.....
"HAH, kau... Tak plan nak pergi honeymoon mana-mana ke? Yalah, dah kahwin ni takkan la tak pergi bercuti kan?" soal Akmal.
Ashraff menggosok belakang tengkuknya. Kalau ikutkan memang dia mahu bercuti tapi...
"Tunggu projek aku dengan Raf settel dulu. Baru kita orang pergi honeymoon. Kenapa ada masalah ke?" ujar Aryssa sambil membawa dulang air berisi teh untuk mereka melepak di gazebo.
"Ceh, tunggu projek habis konon. Entah-entah waktu tu kau dah mengandung, bukan boleh percaya kau tu..." celah Mikaeyl, mengejek.
Mahu sahaja Aryssa mengetuk kepala Mikaeyl. Otak! Kalau tak biru tak sah!
Baru sahaja Aryssa mahu membalas, Ashraff terus memotong,
"Betul la apa kata Rys tu. Mungkin lepas projek tu settel kitaorang pergi la honeymoon. Lagipun, kerja aku banyak tak settel lagi." balas Ashraff menyokong kata-kata isterinya.
Akmal menyiku lengan Mikaeyl. Minta pertolongan dari sepupunya agar mengusik pasangan pengantin baru itu.
"Mentang-mentang lah dah jadi laki bini bukan main back up. Cuba gaduh nanti... Hmm, seorang ke utara seorang ke selatan. Tengok la,"
Tiba-tiba...
Pap!
"Aduh, sakit la Rys!" adu Akmal dan Mikaeyl serentak. Kepala yang terasa sakit, digosok perlahan.
Danisya menggeleng kepala perlahan dengan perangai tunangnya itu. Itulah usik lagi Aryssa. Bukan tunang dan sepupunya tidak tahu sifat Aryssa bagaimana?
"Balasan usik aku. Kan dah kena." kata Aryssa selamba.
"Tapi kejap? Mana Kal dengan Bella?" soal Aryssa. Baru dia perasaan dua sepupunya itu tiada di sini.
"Kal aku tak tahu ke mana? Bella... Dia kata dia ada shooting." jawab Mikaeyl.
Aryssa memandang Mikaeyl dengan pandang pelik. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
"What?" soal Mikaeyl apabila sedar pandangan mata Aryssa tertuju ke arahnya. Dia ada lakukan kesalahan lagi ke?
"Kau ada apa-apa dengan Bella ke?" soal Aryssa.
Mikaeyl tersedak. Lantas, kepala di geleng menidakkan kata-kata Aryssa.
"Eieiei, minta simpang la, Rys. Aku lagi rela membujang dari kahwin dengan minah banyak bebel macam tu. Macam mana dia boleh jadi model pun entah la." kutuk Mikaeyl selamba.
"Apa kau cakap Mika?!"
Serentak mereka kalih memandang wajah Bella yang... Ermmm, macam mana eh?
"Kau tunggu, Mika!"
"Cabut!"
Tanpa hiraukan sekeliling. Bella terus mengejar Mikaeyl di taman itu.
•••••
SELEPAS makan malam, terus Aryssa dan Ashraff naik ke bilik. Esok mereka akan mula bekerja setelah dua hari cuti kahwin.
"You? You rasa nak pakai baju mana satu? Merah atau biru?" soal Aryssa pada Ashraff.
Maklumlah, ini adalah kali pertama dia menyediakan pakaian lelaki. Sebelum ini, dia tak pernah pun sentuh pakaian lelaki termasuk abang-abangnya.
"Sayang rasa?" soalan dibalas soalan.
"I think blue. So, yeah blue." Selepas membuat keputusan terus Aryssa berlalu ke tempat menggosok baju.
Ashraff hanya menggeleng melihat isterinya. Walaupun baru sehari mereka menjadi suami isteri tapi dia seakan sudah masak dengan perangai isterinya.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !