F || 13

3.9K 167 4
                                    

.....

SEORANG gadis termenung sambil menunggu seseorang di hujung cafe itu. Hujung penyedut minuman di mainnya. Melihat rakannya tiba, pantas dia mengukir senyum lalu melambai ke arah gadis itu.

"Sorry..." ujar gadis itu, serba salah lalu menarik kerusi di hadapan rakannya.

"Janji pukul satu tapi sampai pukul dua. Apo? Janji melayu?" sindir Aryssa.

Athrien menayang sengihnya.

"So, kau nak jumpa aku kenapa?" soal Athrien. Maklumlah sejak Aryssa pindah keluar dari rumahnya dan menetap bersama abang - abangnya. Memang jarang mereka hendak bertemu.

"Annissa." Sebaris nama. Namun, boleh membuatkan Athrien terkejut.

"Dia kacau kau ke? Dia marah kau sebab kau anak kandung daddy kau? Atau dia..."

"Rien, relaks. Relaks! Bukan pasal tu pun... Ni pasal lain. You know, aku kan ada orang dalam boleh tolong aku semak data peribadi seseorang. So, aku minta dia carikan data Aryssa. And you know what? Aku jumpa sesuatu yang kau pun sendiri takkan percaya."

"Maksud kau?"

"Annissa. Dia ada kembar."

"What?" Athrien menjerit terkejut.

Kemudian, matanya memandang orang ramai yang memandang ke arahnya yang menjerit kuat di dalam kafe itu. Satu senyuman manis diberi permohonan maaf kepada mereka.

"Aku tahu kau terkejut. Tapi tak payah la terkejutkan semua orang."

"Sorry... But seriously? Twins? Tapi, kenapa kita tak pernah nampak pun?" soal Athrien.

"Macam mana Annissa nak tunjuk kalau dia dengan kembar dia berpisah. Maksud aku, Nissa kan study dekat Italy and kembar dia mestilah study dekat mana - mana? Memang la kita tak pernah nampak," bebel Aryssa.

Athrien membulat mulutnya teruja apabila dengar cerita dari Aryssa. Maklumlah terkejut apabila mengetahui Annissa miliki kembar.

"Tapi aku tak kesah pasal tu. Sebab kembar dia dah mati lima tahun lalu."

"Mati?"

Perlahan-lahan Aryssa mengangguk kepalanya.

"Then, kau nak buat apa? Siasat? Tapi dia bukan ada masalah dengan kau." ujar Athrien.

"Memang lah dia tiada kaitan dengan aku. Tapi dia ada kaitan dengan Ashraff."

"Ashraff? Siapa tu? Aku kenal ke?"

"Tak. Ashraff, sepupu Mikaeyl dan adik ipar abang Rian."

"So... Apa kena mengena dia dengan kau? Aku tak rasa hal kembar Annissa ada kaitan dengan kau," Athrien memandang wajah Aryssa.

Aryssa terdiam. Namun, ada benar juga kata Athrien bahawa kembar Annissa tiada kaitan dengan dirinya. Tapi kenapa dia nak ambil tahu?

"Rys pasal mak tiri kau tu..."

"Aku sebenarnya malas nak ambik tahu tau pasal orang tua tak sedar diri tu. Tapi... Tu la, makin lama, makin pening kepala aku fikirkan." Sakit kepalanya fikir tentang ibu tirinya itu.

Tamak! Satu perkataan yang sesuai untuk insan yang terlalu gilakan harta. Dia pun tak tahu bagaimana ayahnya boleh berkahwin dengan Puan Sri Amylia. Nak kata, ayahnya tiada akal. Tapi syarikat dah terbina dengan jayanya.

"Alaa, rileks la. Abang-abang kau kan dah ada dekat sini. Jangan risaulah. Aku yakin abang - abang kau boleh uruskan. Dari pening kepala pasal ibu tiri kau, lebih baik kau fikir dengan kerja kau tu." kata Athrien memberi nasihat kepadanya.

Aryssa Where stories live. Discover now