H || 48

2.3K 93 0
                                    

.....

SUASANA di ruang kecemasan itu hanya kedengaran suara tangisan seseorang. Edrian dan Edryl mengeluh perlahan apabila mendengar berita dari pihak hospital beberapa jam lalu.

Ashraff cuba menenangkan Aryssa. Sungguh dia tak sangka mereka akan bertindak lebih kejam. Malah mereka hampir membunuh beberapa orang yang tidak bersalah.

Kedengaran pintu pembedahan terkuak luas segera Edrian dan Edryl bangun dari duduk mereka. Ashraff dan Aryssa turut sama.

"Pak Teh, macam mana keadaan Daddy? Dia okay kan? Annissa? Izzat?" soal Edrian pada bapa saudaranya merangkap doktor di hospital persendirian itu.

Ehsan memandang tiga wajah anak saudaranya. Keluhan kecil dilepas perlahan. Jujur dia masih dalam terkejut apabila mengetahui abang kedua terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Annissa dengan Izzat okay. Mereka cuma cedera ringan. Tapi daddy ..."

"Pak Teh, buat la apa-apa dekat daddy. Rys tak sanggup kehilangan daddy. Tolong pak teh. Tolong," Aryssa merayu. Tangisannya kembali pecah.

Ehsan memandang wajah Aryssa. Dia tahu Aryssa bukan seperti orang sangkakan. Dia baik malah manja dengan ayahnya tapi disebabkan kisah lalu dia terpaksa mengikut abang-abangnya berbanding tinggal di Malaysia.

" Apa yang Pak Teh boleh cakap kita doakan daddy cepat sedar. Kecederaan daddy pun tak teruk. Darah beku pun dah keluar dari kepala. Jadi kita sama-sama doakan yang terbaik untuk daddy."

Edrian dan Edryl mengangguk faham. Manakala Aryssa masih menangis di dalam dakapan Ashraff.

•••••

"KAU dah hantar video tu kepada Tuan?" soalnya memandang wajah perempuan itu.

Perempuan itu mengangguk kepalanya.

"Tuan suruh kau berhati-hati, nasib kau tak kantoi. Kalau tak habis hidup kita berdua dekat sini."

Firhad diam. Dia sudah lama bekerja dengan Edrian, malah semua kerjanya tampak sempurna hingga tiada siapa-siapa sedar akan dirinya.

"Aku tahu. Kau tu jaga diri, nanti tak pasal-pasal Raff bising dekat kau pula. Bukannya kau tak kenal dia." Kini, Firhad pula memberi pesan.

Qistina mencebik menyampah. Walaupun mereka mempunyai matlamat yang sama tapi mereka berdua dari kumpulan yang berbeza.

"Aku tahu la. Eh, pasal rancangan Puan Sri Amylia tu. Dia orang nak buat malam esok kan?"

Firhad mengangguk.

"Haah, sebab tadi dia orang dah buat serangan dekat Tan Sri. Jadi, mereka ambil peluang untuk tahu tempat rahsia mereka. Aku tak tahu la nak cakap apa, tapi IQ dia orang tu bodoh! Zaman dah modern kut. Lagipun, aku dah beritahu Tuan sebelum ni, dia pun okay biar mereka ambil Puan Sri Amylia malam esok."

Qistina mengangguk faham. Dia bangun dari kerusi. Pipi Firhad dicium kilas sebelum melangkah keluar dari bilik lelaki itu. Firhad hanya memandang pemergian Qistina. Kepala di geleng perlahan.

•••••

ARYSSA pandang wajah Tan Sri Eldrin penuh dengan wayar berselirat itu. Seharian ayahnya tidak menyedarkan diri.

Aryssa Where stories live. Discover now