.....
ASHRAFF menapak masuk bilik kerjanya. Kak Ilyana yang berada di mejanya terus bangun dan melangkah masuk ke bilik selepas Ashraff masuk. Sememangnya itu adalah kewajipan Kak Ilyana sebagai pembantu peribadi Ashraff.
"Hari ini apa jadual saya, kak?" soal Ashraff, sambil menanggalkan sut pada tubuh lalu menyangkut sut itu di tempat penyangkut.
"Hari ini Tengku tak ada apa-apa yang penting. Cuma ada satu syarikat yang nak berjumpa dengan Tengku." kata Kak Ilyana membaca jadual Ashraff.
Ashraff kerut dahi pelik. Terkejut dirinya bila dengar ada satu syarikat mahu bertemu dengannya.
"Syarikat mana?"
"Akak pun tak pasti. Tapi apa yang akak tahu, syarikat ni baru aje tubuh beberapa bulan yang lalu," jelas Kak Ilyana.
Ashraff angguk kepala faham. Dia yakin kalau syarikat-syarikat baharu pasti banyak mahu bekerjasama dengan mereka.
"Tak apa, kak. Nanti saya pergi dengan Mikaeyl. Dan akak tolong pesan dekat Mikaeyl eh."
Kak Ilyana angguk kepala akur lalu melangkah keluar dari bilik.
•••••
"RYS... Ni fail yang Rys kena tandatangan." ujar Kak Sya sambil menghulurkan sebuah fail kepada gadis itu.
Aryssa senyum.
"Terima kasih, Kak Ann." ucap Aryssa.
Kak Sya balas senyuman Aryssa dengan senyum nipis. Aryssa sedar akan perubahan Kak Sya segera bertanya.
"Kenapa kak?" soal Aryssa.
Kak Sya serba salah. Tidak sangka perubahannya dapat ditangkap oleh Aryssa.
"Tak ada apa. Akak tak sihat sikit," dalih Kak Sya.
Aryssa dengar akan hal itu mula curiga. Kak Sya yang dia kenal jarang nak mengelat dari menjawab soalannya.
"Akak... Baik akak bagi tahu saya. Kenapa? Saya bukan singa yang nak baham akak." ujar Aryssa bersama guraunya.
Kak Sya serba salah. Dia tak tahu, adakah dia perlu bagi tahu Aryssa tentang perkara itu atau tak? Tapi ini ada kaitan dengan gadis itu.
"Ermm, sebenarnya pagi tadi akak terima satu kotak untuk Rys."
Aryssa menjongket kening pelik. Kotak?
"Okay. Mana kotaknya?"
"Akak dah buang."
Aryssa terkejut.
"Kenapa akak buang?"
"Isi dalam kotak tu akak dah buka. Dan semuanya ada bangkai tikus."
Aryssa terkejut buat kali kedua. Bangkai tikus? Siapa pula yang nak bagi hadiah bangkai tikus dekat dia?
"Bangkai tikus? Haykal tahu tak?"
Kak Sya geleng kepala perlahan. Aryssa tarik nafas panjang.
"Okay, selain bangkai tikus tu. Ada apa-apa tak?" soalnya. Dia tak mahu melatah dek kejutan itu. Dia yakin ada seseorang cuba nak jatuhkannya.
"Ada. Ni," surat berwarna putih diberi kepada Aryssa.
Aryssa mengambil surat itu.
"Akak panggil Haykal untuk saya boleh?" pinta Aryssa.
Kak Sya angguk kepala akur lalu keluar dari bilik. Tak lama selepas itu, Haykal masuk ke biliknya.
"Hah, kenapa?" soalnya. Terkejut dirinya bila Kak Sya beritahu Aryssa mahu jumpanya.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !