H || 09

4.2K 169 2
                                    

.....

"KAU, dik... Kalau ya pun nak beli rumah, baik beli istana terus. Besar pun besar." sindir Edrian.

Aryssa mencebik bibirnya. Kalau ikutkan memang dia mahu beli rumah besar dari ini. Tapi masalahnya...

"Ni bukan rumah adik la."

Terkedu semua orang yang berada di rumah itu.

"Hah? Bukan rumah kau? Habis ni rumah siapa? Kau jangan kata mencuri pula. Naya-naya aje plan kita rosak," tuduh Edryl.

"Ingat adik ini miskin sangat ke, sampai nak curi rumah orang?"

"Mana la tahu? Aku kan tak bagi kau kerja." ujar Edrian. Edryl mengangguk kepala setuju. Meski mereka sentiasa memberi belanja kepada Aryssa tapi bukan bermaksud untuk membeli sebuah rumah untuk merrka menetap di sini.

Aryssa menghela nafas perlahan. Nasiblah dapat abang sejenis overprotective ini.

"Ni rumah arwah mummy." tuturnya memberitahu.

"Dik... Kalau nak menipu pun, beragak la. Sepuluh tahun kita kat Italy lepas arwah mummy meninggal. Macam mana pula arwah mummy boleh beli rumah?" soal Edrian tak percaya.

"Ya. Adik tahu. Tapi ni memang rumah arwah mummy. Arwah mummy beli rumah ini sepuluh tahun yang lalu. Sebelum ini, mummy biarkan rumah ini dijadikan sebagai sewa. Tapi disebabkan abang Rian, Ryl dan Rys dah balik sini. So, rumah secara rasmi jadi milik kita bertiga." terang Aryssa.

"No! Abang tak percaya. Takkan lah..." Aryssa menghela nafas berat. Susah juga nak beritahu apa yang dikatakan tadi adalah benar.

"Nah! Ni bukti. Rasa tak percaya lagi? Kita boleh balik rumah daddy tanya Cik Mah. Tak pun, kita pergi rumah Pak Long dengan saudara-mara kita yang lain. Semua ada saksi masa arwah mummy beli rumah ni." Sampul berwarna coklat itu dihulur kepada abang - abangnya.

Edrian dan Edryl mengambil sampul coklat yang di pegang Aryssa. Sampul itu dibuka lalu membaca segala surat - surat persetujuan rumah agam itu. Dan di situ juga ada tertera nama mereka bertiga sebagai pemilik rumah sekiranya pemilik rumah sebenar sudah tiada.

"So?"

"Sorry. Abang salah. Abang ingatkan adik beli rumah untuk kita semua. Yalah, dari dulu lagi, adik nak kita duduk bersama lepas abang dan Ryl kahwin." kata Edrian, sedikit kesal.

"Abang pun." celah Edryl turut sama seperti Edrian.

Aryssa mengukir senyum.

"Adik pun nak minta maaf dekat abang. Adik bukan sengaja nak marahkan abang cuma adik rindu abang - abang adik. Kita dah lama tak berkumpul macam ini. Kalau nak jumpa pun, mesti salah seorang tak ada."

Masih teringat Aryssa tika mereka menetap di Italy. Abang - abangnya begitu sibuk bekerja demi sara dirinya. Jika mereka hendak bertemu pun, sekadar dua tiga minit sahaja. Kemudian, masing - masing kembali sibuk dengan kerja.

"Siblings huge?"soal Edrian lalu mendepakan tangan lebar.

Tanpa menjawab soalan itu terus Edryl dan Aryssa memeluk tubuh Edrian. Seakan sudah lama tidak bertemu. Anak - anak mereka yang nampak ayah serta ibu saudara mereka berpelukan turut memeluk dari belakang.

•••••

ASHRAFF melangkah turun ke tingkat bawah. Melihat Arsha yang baru pulang dari mana entah, terus dia menegur adiknya itu.

"Dari mana?"

"Eh, angah! Erm, Arsha baru balik dari jumpa kawan. Angah nak keluar ke?" soal Arsha sebaik menjawab soalan abangnya itu.

Aryssa Where stories live. Discover now