Special || 02

2.6K 81 0
                                    

.....

KEESOKAN harinya, mreka berlima selamat berada di dalam kereta Vellfire milik keluarga. Walaupun masing-masing boleh memandu kenderaan sendiri. Tapi apabila bersama keluarga, mereka tidak dibenarkan memandu. Itu prinsip Ashraff, kerana dia mahu anak-anaknya bersama mereka kecuali mereka sudah berpasangan.

Hampir tiga puluh minit perjalanan. Akhirnya mereka tiba ke destinasi yang dipinta.

"Semua boleh turun ya anak-anak." ujar Ashraff.

Aryan, Aryana dan Arieq akur dengan arahan Ashraff. Mereka bertiga turun dari perut kereta. Kemudian, diikuti oleh Ashraff dan Aryssa.

Terkedu mereka melihat rumah banglo itu penuh dengan orang ramai. Melihat suasana yang meriah dan ceria pasti pemilik rumah itu sedang mengadakan majlis kecil-kecilan.

"Daddy dengan mummy masuk dulu. Sepupu sepapat kamu yang lain ada dekat laman sana. Apa-apa nanti daddy panggil." usai berkata terus tangan Aryssa di tarik bersama.

Mereka berpandangan.

"Tak rasa pelik ke?" soal Aryana kepada dua beradiknya.

"Pelik apa? Biasa je aku tengok." ujar Aryan tenang. Matanya galak memandang suasana majlis yang sudah tersedia.

"Haih, susah la dapat abang dengan kakak ni. Seorang beku, seorang lagi suka fikir bukan-bukan. Chill sudah la," kata Arieq selamba.

"Eh-eh budak ni!" Baru Aryssa mahu mengetuk kepala Arieq. Suara seseorang menyapa mereka.

"Abang Ayyan! Bila abang balik sini?" soal Aryana. Maklum la dia memang manja dengan abang sepupu sebelah Ashraff.

"Abang balik semalam. Tak sangka, kau orang ikut juga rumah ni. Ingatkan merajuk dengan Papa Raf?" usik Dayyan.

"Kalau ikutkan memang macam tu, tapi macam abang tak kenal daddy," Aryan mencebik.

Dayyan ketawa.

"Yang kita lepak sini kenapa? Jom, ours cousin pun ada kat sini juga tau." kata Dayyan berlalu meninggalkan mereka.

Mereka saling berpandangan. Ours cousins?

•••••

KELIHATAN lama itu penuh dengan kehadiran sepupu sepapat mereka berada di situ. Mereka bertiga mengerut dahi pelik.

"Rieq pergi jumpa Izz dulu." Arieq berlalu pergi ke sepupu sama baya dengannya.

Aryan dan Aryana berpandangan. Tanpa soal terus mereka melangkah ke arah sepupu sepapat yang lain.

"Bila kau orang sampai? Tak bagi tahu pun ada kat sini." ujar Aryana. Tempat kosong di labuh punggung mendarat.

"Baru je. Ini pun mama aku suruh siap, dan aku sendiri pun tak tahu nak ke mana? Tahu-tahu je dah sampai sini." kata Hana Mikayla, anak sulung kepada Mikaeyl dan Bella.

"Haah, aku pun,"celah Luth, anak sulung Akmal dan Danisya.

"Eh, Hadif mana?" soal Aryan yang sedar kehadiran Hadif tidak muncul lagi.

"Ada sini," mereka berpaling.

"Ingatkan tak datang." tebak Aryana.

"Ermm, kalau ikutkan tak. Tapi ayah aku paksa juga katanya rumah kenalan dia." kata Hadif, anak sulung Haykal.

Mereka berempat sememangnya rapat memandangkan umur mereka tidak jarak jauh.

"Eh, semua ada sini?" Damia datang menegur.

Mereka berpaling memandang wajah Damia. Anak kedua Edrian.

"Bila akak sampai KL? Bukan sepatutnya akak ada modeling dengan Mama Dira ke?"soal Aryana, memandang dia sekali sekala hulur bantuan berkerja dengan ibu saudaranya.

Aryssa Where stories live. Discover now