"So? You ada nak pergi mana-mana lagi?" soal Aryssa. Jam tangan dikerlingnya sekejap.
"Ermmm, I rasa balik kut. Sebab you pun lama sembang dengan kawan you. And mall ni pun rasanya dah nak tutup... I rasa balik adalah jalan penyelesaian. Ke, you nak pergi club? Yalah, situ aje yang open lewat malam macam ini." perli Ashraff.
Aryssa tersengih serba salah. Mendengar perlian yang diberi oleh Ashraff. Tahulah dia bahawa Ashraff marah kepadanya. Yalah, punya lama lelaki itu tunggu dia di Secret Recipe. Sampai tak sedar, separuh kedai sudah tutup.
.....
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !