A || 40

2.6K 97 3
                                    

.....

ARYSSA melangkah masuk ke pejabat seperti biasa. Namun saat langkahnya mahu ke bilik. Ada seseorang menegurnya.

"Aryssa. Masuk bilik saya." arah Tan Sri Eldrin.

Aryssa hela nafas perlahan. Tanpa berkata apa, kakinya terus melangkah ke bilik penasihat.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk," laung suara dari dalam.

Aryssa membuka pintu. Kakinya melangkah masuk ke dalam ruangan penasihat itu.

"Daddy nak apa?" soalnya terus.

Tan Sri Eldrin memandang wajah anak bongsunya. Satu kotak kecil diberi kepada Aryssa.

Aryssa memandang kotak kecil itu dengan pandangan pelik.

"What is it?" soalnya.

"Your birthday present." balas Tan Sri Eldrin sambil mengukir senyum.

Aryssa terkedu. Hari jadi? Tiba-tiba telefon pintar miliknya berdering kuat. Nama Abang sulungnya terpapar pada skrin.

"Happy birthday my beloved adik! May allah always bless you sayang." Ujar Edrian sebaik panggilan itu bersambung.

Aryssa kaku. Kepalanya mula berkira-kira akan tarikh hari ini. Dia seakan tak percaya. Takkan lah hari ini hari jadinya?

"Erkkk hari ini hari jadi adik ke?" soalnya perlahan.

"Laaa, hari ini 31 Oktober right? Hari jadi adik kan?" balas Edrian dengan nada menyindir

Aryssa memandang wajah Tan Sri Eldrin. Bibir lebar ukir senyum.

"Ermm, thank you. Maybe Rys lupa kut. By the way, Rys off dulu. Nanti Rys call abang balik." Talian terus diputuskan oleh Aryssa. Matanya memandang wajah Tan Sri Eldrin.

"Daddy tahu daddy dah abaikan anak-anak daddy dalam masa yang lama. Tapi daddy tak pernah sekali pun miss hari kelahiran anak-anak daddy." ujar Tan Sri Eldrin cuba menebus semula kesalahannya sepuluh tahun yang lalu.

Aryssa dengar akan hal itu terus memeluk tubuh lelaki itu. Tan Sri Eldrin terkejut. Namun perlahan belakang anaknya diusap perlahan.

"Thank you daddy."

Tan Sri Eldrin mengukir senyum. Bangga kerana dia dapat menggembirakan hati anak perempuannya.

"Apa kata kalau hari ini kita makan tengah hari sama-sama? Rys rindu nak makan dengan daddy. Rys ajak abang-abang sekali." cadang Aryssa.

Tan Sri Eldrin angguk kepala akur. Dia juga turut setuju dengan cadangan anak perempuannya. Rasanya sudah lama, dia tak meluangkan masa bersama tiga orang anaknya. Malah tika ini, masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga.

"Okay, jumpa lunch nanti. Sayang daddy," pipi Tan Sri Eldrin di ciumnya.

Tan Sri Eldrin tarik senyum lebar. Haih, anak bongsunya ini sememangnya manja orangnya.

Aryssa Where stories live. Discover now