.....
SEPANJANG perjalanan mereka bersama Annissa, hanya radio yang menemani mereka. Pagi tadi, mereka di khabarkan oleh Aryssa bahawa Annissa mahu bertemu Puan Sri Amylia. Pada mulanya, Edrian, Ashraff serta yang lain membantah kerana mungkin akan ada sesuatu terjadi di antara mereka malam ini tapi pujuk rayu Aryssa membuatkan mereka lemah dan terpaksa akur.
"Ermm, Raff. Nak tanya sikit boleh?" Annissa membuka suara.
Ashraff memandang Annissa kilas. Memandangkan dia dan Annissa sahaja di belakang manakala Akmal memandu dan Mikaeyl di sebelah pemandu.
"Tanya apa?" soalnya dingin.
"Mama aku baik-baik aje kan?"
Ashraff diam. Begitu juga Akmal dan Mikaeyl, mungkin kebarangkalian mereka terdengar soalan Annissa.
"Ermm, baik. Dia baik je tapi aku nak minta maaf la kalau muka dia teruk lebam." Ashraff berkata perlahan.
Annissa mengangguk kepala faham. Dia tidak kesah wajah mamanya nanti. Janji dia dapat memelukya buat kali terakhir.
Akhirnya perjalanan mereka kembali diam serta berdoa agar malam ini tiada apa-apa kejadian maut bakal berlaku.
•••••
Werk!
Werk!
PUAN Sri Amylia melihat Lara berulang alik ke bilik air mula berasa geli dengan gadis itu. Dah kenapa gadia itu sering muntah. Mengandung ke pun? Tapi anak siapa?
"Kau dah kenapa, Lara? Asyik ulang alik bilik air. Kau mengandung ke pun?" soalnya. Walaupun dia masih marah dengan ayah serta Adam kerana tidak buat tindakan terhadapnya. Dia tetap harus sabar dengan keadaan di sini.
"Apa Puan Sri merepek ni? Ish, takkan la sebab muntah terus effect mengandung. Lagipun salah aku juga tak makan dari pagi tadi. Tak ada selera." balas Lara. Pili air dibuka lalu membasuh mulutnya.
Puan Sri Amylia mencebik. Dia perempuan pasti la tahu bahawa jika seorang perempuan mengandung atau tak.
"Dah hampir sebulan kau duduk sini. Takkan dia orang tak apa-apakan kau? Seminggu lepas, aku tengok kau macam tak terdaya je. Dia orang rogol kau ke?" tebaknya.
Lara diam. Walaupun gembira kerana bertemu Puan Sri Amylia tapi dia tetap tak boleh keliar dari bilik itu. Ruangan ini seakan menjadi biliknya.
"Tak. Dia orang tak rogol aku pun. Dia orang masih lembut dengan aku. Cuma hari tu salah aku sebab nak keluar dari sini. Memang kena lah."
Puan Sri Amylia mengangguk faham. Fuh, kalau Lara larikan diri pun boleh teruk begitu. Inikan dia yang mahu lari nanti, tak boleh dia bayangkan bagaimana wajahnya ditampar oleh Aryssa.
Kedengaran pintu bilik di buka luas. Mata Lara dan Puan Sri Amylia serentak berpandangan ke arah pintu. Bulat mata Puan Sri Amylia apabila Annissa berada di situ bersama Ashraff dan salah seorang sepupu Aryssa.
"Kau berbual la dulu dengan mama kau. Apa-apa berlaku kau jerit je. Aku dengan Akmal ada kat luar." pesan Ashraff lalu melangkah pergi.
Akmal mengukir senyum kecil lalu mengikut langkah Ashraff. Pintu ditutup. Annissa memandang wajah Puan Sri Amylia. Jelas teruk wajah mamanya ditampar serta tumbuk oleh orang-orang sepupu tirinya.
YOU ARE READING
Aryssa
Romance• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sudah diupdate dan diubah. ; completed ! [ revamp version 2023 ] ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !