.....
SEMINGGU selepas kejadian tersebut, mereka memutuskan untuk melangsungkan majlis pernikahan. Pada mulanya, Tengku Syahirah membangkang kerana persiapan mereka harus dilakukan dalam masa beberapa hari.
Tapi apabila Edrian datang bersama Arfa memberitahu hal sebenar. Mereka terpaksa akur.Malam itu, Aryssa mengenakan sepasang baju kurung yang direka khas oleh Adira. Walaupun agak simple tapi... Yeah, dia suka.
"Wow! Speechless aku tengok kau ni, Rys..." puji Athrien.
Gadis itu turut hadir ke majlis pernikahan Aryssa memandang Aryssa yang menjemputnya. Walaupun agak terkejut kerana Aryssa bakal bernikah dalam masa terdekat. Dia tetap bersyukur kerana Aryssa masih terbuka untuk menerima seorang lelaki.
"Ya. Ya la tu," cebik bibir Aryssa dengar pujian Athrien.
Kedengaran pintu bilik diketuk. Terpampang wajah Bella menyapa pandangan mata Aryssa. Bibir lebar mengukir sengih.
"Look who is here?" kata Bella teruja lalu membuka pintu bilik luas.
"Nissa!" Aryssa terus memeluk erat tubuh Annissa.
Annissa ukir senyum lantas membalas pelukan itu.
"Congratulation. Tak sangka mulut aku masin. Baru aje berlepas ke Netherlands dua minggu lepas. Tup! Tup! Hari ini kahwin. Nasib ada tiket balik. Kalau tak, memang melepas aku nak tengok kau kahwin." kata Annissa.
Aryssa melepas tawa lalu meleraikan pelukan. Dia berpaling ke sisi di mana Athrien berada. Melihat raut wajah gadis itu, sudah pasti terasa pelik. Yalah, tiada angin tiada ribut tiba-tiba boleh berbaik.
"HAHAHAHAH, sorry la. Aku terpaksa. Lagipun bonda pun tak nak aku ikat tunang lama-lama." bohong Aryssa.
Annissa mengangguk kepala perlahan.
"Eh, kau datang dengan siapa? Izzat?" tanya Aryssa apabila sedar Annissa bersendirian.
Annissa ukir sengih. Sudah tahu, lagi nak di tanya.
"Of course la. Lagipun aku balik ni mama tak tahu." ujar Annissa.
Aryssa usap perlahan bahu Annissa mengalur semangat kepada gadis itu. Dia yakin sekejap nanti, Puan Sri Amylia pasti terkejut dan mengamuk pada Annissa.
"Eh-eh, dah siap ke belum? Pengantin lelaki dah sampai oi!" sergah Tengku Arfa sebaik naik ke tingkat atas.
Namun, mata tidak berkerdip melihat wajah adik iparnya. Cantik. Tak sia-sia dia cucuk Dayyan agar bongkarkan rahsia adik dan adik iparnya.
"Akak!"
Henjut bahu Tengku Arfa, terkejut. Mata berkerdip memandang empat gadis dihadapannya.
"Allah. Terkejut akak! Yang main sergah dah kenapa?" marah Tengku Arfa.
"Eh, kita pula yang di marahnya? Tadi akak juga yang suruh orang cepat tadi." kata Bella.
"Hmmm. Ya lah, akak juga yang dipersalahkan. Dah-dah cepat! Abang kamu dah tunggu dekat tok kadi tu." gesa Tengku Arfa seraya membawa adik iparnya turun ke tingkat bawah.
•••••
GEMENTAR Ashraff memandang wajah abang iparnya tika ini. Yalah, sebelum ini mereka kenal sebagai abang ipar saja. Kini, dia sudah diangkat satu mandat baru. Biras.
Siapa sangka yang dia bakal berkahwin dengan adik abang iparnya.
Melihat wajah abang iparnya yang kelihatan tenanga. Namun di sudut hati abang iparnya, Ashraff tahu abang iparnya sedih hendak melepaskan satu-satu adik perempuannya.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !