.....
ARYSSA melangkah keluar syarikat bersama Kak Sya di sebelah menemani dirinya memandangkan kandungannya sudah mencecah tiga bulan. Namun yang membuatkan dia pelik adalah perutnya bulat membesar berbanding ibu mengandung yang lain.
"Rys... Kita nak ke mana?" soal Kak Sya sebaik masuk ke dalam kereta milik Aryssa.
Aryssa senyum. Tangannya menarik seatbelt miliknya. Tak lama lepas itu, enjin kereta miliknya mula kedengaran.
Kalau ikutkan Ashraff, lelaki itu tidak membenarkan dirinya memandu tapi disebabkan pagi tadi Ashraff perlu ke arah berbeza jadi lelaki itu terpaksa mengalah untuk membenarkan dia memandu.
"Kita pergi lunch lepas tu kita shopping sikit. Dah lama saya tak beli barang dekat mall."kata Aryssa.
Kak Sya hanya akur mengikut permintaan majikannya.
•••••
TIBA sahaja di mall, Aryssa terus menarik Kak Sya ke Secret Recipe. Hari ini dia teringin hendak makan makanan manis.
"Dik, bagi chocolate indulgence ni satu, red velvet cheese dengan singnature tiramisu." pesan Aryssa.
Kak Sya yang berada di belakang hanya menggeleng perlahan.
"Banyak kamu pesan. Habis ke?" soal Kak Sya.
Aryssa memandang wajah Kak Sya bersama senyuman.
"In Sha Allah, habis kak. Lagipun, saya beli bukan untuk saya seorang. Suami pun ada." Masih teringat pertama kali dia dan Ashraff dating di Secret Recipe. Dan ketika itu jualah, Ashraff memberitahunya bahawa dia memang penggemar kek chocolate indulgence.
Sedang mereka menunggu kek itu disiap bungkus. Tiba-tiba belakang Aryssa diciut seseorang. Aryssa berpaling memandang ke belakang. Bulat matanya melihat figura di hadapannya.
"Rien! Ya Allah rindunya aku dekat kau!" ujar Aryssa teruja.
Athrien turut membalas pelukan tubuh rakannya itu. Melihat perut rakannya yang sedikit membukit membuatkan dia tertanya.
"Babe, kau pregnant ke?"
"Ouh, haah. Aku lupa nak bagi tahu kau. Aku sibuk sangat sampai lupa nak bagi tahu kau. Kau macam mana? Kerja okay?" tanya Aryssa.
Dua hari selepas majlis pernikahannya. Athrien terpaksa berpindah ke Johor kerana menjawat jawatan lebih tinggi di sana. Pada mulanya, sedihlah juga kerana Athrien pindah. Namun demi kebaikan rakannya, dia lepaskan jua.
Athrien mencebik. Namun tak lama selepas itu, dia seakan sedar. Dia juga mempunyai kesalahan.
"Sorry... Aku tukar number phone. Lupa nak bagi tahu kau. Kau buat apa dekat sini? Raff, mana?" soal Athrien. Melilau matanya mencari susuk tubuh lelaki itu.
"Dia tak ada. Aku keluar dengan P.A Haykal. Akak, ni Athrien. Athrien, Kak Sya." kenal Aryssa kepada dua manusia itu.
Athrien memandang wanita itu sebelum dia menunduk bersalaman dengan pekerja Aryssa.
"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau buat apa dekat sini?"
Athrien sengih.
"Aku dapat tukar kerja dekat sini." kata Athrien.
Bulat mata Aryssa mendengar rakannya pindah semula ke KL.
"Seriously? Arghh! Tahniah. Kali kau pindah syarikat mana? Mana la tahu aku kenal ke?" tebak Aryssa.
"Memang kau tahu pun," sengaja Athrien berteka teki dengan Aryssa.
"Hah? Aku tahu?" Aryssa blur.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !