S || 43 **

2.6K 76 0
                                    

.....

PAGI itu, Aryssa masuk ke pejabat seperti biasa. Namun yang membuatkan dia terasa berbeza adalah kerana orang mula mengenalinya sebagai Aryssa Elenna Tan Sri Eldrin dan juga merupakan isteri kepada ahli arkitek terkenal Tengku Danial Ashraff.

"Selamat pagi, Puan." tegur beberapa orang pekerja Eldrin Architect.

Aryssa hanya mengukir senyum ringkas. Kakinya terus masuk ke lif.

Ting!

Aryssa melangkah keluar dari evelator itu. Namun langkahnya terhenti apabila melihat beberapa pekerjanya berdiri sambil menunduk ke bawah.

Aryssa menjongket kening pelik. Wajah Kak Sya yang berada di sisi pekerja di pandang pelik. Ada sesuatu yang dia tidak tahu ke?

"Can anyone explain this?" soalnya kepada para pekerja itu.

Salah seorang pekerjanya mengangkat muka. Penuh berhati-hati dia menuturkan kata.

"Kami minta maaf, Cik Aryssa!" katanya penuh kesal.

Namun kepala pekerja itu ditepuk perlahan oleh rakannya.

"Puan Aryssa la. Bukan Cik, ngok!"

Pekerja tadi yang sedar akan kesilapannya terus meminta maaf. Aryssa hanya beriak biasa. Baginya pekerjanya tidak salah kerana dengar hasutan Lara.

"Saya maafkan. Mulai hari ini saya tak nak apa-apa berita palsu tersebar. Dan lagi satu, Lara dah diberhentikan kerja mulai hari ini."

Mereka semua terkejut dengan kenyataan Aryssa. Baru sahaja mereka hendak menyoal. Aryssa terus melangkah pergi dari situ.

"Erkkk, Kak Sya tahu kenapa Lara diberhentikan?" soal salah seorang pekerja ingin tahu kenapa Lara diberhentikan. Padahal, gadis itu salah seorang pekerja yang cekap.

Kak Sya jongket bahu tidak tahu. Dia pun baru dengar berita tersebut pagi ini.

"Akak sendiri pun tak tahu. Encik Haykal tak inform akak apa-apa." jelas Kak Sya.

•••••

ARYSSA mengurut kepalanya yang jelas terasa pening. Nak kata dia tak makan pagi. Rasanya dia dah makan pagi tadi bersama Ashraff. Tapi tak tahu kenapa kepalanya tetap rasa sakit.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk," laungnya lantang.

Kedengaran pintu bilik dikuak. Pantas anak matanya memandang figura melangkah masuk ke biliknya.

"Ermm, nak apa?" soalnya acuh tak acuh.

Haykal melangkah masuk ke bilik sepupunya. Kakinya melangkah dekat lalu tarik kerusi di hadapan Aryssa.

Namun belum sempat dia lakukan apa-apa. Aryssa terlebih dahulu menutup hidungnya. Haykal kerut dahi pelik.

"Kau pakai perfume apa? Busuk duh?" Elak Aryssa bergerak menjauh dari Haykal.

"What? Aku pakai perfume aku la. Macam biasa. Takkan busuk kut?" tanya Haykal seraya merapatkan hidungnya menghidu bau wangian yang terlekat pada bajunya.

Aryssa Where stories live. Discover now