.....
"MAKE sure, kau bagi minum pada orang yang aku cakap tadi. Kalau kau salah bagi, siap kau!"
Terangguk-angguk pelayan itu mendengar arahan dari orang itu.
"Dah, sekarang pergi. Make sure, semua plan jadi."
•••••
SELESAI majlis itu berlangsung, mereka mengadakan makan malam bersama. Aryssa ukir senyum melihat keluarganya semua berada disitu. Tak lupa juga, Ashraff bersama mereka.
"Caya la, Rys. Macam mana Rys boleh terfikir nak bagi design arwah Mak Ngah dekat Dira? Abang mati-mati ingat isteri Ryl buat design lawa mana tah. Tapi serius memang cantik." puji Darwish, abang sulung Haykal.
"Hello! This is Aryssa Elena okay. Mulanya memang tak nak sebab arwah mummy amanat untuk Rys simpan tapi... Dari Rys simpan baik Rys keluarkan lagipun memang cita-cita arwah mummy nak sangat baju dia diperagakan." cerita Aryssa.
"Tapi... Abang tak sangka arwah Mak Ngah masih ada jiwa design. Kenapa Rys tak teruskan je legasi?" soal Harraz, abang kepada Mikaeyl.
"Rys tak minat. Tapi syukur, Kak Dira ada. Boleh dia sambung legasi arwah mummy."
Mereka semua mengangguk setuju.
"Hah, kamu Ashraff. Takkan la tak beli apa-apa untuk tunang kamu?" usik Darwish.
Ashraff ukir senyum. Dia tak sempat membeli apa-apa hadiah untuk Aryssa kerana itu pun Haykal mengajaknya last minute.
"Tak apa, janji kamu dah tahu Rys as a model pun abang Rian dah syukur. Kalau tak, memang sampai bila-bila Rys ni takkan buka mulut." sindir Edrian.
Aryssa menjeling menyampah.
"Rys dah bagi tahu dia, seminggu lepas. Cuma Rys sibuk tak sempat bagi tahu yang Rys ada modeling hari ini. Lagipun Kak Dira ajak last minute." jujur Rys.
"Yalah tu, ke tak nak Raff tahu kau buat part time modelling?" usik Mikaeyl.
"Eh, sorry sikit. Aku ada akal untuk bagi tahu dekat Ashraff pasal modeling. Lagipun, tak main la rahsia-rahsia ni." ujar Aryssa berlagak.
"Tak main konon." perli Akmal.
Sedang mereka berbual tiba-tiba seorang pelayan ke arah mereka lalu memberi air kepada setiap seorang. Namun tanpa mereka sedar salah satu air itu sudah bercampur dengan sesuatu.
"Ermmm, Rys pergi tandas kejap." Aryssa terus berlari ke tandas.
Ashraff memerhati pemergian gadis itu. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu yang pelik.
"Hah, Raf? Kamu kenapa?" tegur Edrian apabila sedar pandangan adik iparnya seakan tidak lepas memandang adiknya.
Ashraff menggeleng kepalanya.
"Tak ada apa."
•••••
"EH, mana Rys? Lama betul budak tu ke tandas?" soal Edryl, tatkala sedar adiknya belum pulang dari tandas.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !