.....
"MACAM mana dia boleh kena culik? Kau tak jaga dia ke apa?" Ashraff mula baik berang apabila mengetahui isterinya diculik.
Habis segala mesyuarat dibatalnya serta-merta. Keluarganya serta Aryssa juga sudah mengetahui tentang penculikkan Aryssa dan dalam fikiran hanya seorang sahaja berani buat begitu.
Adam.
Dia yakin lelaki itu yang menculik Aryssa.
"Aku tak tahu. Aku pergi tandas. Balik aje dari tandas. Tengok semua barang Rys dekat lantai. Lepas tu, ada satu surat ni." Athrien mengeluarkan sepucuk surat putih lalu diberi kepada Ashraff.
Ashraff mengambil surat itu. Ayat yang ditulis di atas kertas itu dibaca kilas sebelum dia mencampak kasar jauh darinya.
Tak guna!
Dia dah sudah agak perkara ini akan terjadi. Mereka akan gunakan kelemahannya.
"Sekarang kau nak buat apa? Kita tak dapat nak detect Arys sebab tiada alat peranti dekat dia." Haykal bersuara.
Ashraff merengus kasar. Tubuhnya disandarkan pada sofa. Mikaeyl dan Akmal berpandangan. Mereka tahu Ashraff kusut. Kehilangan Aryssa seakan membawa malang kepada mereka.
Athrien juga duduk bersama Bella dan Danisya. Dia sendiri pun buntu apabila Aryssa diculik. Baru sahaja tadi mereka berbual bersama, tak sampai beberapa minit mereka berseronok. Gadis itu pula hilang dari pandangan.
"Kau tak ada bagi apa-apa alat dekat Aryssa ke? Alat yang boleh berhubung dengan dia." Mikaeyl menyoal.
Ashraff cuba beriak tenang. Dia tidak dapat berfikir dengan baik kerana risau akan Aryssa dan bayi di dalam perut gadis itu.
•••••
TERASA dirinya basah di simbah air. Aryssa membuka matanya perlahan. Kepalanya yang dihentak tadi mula terasa sakit. Matanya memandang wajah yang menyimbah dirinya.
"Lara..."
"Eh, dah sedar?" soal Lara bodoh.
Kakinya melangkah ke arah Adam yang tak jauh darinya. Selamba sahaja Lara melabuhkan punggung di atas riba Adam.
"Kau nak apa dari aku?" soal Aryssa, datar. Wajahnya yang basah dibiar mengalir tanpa diseka.
Matanya tajam memandang dua wajah itu.
Adam ketawa besar melihat kelemahan musuhnya berada di hadapan. Namun tawa itu, kedengaran sinis di telinga Aryssa. Lara mengukir senyum sinis. Dada Adam dibelainya.
"Kau tanya aku nak apa? Aku rasa kau dah tahu jawapan dia kan?"
Aryssa memandang Adam dan Lara dengan pandangan jijik. Sumpah dia mahu termuntah melihat dada Adam yang penuh bulu dada serta Lara yang jelas berpakaian ketat itu. Huh, seakan tidak memakai baju je rasanya.
"Aku rasa kau salah orang nak culik kut?" Aryssa memprovokasi. Dia tahu Adam menculiknya kerana ingin memancing Ashraff untuk datang ke mari.
"Aku salah orang? Rasanya betul la kau orangnya. Kau isteri Ashraff. Tengku Danial Ashraff. Huh, dekat luar boleh orang pandang dia hebat tapi di sebalik kehebatan dia? Tiada siapa tahu sebenarnya dia mafia, Aryssa."
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !