.....
SEPERTI hari-hari kebiasaan, Ashraff akan hantar Aryssa ke tempat kerja. Walaupun pagi itu Aryssa seakan mengelak dari Ashraff. Aryssa tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri.
Aryssa menapak masuk ke biliknya. Keluhan berat terlepas dari bibirnya.
"Haih, mengeluh nampak? Ada masalah ke?" tegur Kak Sya.
Aryssa mengangkat wajahnya. Wajah Kak Ann menyapa pandangannya.
"Tak ada apa la, Kak Ann. Haykal mana? Tak masuk office lagi?" tanyanya tentang keberadaan sepupunya.
"Hari ini Encik Haykal ada outstation dekat Italy. Encik Haykal tak bagi tahu Rysa ke?" soal Kak Sya
Aryssa geleng kepala terkejut. Tidak dia sangka bahawa Haykal akan ke Italy hari ini.
"Kamu kenapa ada masalah ke? Nampak macam ada masalah aje?" ujar Kak Sya meneka.
Aryssa memandang wajah Kak Sya. Mendengar tekaan Kak Sya tepat di hidungnya membuatkan dia serba salah. Dia tidak tahu hendak luahkan hal ini kepada siapa?
"Tak ada apa lah, kak. Biasalah. Hal rumah tangga." balas Aryssa bersama senyuman nipis.
Kak Sya ukir senyum. Melihat raut wajah yang terpancar pada wajah Aryssa saja. Dia sudah agak bahawa gadis itu miliki masalah. Dia sudah sepuluh tahun berkahwin. Jadi, masam manis perkahwinan sudah dia kenal.
Lagi-lagi pada pasangan baru berkahwin seperti Aryssa ini. Memang dia sudah masak akan perangai segelintir pasangan.
"Berat sangat ke masalah kamu tu? Cuba cerita dekat akak apa masalahnya? Mana tahu akak boleh bantu ke?"
Aryssa memandang wajah Kak Ann serba salah. Dia tahu jika dia ceritakan hal ini akan memalukan dirinya. Tapi dia memang perlukan seseorang untuk selesaikan masalahnya. Jika tidak sampai bila dia mahu harapkan Ashraff?
"Ermm, Rys tak tahulah macam mana nak mulakan..." Segan Aryssa hendak meluahkan masalahnya kepada orang luar.
"Tak apa. Tenang aje, Rys. Relaks. Jangan takut. Rahsia ni akak aje tahu. In Sya Allah, apa yang akak boleh bantu. Akak bantu," kata Kak Sya memujuk.
Mendengar akan itu, Aryssa dengan berani meluahkan segala masalahnya kepada Kak Sya. Dia yakin Kak Sya adalah orang paling arif dalam rumah tangga memandangkan wanita itu sudah sepuluh tahun berumah tangga.
•••••
MALAM itu, Aryssa pulang awal dari biasa. Itu pun dia minta Kak Sya hantarkannya pulang ke rumah memandangkan dia tidak memandu kereta ke tempat kerjanya.
Baju yang dibeli bersama Kak Sya tadi ditilik berkali-kali. Merah wajahnya mengenakan pakaian sebegitu sexy. Kalau bukan kerana misinya. Tiada masa dia hendak pakai pakaian begini. Di tambah pula ini adalah kali pertamanya dia memakai pakaian seperti itu. Cukup membuatkan dia rasa malu.
Walaupun dia tidak bertudung. Dia tidak pernah memakai pakaian sebegitu terdedah.
Kedengaran kereta BMW Ashraff masuk ke dalam perkarangan rumah banglo milik mereka. Berdetak-detak jantungnya
"Assalammualaikum," ucap Ashraff sebaik masuk ke bilik mereka. Matanya menyapa pandangan isterinya.
"Wa alaikumsalam. Biy dah balik?" soal Aryssa beriak biasa. Namun hatinya sahaja tahu bertapa malunya dirinya ini.
Ashraff terpegun dengan kecantikkan Aryssa memakai night dress merah itu.
"Kenapa tiba-tiba pakai baju ni?" soal Ashraff. Pelik. Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba saja isterinya memakai pakaian sebegitu.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !