R || 15

3.7K 152 3
                                    

.....

"RYS..."

Aryssa tayang muka innocent. Meskipun, hatinya berdongkol geram dengan anak saudaranya.

"Aryssa Elenna Binti Eldrin!"

"What?" sahut Aryssa tak bersalah.

Edrian memandang wajah adiknya tajam.

"Tak sangka abang, kamu dalam diam dengan adik kakak ipar kamu sendiri eh?"

Aryssa diam.

"Kenapa tak jawab? Jadi betul la, apa yang Dayyan cakap tadi?" tebak Edrian.

Aryssa memandang wajah abangnya lalu beralih memandang wajah anak saudaranya yang sedang berdiri di tangga melihat mama Rys dimarahi oleh daddynya.

"Ish, abang ni. Takkan la dengan Dayyan pun nak percaya kut? Rys bukan buat apa pun, dah Rys hampir nak terjatuh ke kolam, takkan la Ashraff nak biar adik abang ni masuk kolam pula," cerita Aryssa perkara sebenar.

"Ya, itu abang tahu tapi boleh aje kan Rys minta Ashraff lepas awal?"

"Abang Rian, kalau masa tu boleh patah balik, memang Rys minta, abang. Tapi sekarang memang tak boleh patah balik, dah berlaku dah pun." balas Aryssa.

Edrian memandang adiknya geram. Edryl yang berada di tepi turut menggeleng kepala.

"Kalau susah sangat, kahwinkan aje dia orang ni Rian." cadang Edryl.

Aryssa terkejut.

"What? Kahwin? No! No! Abang Ryl dengan Rian jangan sesekali suruh Rys kahwin. Rys tak nak, selagi kita tak selesai pasal perempuan tu dengan daddy jangan harap la Rys nak kahwin." bantah Aryssa.

"Tapi... Why not? Kita boleh aje suruh daddy datang majlis tu and I sure pasti Annissa terkejut beruk bila dapat tahu adik tiri dia kahwin dengan bekas boyfriend dia." Edrian pula seakan setuju dengan cadangan yang diberi adiknya tadi.

"Abang! No and no! My answer is clear! Urgh!" Aryssa terus mencapai kunci kereta Audi A7 milik abangnya.

Apa dia kesah.

"Oi! Kereta aku tu!" jerit Edryl.

Aryssa memekak telinganya dan terus memandu membelah jalan.

•••••

ASHRAFF memandang wajah Arsha dengan harapan bahawa adiknya akan menyokongnya tapi malangnya adiknya pun seakan setuju dengan cadangan bonda dan walid.

"Ha... Raff, kamu macam mana? Setuju?" soal Tengku Dani.

Ashraff memandang wajah ahli keluarganya kecuali kakaknya yang sudah mengikut suaminya pulang ke rumah.

"Raf, tak boleh buat keputusan. Sebab kita tak tahu apa perancangan Abang Rian? Mana tahu dia pun tak setuju ke?" Sengaja Ashraff meleret perkataan akhir.

Tengku Dani mengeluh perlahan. Ada betul juga apa yang anaknya katakan, buatnya menantu dia tak suka. Kita tak boleh paksa.

"Tak apa, yang tu biar bonda yang pujuk. In Sha Allah, mesti setuju la!" celah Tengku Syahirah.

Aryssa Where stories live. Discover now