.....
ARYSSA merenung ke jari manisnya. Sebentuk cincin kemas tersarung pada jarinya. Kini dia sudah sah menjadi tunangan orangan.
"Amboi... Dah-dah la tu tenung cincin tu, tau la dah jadi tunang orang." usik Bella di sisinya.
Malam itu, mereka berdua sudah berjanji untuk tidur sebilik.
"Kau rasa apa agaknya perasaan daddy aku masa tu?" soal Aryssa.
"Entah, aku pun tak tahu nak jawab apa. Inikan daddy kau baru nak baik-baik dengan kau tetiba jadi macam ni. Lagipun, kecoh aje lebih siapa tu tadi... Puan Sri Amylia kan?"
Aryssa ketawa. Faham apa yang ingin diceritakan oleh Bella. Tak lain tak bukan pasti kerana kekecohan yang berlaku sebentar tadi.
•••••
Flashback
SELEPAS orang ramai mula beransur pulang, hanya satu keluarga sahaja masih di situ.
"Eh, kau asal tak balik lagi?" soal Haykal. Pelik juga dia melihat keluarga Ashraff masih tidak pulang lagi.
"Kalau ikutkan hati memang nak balik tapi entah la bonda suruh aku stay lagi." kata Ashraff seolah tidak mengetahui apa-apa.
Tak lama selepas itu, semua keluarga dipanggil oleh Atuk dan Nenek. Termasuk juga keluarga Ashraff.
"Saya dengar awak nak kutip bunga di taman? Yang mana satu?" soal Puan Sri Aida, merangkap mak long dan ibu kepada Haykal.
Mata Tengku Syahirah liar mencari-cari bayangan Aryssa. Melihat gadis itu berbual dengan Bella. Segera jari tuju kepada Aryssa.
"Yang tu," tunjuk Tengku Syahirah.
Semua yang berada di ruang tamu berpaling memandang ke arah Aryssa. Aryssa dan Bella yang sedar akan renungan itu ukit senyum kecil. Sejujurnya, mereka juga terkejut dan kekok kerana semua pandangan ke arah mereka berdua.
"Kita ada buat salah ke?" bisik Bella, perlahan.
Aryssa jungkit bahu tidak tahu. Namun, Aryssa tahu kenapa seluruh ahli keluarganya berkumpul pada lewat malam itu.
"Aryssa!!" panggil Puan Sri Aida.
"Yes, mak long."
"Sini, mak long nak cakap sesuatu dengan kamu." Aryssa tanpa membantah segera ke hadapab, ikuti arahan mak longnya.
"Eh, bonda." tegur Aryssa sebaik tiba di hadapan Puan Sri Aida.
Tengku Syahirah ukir senyum lalu menyambut huluran salam anak gadis itu.
"Angah," panggil Tan Sri Edry memanggil adiknya.
"Kenapa, Long?" soal Tan Sri Eldrin. Nadanya sedikit gementar apabila anaknya dipanggil oleh abang sulungnya.
"Kamu restu ke, anak perempuan kamu ni dipinang orang?" soal Tan Sri Edry.
Tan Sri Eldrin terkejut. Anaknya bakal disunting orang tapi keluarganya masih berbelah bagi.
"Eldrin,"
"Eldrin setuju tapi kita kena tanya tuan punya badan juga." Tan Sri Eldrin memberi pendapat. Dia tak mahu anaknya seakan kahwin paksa.
"Rys... Kamu okay ke, kalau jadi tunang kepada Ashraff?" soal Tengku Syahirah setelah mendapat kebenaran dari besannya.
Aryssa berpaling memandang wajah lelaki itu. Wajah sepupu sepapatnya turut dipandang. Mereka seakan sokong dengan keputusannya.
"In Sha Allah. Rys akan cuba yang terbaik." jawab Aryssa sopan.
Mereka yang mendengar jawapan itu terus mengadakan doa kecil, maka terikat la ikatan tersebut.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !