A || 58

3.7K 88 0
                                    

.....

Enam bulan kemudian...

"Push puan! Push! Sikit je lagi!" arah doktor sakit puan itu.

Aryssa menahan sakit melahirkan dua orang anaknya. Dia memang tidak memberitahu Ashraff tentang kandungan kembarnya. Dia mahu buat kejutan kepada suaminya.

"You can do this, sayang. Chill and relax." bisik Ashraff memberi semangat kepada isterinya.

Aryssa dengar bisikan suaminya menarik nafas dalam. Dia tak mahu mengalah. Dia seorang yang kuat!

"Arghh!" Aryssa mendengus kuat.

"Uwerk! Uwerk! Uwerk!" Kedengaran suara tangisan bayi di dalam bilik dewan bedah itu. Ashraff mengucup lembut dahi Aryssa.

"Terima kasih, sayang." ucap Ashraff.

"Tahniah, Tengku. Anak lelaki." ujar doktor itu. Senyuman bibir mengukir tanda puas hati dengan kelahiran bayi itu.

Tiba-tiba,

"Argh! Sakit!" Aryssa menjerit kuat. Ashraff terkejut.

"Sayang kenapa ni?"

"Puan dah ready? Sikit aje lagi ni. Saya dah nampak kepala baby." kata doktor itu.

Ashraff memandang wajah Aryssa. Tangan Aryssa digenggam erat. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dia lihat dan dengar.

"Arghhh!" Aryssa menahan perit di bawahnya.

"Sikit lagi, Puan."

"Relax sayang, relax." bisik Ashraff. Bibir turut membaca beberapa doa di ubun-ubun Aryssa. Dengan sekali teran, Aryssa selamat melahirkan kembar.

"Tahniah, Tengku. It's a girl!" ujar doktor itu bersama senyuman. Mungkin teruja kerana jarang mereka sambut kelahiran pasangan kembar lelaki dan perempuan.

Ashraff dengar jantina kedua-dua anaknya, terus mengucup dahi Aryssa. Dia bersyukur. Alhamdulilah, kedua-dua anaknya selamat dilahirkan.

•••••

KEDENGARAN suara alunan memberi azan menyedarkan diri Aryssa dari lena. Matanya memandang wajah Ashraff sedang dukung puterinya.

"Hey, dah sedar?" soal Ashraff. Tangannya menepuk perlahan punggung anak perempuannya.

Aryssa tidak membalas. Tubuhnya cuba di betulkan postur duduk. Walaupun masih sakit tapi dia gagahkan juga untuk bangun.

"Ya Allah, sayang. Jaga la batas sikit. Jatuh nanti." Marah Ashraff. Aryssa sengih.

"Nak baby!"

Ashraff senyum. Tubuh anak perempuannya diberi kepada Aryssa. Aryssa mengukir senyum kecil. Bibir anak perempuannya dikucup lembut.

"Anak mummy."

"Terima kasih sayang. Hadiah yang sayang ni paling bermakna dalam hidup biy." ucap Ashraff. Aryssa senyum.

"Sama-sama, tapi sorry tau sorok pasal kembar ni. Saja nak suprise!" ujar Aryssa.

"Tak apa, janji mummy dengan anak-anak daddy selamat."

"Assalammualaikum! Ya ahli syurga!" jerit Mikaeyl tanpa rasa bersalah.

Tak!

"Aduh, sakit la sayang..." adu Mikaeyl. Kepalanya yang diketuk oleh Bella diusap perlahan.

"Padan muka! Buat malu aje la nak jadi bapa orang." sindir Bella.

Aryssa ketawa. Matanya memandang perut Bella yang sedang membulat besar. Ehek! Sedar tak sedar kandungan Bella juga sudah mencecah empat bulan.

Aryssa Where stories live. Discover now