R || 54

2.3K 78 0
                                    

.....

ARYSSA membuka mata perlahan. Suara erangan yang tak jauh darinya membuatkan dia ingin muntah. Matanya jatuh pada Firhad yang masih tidur di sisinya walaupun jauh tapi dia tahu Firhad akan melindunginya tak kira apa jua.

Kedengaran pintu dihempas kuat oleh seseorang segera dia berpaling melihat figura itu. Wajah Adam dipandang lemah. Tiada tanda mahu melayan lelaki itu.

Adam senyum sinis. Seronok dia melihat isteri kepada musuhnya dalam keadaan lemah. Malah perut wanita itu juga sudah kelihatan dan tampak seksi di matanya. Seakan menggodanya untuk meratah  wanita itu.

Adam melangkah perlahan ke arah Aryssa. Dagu Aryssa dicengkamnya. Aryssa memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kau nak apa, Adam?" soal Aryssa dengan nada keras.

"Aku tak nak apa-apa. Aku cuma nak kau. Boleh?" pinta Adam selamba.

"Hah? Apa aku tak dengar. Kau nak aku? HAHAHAHAHA kau gila ke?" provok Aryssa sengaja.

Adam memandang Aryssa tajam.

"Apa masalah kau nak provok aku? Ouh, lupa, kau rindu suami kau kan? Maklum la dah tiga hari dia tak cari kau, entah-entah dia dah sedap dengan perempuan lain. Ya la, isteri hilang tah ke mana?"

Aryssa memandang Adam. Dia tahu Adam sengaja provoknya begitu. Dia yakin Ashraff takkan menduakan dirinya.

"Apa bukti yang Ashraff menduakan aku? Kau ada bukti? Atau kau sengaja reka-reka cerita untuk aku percaya huh?"

Adam melepaskan cengkaman dagu Aryssa. Pipi Aryssa di tolak kuat lalu menunjal dahi wanita itu.

"Kau tu yang bodoh sebab beri kepercayaan dekat Ashraff. Eh, dia tu bukan cari kau pun! Kalau betul dia cari kau, sepatutnya dia dah jumpa kau sekarang!"

Aryssa memandang wajah Adam yang sedang mengamuk.

"Kau nak bukti kan? Kejap, aku panggil anak buah aku." Adam berlalu ke pintu bilik.

Aryssa mengerling ke kirinya. Berharap Firhad akan bangun dari lena. Dia tak kuat jika Ashraff benar menduakannya.

"Nah! Ini buktinya. Kau bodoh! Percaya yang Ashraff tak menduakan dia."

Beberapa keping Ashraff bersama Bella dipandangnya. Dalam diam dia ukir senyum sinis. Dia yakin ini adalah sebahagian dari rancangan mereka untuk mengelirukan Adam. Huh, dia tak bodoh untuk tak kenal Bella.

"Sekarang kau percaya kan? Kau bodoh! Sepatutnya kau dengan aku. Bukannya jantan tak guna tu!"

Aryssa memandang wajah amuk Adam. Dia senyum sinis.

"Aku tak percaya. Lagipun, aku yakin yang Ashraff takkan sesuka hati menduakan aku." Aryssa berjeda.

"Because I'm his wife," sambung Aryssa.

Adam berdecit. Tangannya naik mahu menumbuk Aryssa namun sempat di halang oleh Firhad.

"Kau sentuh dia. Kau mati," ujar Firhad dingin lalu melepaskan tangan Adam jauh dari Aryssa.

"Wow! Kau nak jadi hero kedua dia ke? Bagus! Isteri kena culik ada lelaki lain. Suami pun sama, dasar bodoh!" ujar Adam sinis.

"Ouh, sebelum lupa. Nanti pergi la solat taubat eh, takut tak sempat nak bertaubat pulak nanti." sinis Aryssa, memerli.

Aryssa Where stories live. Discover now