.....
DE LUNA CAFE
"HA, kau nak bincang apa dengan aku?" soal Haykal sebaik pulang dari mengambil order.
Aryssa khusyuk bermain Iphone terus malapkan skrinnya. Matanya memandang wajah kacak sepupunya itu.
"Aku nak bincang pasal Annissa." tuturnya.
Haykal membalas dengan riak biasa.
"Go on."
"Izzat bagi tahu aku yang Puan Sri Amylia dah mulakan rancangan dia. And yang membuatkan aku tertarik adalah Annissa ada dendam dengan Ashraff,"
Pfft! Tersembur air yang di minum oleh Haykal. Aryssa memandang tajam wajah sepupunya itu yang menyemburkan air kepadanya.
"Yah! Haykal Adzriq, kalau ya, pun nak sembur. Sembur tempat lain la!" marah Aryssa. Tisu segera dicapai lalu mengelap di mana semburan air Haykal jatuh pada bajunya.
Haykal yang tak dapat kawal kejutan itu segera meminta maaf. Sejujurnya, dia tidak sengaja hendak sembur begitu kepada Aryssa.
"Sorry-sorry. Aku terkejut. Tapi... Serius la?" soal Haykal tak percaya.
Aryssa membalas dengan jeling tajam.
"Eh, kau dengan dia dah kawan lama. Takkan la tak tahu?"
Haykal terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aryssa. Mereka sudah berkawan lama tapi Ashraff tak pernah beritahunya bahawa Annissa adalah salah satu musuhnya.
"Tapi... Bila kau jumpa Izzat? Aku tak tahu pun dia ada kat Malaysia?" soal Haykal, pelik.
Aryssa hanya menjungkit bahunya. Strawberry smoothie yang dipesan oleh Haykal disedutnya perlahan.
"Yang aku tahu dia cakap dia dah ada dekat sini lama dah. Tapi sebab dia balik Malaysia, aku tak tahu? Yang aku tahu, dia sekarang jadi scandal Annissa."
"What? Serious la. So... Kau datang jumpa aku sebab ni la?" tebak Haykal.
"Habis kau expect apa?" duga Aryssa. Pelik - pelik sajalah sepupunya itu.
"Ingatkan kau nak belanja aku makan ke, apa? Paling teruk pun kau nak tunjuk muka bakal suami kau ke? Hah, bolehlah aku dengan Mika buat kawan." Jongket kening Haykal mengusik sepupunya itu.
Aryssa memandang sepupunya dengan riak menyampah. Macam tiada topik lain aje, nak buka.
"Tak payah. Buang masa aje nanti. Sekarang, kita nak bincang fasal Annissa. Bukan aku," ujar Aryssa menyampah.
"Alaaa, kau ini leklek sudahlah. Jangan macam tak biasa pula. Lagi pun, aku dengan Mika lebih teruja nak tengok siapa lelaki malang yang jadi suami kau."
"HAHAHA. I'm happy to hear that but sorry, I think and trust you guys will be married first before me." tutur Aryssa dengan yakin.
"We'll see." balas Haykal sambil menyedut minuman miliknya.
•••••
SETIAP hujung minggu. Seperti biasa, Ashraff, Mikaeyl dan Haykal akan datang melepak di kedai mamak. Meski, mereka sering ke kelab malam tapi kedai makan mamak tetap menjadi pilihan mereka untuk melepak.
Ashraff yang tiba awal, setia menunggu dua rakannya yang masih belum tiba. Sempat matanya mengerling melihat jam itu bergerak perlahan ke bawah. Tapi kalau dah ada darah Melayu! Tetap akan tiba lewat meski ada darah keturunan campuran.
"Sorry-sorry. Kal ni hah ambik aku lambat." ujar Mikaeyl meminta maaf lalu menarik sebuah kerusi kosong melabuhkan punggung di atasnya.
Tak lama selepas itu, Haykal pula tiba dan duduk selamba di tempat kosong.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !